Keropok Lekor B.T.B 2209, Bukit Tok Beng, Terengganu

baru-baru nie ika ada la balik kampung ika kat Kota Bharu . balik sebab dapat cuti raya cina panjang sikit . so, balik la Kota Bharu . dah sampai kampung, banyak barang nak kena angkut bawak balik Ipoh . hadiah-hadiah yang dapat masa kahwin tu pon kami angkut bawak balik Ipoh . boleh pakai kat rumah di Ipoh .

kami dok di Kota Bharu dalam 3 hari camtu . hari kedua tu balik dari pasar, suami suruh p amik kamera kat rumah sementara dia tunggu dalam kete . bila tanya nak pegi mana, dia cakap ada la . ika nie pulak ingat dia nak pegi dalam kawasan tu je . so, takde la pakai cantik sikit . hahahaha . pakai je lah baju yang baru balik dari pasar tu . last-last dia cakap jugak yang dia nak p Besut .

ika pon tunjuk lah jalan nak p Besut . sampai kat Besut, suami ika nie tak berhenti pon . cakap nak p Besut . haihhh . dia terus je drive . bila dah sampai Besut tu, dia dah tahu jalan dah dia nak p mana . so, ika tak perlu guide dah . bila tanya nak pegi mana sebenarnya nie, dia cakap tungguuu . hahahaha !

finally . . . dia bawak ika pegi beli keropok lekor . hahahaha ! aduhaiii suamiku . dia bawak ika ke Keropok Lekor B.T.B 2209 di Bukit Tok Beng, Terengganu . memang ika tak pernah sampai lagi kat sini . tak pernah try keropok lekor nie . suami ika cakap sedap . huhuhuhu . dia nak ika pulak yang makan .



first time sampai . taktahu tempat ape sebenarnya nie . hahahaha ! semua ajak p masuk . try keropok lekor diorang . sementara tunggu no giliran untuk beli keropok lekor yang tak dipack tu, suami belikan ika yang dah goreng untuk bagi ika rasa . yang dah di'pack' kami pulun beli sampai rm100 . hahahaha :P



serius la ika cakap keropok lekor kat sini memang sedap . tapi first time ika beli keropok lekor nak kena amik no giliran . hehehe . tapi bagus jugak sebenarnya camni . takde la hang nak berebut ke ape . tapi seriously memang ramai betul orang beli . masa suami amik no tu 1104, no suami pulak 1167 . jenuh haihhh tunggu . itu yang sampai 2 bungkus keropok yang dah goreng habis kami makan . hahahaha !

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com