Ketidakseimbangan Hormon

tiba-tiba hari nie nak update entry pasal hormon . baru je beberapa minggu lepas ika balik dari jumpa doktor pakar . check la apa yang patut kan ? maklumlah dah kahwin nie, kita dah tak boleh fikir diri kita je . kena fikir suami, keluarga kita dan keluarga suami . Alhamdulillah, doktor cakap ika takde fibroid, takde cyst ke hape . semuanya normal . semuanya ok but then, ada satu je masalah . unbalance hormon :(


balik dari jumpa doktor, ika cubalah google kesan ketidakseimbangan hormon dan langkah untuk seimbangkan semula . so, meh lah ika share beberapa tanda ketidakseimbangan hormon . yang nie ika jumpa dalam satu laman web . credit kat sini : http://kyralifestyle.com.my/blog/2015/04/29/tanda-hormon-anda-tidak-seimbang/ ;)

1. BERAT BADAN MENINGKAT
gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat . ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat .

2. LEMAK DI BAHAGIAN PERUT DAN KEHILANGAN JISIM OTOT
apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak . ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut .

3. KURANG BERNAFSU
salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu . tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan .

4. KELETIHAN
belum tengahari dah lemau bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu dan tidak teratur .

5. KEBIMBANGAN, CEPAT MARAH DAN KEMURUNGAN
kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan kemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan .

6. INSOMNIA DAN CORAK TIDUR YANG TIDAK TERATUR
insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon .

7. BERPELUH
bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena . ini bukan masanya memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi .

8. MASALAH PENGHADAMAN
gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

9. MENGIDAM
selepas makan lebih daripada anda perlu, adakah anda melihat kembali dan bertanya kepada diri sendiri mengapa ? sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain . mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan gandum, walaupun sukar, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi isu-isu pencernaan juga .

ika screenshot artikel nie then send kat suami . suami cakap semua tu ada kat ika . hahahaha . so, ika nie sekarang tengah cari cara untuk bagi seimbang semula hormon tu . suami suruh try makan produk shaklee pulak . doakan moga dipermudahkan segala urusan ika ye ;)

jangan ambil mudah bila period korang tak teratur . kadang datang period, kadang tak . seeloknya pergilah check . jangan lepas kahwin baru semua nak check . jangan jadi cam ika nie . huhuhu ! lepas kahwin baru nak cari jalan penyelesaian .

2 comments:

  1. ika cuba try ambik maharani dan pakai set pad bio seleza...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com