GoodBye L, Hello P !

Alhamdulillah, setelah 4 tahun bersama lesen L, akhirnya ika dah berjaya dapatkan lesen P . kahkahkah ! dua kali hoii pegang lesen L . first time ika amik lesen awal tahun 2012 di Kuantan, Pahang . masa tu ika dok dengan KakLong ika di Kuantan . disebabkan takdak sape nak hantar ika p keje, makanya KakLong daftarkan ika untuk amik lesen motosikal masa tu . bulan 2 KakLong belikan skuter ego untuk memudahkan ika p keje balik keje . bulan 8 ika dapat keje di Ipoh . tergendala sudah untuk siapkan lesen P .

ika pon pakailah lesen L tu sampailah dah tamat tempoh pada tahun 2014 . masa tu, nak taknak, ika kena amik lesen baru jugak sebab nanti susah ika nak bergerak ke mana-mana . so, ika pon amik lesen baru pada tahun 2014 tu jugak tapi kali nie ika amik motosikal dan kereta sekaligus . ika sempatlah belajar motor dan kereta tu cuma tak habis dan tak sempat amik test jpj .


tiba-tiba rumah sewa ika ada orang pecah masuk . ika pon decide untuk pindah ke kuarters . bila dok kuarters, memang tak fikir langsung dah pasal lesen . lagipon ika sorang, so L pon cukuplah bagi ika sebab L kan tak boleh bawak sape-sape . hahahaha ! pastu bulan 7 2015 ika eksiden . boleh baca kat SINI . bulan 11 2015 ika kahwin . memang masa ika sangat terhad dengan kerja yang banyak . terabai la lesen L tu tapi belum expired lagi sebab tamatnya bulan 6 2016 . hahahaha ! :P

akhirnya sebelum 2 bulan lagi tarikh tamat lesen, suami ika mintak ika habiskan jugak lesen ika tu . sayang sangat kan kalau tak habiskan . ika pon gigih la contact pakcik lesen yang dulu tu . hehehe . nasib baik la ingat kat ika lagi . so, start bulan 4 sampai la habis bulan 5 ika siapkan jugak lesen motosikal dan kereta . Alhamdulillah . dah berjaya test jpj untuk motosikal dan kereta . dan sekarang dah pakai P . lalalala


p baiki si skuter pink tu, pastu terus beli P siap-siap . balik rumah terus mintak suami tampalkan kat motor dengan kereta . setakat nie motor memang dah tahu bawak tapi kereta nie kena gigih sikit . tambah pulak ika amik manual . kereta suami tu pon manual . marilah kita berhuhuhu :P


setakat nie paling jauh ika bawak kereta pon dari Tambun ke Chemor . kahkahkah ! jauh la sangat . suami kat sebelah dok bagi guide kat isteri dia nie sebab dia pon rasa tak selamat . hahaahaha ! takpe la abg, nanti isteri abg nie belajarlah slow-slow bawak kereta . lepas nie dia dah tahu bawak, senang keje abg . kikiki . btw, terima kasih Pak Cik Ishak sebab sudi ajarkan ika motosikal dan kereta, sudi dengar ika membebel dalam kete, sudi dengan kisah dongeng ika, sudi melayan perangai ika yang entah hapehape tu . hehehe . terima kasih ^^

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com