LF Hotel, Tapah

yihaaaa ! dah nak habis bulan Mei, baru dapat update blog lagi . hahahahaha ! kali nie ika nak share dengan korang salah satu hotel yang ika pernah la p tidoq sat . sat jaa . satu malam sahaja . itupon unplanned !

disebabkan ika ada lawatan tapak untuk dua hari di daerah Batang Padang dan jugak Muallim, dan transport pon sendiri which is naik kete Fatin, kami decide untuk tido je lah kat Tapah . malas nak ulang alik sebab melibatkan kos minyak dan jugak tol . ewahhh . so, kami pon plan la nak tido rumah bff ika kat Tapah .

but then, tengah musim panas kan haritu, kami dok sat jaa dalam rumah, berpeluh macam bersukan . hahahaha ! nak tidoq pon tak selesa . terus la kami angkut bff ika tu p cari hotel >.<

google :P

p pusing pekan Tapah tu, then jumpalah hotel nie . LF Hotel . bff ika cakap hotel tu baru je bukak . kami pon try je lah hotel tu . waswas jugaklah masa tu sebab tak tahu dah start beroperasi ke belum . tapi try jugaklah tanya . memang dah start beroperasi masa kami pegi tu cuma belum sepenuhnya . so, kami amiklah satu bilik . saja nak try sebab lepas nie mesti harga dah lain . hahahaha !

Alamat :
Jalan Bukit Baldwin,
35000 Tapah,
Perak

No Telefon : 05-4013628

meh la ika share sikit gambar dalam bilik yang kami dapat malam tu . walaupon kejap je tapi ok lah . dapatlah lena dengan selena lenanya malam tu :P





bilik nie untuk dua orang sebenarnya . tapi katilnya adalah King Size . so, muatlah untuk kami bertiga yang secoet je nie walaupon ika sorang je yang debab . ehhh . seriously bilik nie sangatlah luas . sangatlah berbaloi kami pilih bilik yang nie . sangat selesa . decoration dia sangatlah nice . masuk je bilik nie rasa macam bilik yang mahal walaupon harga dia sangat affordable . mampu la untuk check in . hahahaha

part paling ika suka ialah cermin dia ! tengoklah cermin dia yang besaq tu . puas hati ohoiii nak tengok cermin . takdak dah nak berebut-rebut tengok cermin . sesuai la kalau untuk korang honeymoon . heeeee :P


last but not least . US :P

1 comment:

  1. I would like to express my dissatisfaction to the staff and the management in this hotel.
    Yesterday I checked in the hotel and booking for 2 day stay there, suddenly there is a problem and i had to check out even in less than 5 hours i stay in. when I asked one of staff Mohd Khairi. He told the money can not be returned. I feel so angry and than I raise my voice to the staff.why i can not get my money back?
    and then he returned the money. Is that how we are treated as a customer? I was very dissapointed.

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com