Revolusi Blog www.nooratikahramli.com

tahun 2016 nie adalah tahun ke 6 ika dalam dunia blog nie . ye . dah 6 tahun ika berblog . dah masuk tadika . ehhh . so, meh la tengok perubahan blog ika sepanjang nak masuk 6 tahun nie . ika start blogging pada tahun 2010 . rupa blog ika masa tu toksah dok tanya la camne rupa dia sebab memang teruk sungguh . kikikiki . ika pon takdak simpan gambar blog tu .



so, kita mulakan dengan tahun 2011 . kat atas nie ialah rupa blog ika pada tahun 2011 . masa nie ika pakai nama blog KESAH CIK RONGOKS dengan url http://ikapukpuk.blogspot.com . kebanyakan blogger kenal ika dengan nama ikapupuk ;) lebih kurang setahun dalam dunia blog . barulah rasa nak ubah rupa blog tu bagi umpphhh sikit . bagi sedap mata memandang . blog ika masa tahun 2011 tu didesignkan oleh blogger Wan Hazel . masa nie ika kenal ramai blogger sebab masa tu memang aktif sangat-sangat dengan blog . tapi ramai yang dah stop blogging . masa awal-awal ada blog, semangat dia lain macam baq hang :P


masuk tahun 2012, ika tukar lagi wajah blog ika . kali nie masih lagi didesignkan oleh blogger Wan Hazel . cuma kali nie ika tukar kepada warna biru turqouise pulak . sebelum nie warna pink sebagai warna tema . tahun 2012 nie ika dah tukarkan nama blog ika kepada MR & MRS RONGOKS . masa tu hati tengah berbunga-bunga . itu yang tiba-tiba ada MR tu . hahahaha ! masih lagi menggunakan url http://ikapukpuk.blogspot.com . ika memang suka dengan hasil keje Wan Hazel . doodle dia comel ;)


setahun ika pakai template tu, masuk tahun 2013 ika tukar lagik template blog ika . masa nie ika berkenan sangat dengan flash header . header yang bergerak-gerak tu . hahahaha . pulun ika cari blogger yang boleh buat . pastu jumpa la blog Ayeem Ayam nie . dia memang buat flash header . so, ika tempah la untuk full template terus . senang . tukar kesemuanya sempena tahun 2013 . sempena jugak ika start bertukar dari blogspot kepada domain pada tahun 2013 tu . nama blog pon ika tukar kepada nama ika sendiri, NOOR ATIKAH RAMLI dengan url http://www.nooratikahramli.com/ . doodle yang ade di header tu sekarang dah jadi identiti blog ika . hasil blogger Ayeem Ayam . hehehe


kalau korang perasan, setiap tahun ika tukar design blog ika kan ? tapi tahun 2014 dan 2015, ika takde tukar apa-apa pon design blog ika sehinggalah tahun 2016, ika decide untuk tukar full template blog ika nie . dah 3 tahun dia tak salin baju . kikikiki . kali nie ika tukar full template sahaja . url dan nama blog ika masih kekalkan dan Inshaallah memang akan kekal begitu sampai ika dah rasa bosan dengan dunia blog nie . untuk tahun 2016 nie blog ika didesignkan oleh blogger Azhafizah pulak . sajalah ika nak try hasil keje blogger Azhafizah nie dan ternyata sangat memuaskan hati ika . dah 4 tahun dengan tema warna biru . kali nie ika buat comeback dengan warna tema kesukaan ika, pink !

apa yang kekal untuk tahun 2016 ialah doodle cikrongoks masih di situ . ika request untuk blogger Azhafizah masukkan doodle tu . sampai bila ika akan kekal dengan template nie, kita tunggu je lah . paling lama 3 tahun ika mampu bertahan dengan template dari Ayeem Ayam . huhuhu .


2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com