Triffle

sejak dah kahwin nie, dah mula berjinak-jinak dengan segala bagai resipi . resipi kat facebook tu kemain berlambak orang dok share termasuklah ika . ada yang ika dah cuba . ada yang akan cuba . so, untuk beginner cam ika nie, sedap ke tak tu dah belakang kira . janji ang ada perasaan nak buat . untuk pertama kalinya ika try buat triffle .


meh la ika share antara bahan-bahan yang ika guna .

Bahan-Bahan :
  • kek gulung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1 kotak kristal jeli
  • 1 tin cocktail buah

Cara-Cara :
  • susun kek gulung tu dala bekas . susun rapat-rapat tau . bagi padat dalam bekas . susun satu lapis je .
  • dalam periuk lain, masukkan satu tin susu cair .
  • pastu masukkan dua sudu besar tepung kastard dalam periuk tadi tu .
  • kacau sebati susu cair dengan tepung kastard tu .
  • masak . pastu masukkan satu sudu besar gula . masak dengan api perlahan . kena sentiasa kacau sebab takmau bagi berketul .
  • masak sampai jadi pekat sedikit .
  • lepastu tuang kat atas kek gulung yang kita dah susun tadi . ratakan kemas-kemas . heeee
  • lepastu masukkan pulak buah-buahan cocktail tadi kat atas lapisan tu .
  • pastu bancuh jeli . bancuh pakai air suam pon boleh jeli tu . lepas dah bancuh, tuang atas buah tadi tu . jadilah macam dalam gambar ika tu .
  • masukkan dalam peti . sejukkan ^^


itu sahaja . simple but nice . hahahahaha ! beginner buat keje camni la ohoiii . nanti nak buat lagi . maaflah naa . takdak gambaq seketui-ketui . first time buat . hehehe . so, takdelah gambar step-by-step >.<

1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com