Shell-A-Bration di Kedai Makan Tok Mat, Ipoh

dah lama ika tak up entry jalan-jalan cari makan kan ? ye lah sebab sekarang dah banyak makan kat rumah . ehhh . lately nie dok belajar masak . haihhh la ika . so, bulan lepas, ika dengan bff ika nie seharian kami tengok wayang sampai dua movie kami belasah . dari tengahari sampai ke petang membawak ke malam kami nie tak jumpa rumah . hahahaha !



disebabkan badan dah penat, nak masak pon dah jadi malas . kami pon decide la untuk singgah makan di Kedai Makan Tok Mat . kedai nie dekat je dengan rumah ika . lepas makan terus balik terbongkang kat rumah . ewahhhh :P


Alamat :
No 24, Jalan Koperasi 1,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Tambun,
Perak

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 3.00 petang - 11.00 malam
Sabtu - Ahad : 5.00 petang - 12.00 malam
Jumaat : TUTUP


meh la ika share sikit apa yang makan kat Kedai Makan Tok Mat nie . malam tu ika dengan bff ika nie decide untuk try shell out kat kedai makan nie . kami pon belom makan apa-apa lagi haritu . so, shell out nie memang pilihan terbaik untuk isi perut kami . kami order satu set Shell-A-Bration nie dengan harga rm25 . dan nasi ofkos untuk dua orang .





dan setelah puas menunggu, inilah shell out kami . memang sedap . kena dengan tekak kami . tapi masa kami order tu takde pon kami cakap nak bungkus bawak balik rumah . dan memang takde keluar pon perkataan bungkus . sekali orang tu siapkan order kami tu dengan bungkus ye . terus down mood makan . hahahaha ! diorang confirm balik dengan kami, memang kami takde cakap pon nak bungkus . kalau kami nak bungkus, baik kami order nasik je . kikiki .

ape pon, shell out diorang nie memang best, sedap dan berbaloi . kalau nak makan shell out nie, ika syorkan korang makan dengan kawan korang yang memang jenis makan seafood . sebab shell out nie kan seafood . kalau korang bawak kawan korang yang memang tak makan seafood, nampak gayanya korang la kena habiskan sorang-sorang shell out nie :P

btw, nak repeat balik makan shell out kt tokmat nie . dapppp !





No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com