Teluk Batik & Lumut

beberapa minggu yang lepas, mak mertua dan adik ipar ika datang ke Ipoh . datang ke rumah kami untuk pertama kalinya . diorang dari Kamunting naik bas . sampai Ipoh, ika mintak tolong kawan ika amikkan di Medan Kidd . suami ika pulak, malam baru sampai dari Gombak . weekend tu kitorang picnic dan jalan-jalan di sekitar Teluk Batik dan Lumut .

destinasi pertama kami ialah bawak mak dan adik ipar ke Teluk Batik . kami pegi pagi . so, tak de lah panas sangat masa tu . orang pon ramai je mandi manda . kalau tengahari, mahu bahang wooooo . sampai je kat Teluk Batik, kami terus lepak sambil makan sambil tengok orang mandi manda sambil tengok kapel yang tak berape senonoh . wakakakaka




muka mak ada sinyummmm dapat jalan-jalan . hehehe . lepas balik dari Teluk Batik, kami singgah pulak ke Lumut . bawak mak cari ikan bilis . dan ika dengan suami pon sama lah jugak . cari ikan bilis mata biru . ehhh . korang kena pandai pilih dan cari kedai yang murah-murah . kat situ kan banyak kedai . so, pusing-pusing lah dulu . huhuhuhu

boleh rambang mata pilih ikan bilis nie . macam-macam jenis ikan bilis ada . yang murah, yang mahal . yang kecik, yang besar . semua hadooo . kami sempatlah jugak menghabiskan duit . ewahhh .


lepas dah habis shopping tu, kami gerak ke rumah Pak Wa . rumah pak saudara suami ika . rumah diorang di Manjung . alang-alang dah sampai sana, kami singgah lah tengok baby baru Pak Wa . baby nie kiranya sepupu suami ika la kan ? ehhh


kami gerak balik dari Manjung dah lewat petang . sampai Ipoh pon dah malam . semua dah letih dan lapaq . sampai rumah, terus tolong mak bertukang kat dapur . sekali sekala mak datang Ipoh, kami bawak la jalan-jalan . heeee ^^

2 comments:

  1. seronoknya jalan jalan..comel baby pon! hehe

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak jalan area Perak.. Dulu selalu gak jalan2.. Skang dah payah.. Huhu..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com