Majlis Sambut Menantu di Semanggol, Perak

pada 7 Februari yang lepas, berlangsung lah sudah Majlis Sambut Menantu belah suami ika . ewahhh . macam besar sangat majlis nye haihh . hahahaha ! majlis nie kami buat kecik-kecik je . mak mertua ika nak buat jugak untuk sambut dua orang menantu baru . mak dah pesan suruh pakai baju masa akad nikah kami . disebabkan baju tu ada kat Kota Bharu, maka kami kenalah cari baju lain yang sedondon . beli online sajelah :P

disebabkan majlis nie memang kami buat secara kecik sahaja, so, takdaklah pelamin bagai tu . dan mekap pon ika dimekapkan oleh adik ipar ika nie . mintak tolong dia mekapkan . kemain haihhh suka dia nak mekapkan ika . hahahaha ! ika tadah je lah muka nie .



 

kat atas nie gambar baju kami yang sedondon tu . beli online . combo couple . dapatlah harga yang murah . bagi ika kira ok lah harga tu untuk satu set nie . ika punya dress dan suami ika pulak kurta . nanti next entry ika share kat mana beli . shawl tu beli dengan kakak satu office . instant shawl . ade manik comel kat atas kepala tu . hehehe

meh tengok antara hidangan pada haritu . mak mertua ika ada amik catering dan ada jugak yang mak mertua ika masak sendiri . kiranya campur lah lauk pauk tu . jadilah banyak . ewahhh . yang penting ada aiskrim ! hahahaha 





majlis haritu dimulakan dengan bacaan doa . kalau tak silap ika majlis start dalam pukul 11 pagi lebih camtu la . orang yang mak panggil untuk baca doa dah mula datang dan berkumpul kat bawah khemah . ramai lah jugak . lepas tu baru orang kampung mula datang untuk kenduri . sebenarnya nie first time ika kenduri di kawasan belah utara nie . suasana agak lain la bagi ika .





my mak mertua ;)

 

adik ipar dan isteri

bila suami jumpa geng :P

Alhamdulillah, majlis haritu berjalan lancar . cuaca pon elok je panas sampai ke petang . heeeeh . orang pon ramai yang datang . dan Alhamdulillah sekali lagi sebab lauk pauk semua habis . tak membazir hokeyyy . hahahaha !

nah ! seketui gambar dengan Airil omey :P

3 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com