Holiday

hari nie semua orang dah start bercuti panjang . 4 hari kira panjang la kan . sekali dengan cuti sempena Chinese New Year . ika pulak tambah lagi 3 hari cuti . so, lebih kurang seminggu jugaklah ika bercuti . dah lama tak balik kampung di Kota Bharu . masa nie lah yang terbaik untuk balik kampung walaupon for sure la jammed . kan ?


banyak perkara yang nak diselesaikan di kampung sebenarnya . sesi mengangkut barang-barang yang dapat masa kawen dulu pon tak habis-habis lagi . kad untuk kahwin pon tak pegi hantar lagi . kahwin dah nak masuk bulan ketiga . tapi kad nya masih tak apply . aduhhhh . susah bila dok jauh ni . tambah pulak, suami pon dok keje kat Gombak .

dah lama tak pergi bercuti . honeymoon pon belum lagi . rasanya tak honeymoon la kot . hahahahaha . masing-masing dok sibuk keje . dok sibuk sana sini . awal-awal kahwin nie, kami lebih suka selesaikan perkara yang penting-penting dulu . honeymoon tu bila-bila masa pon boleh pegi sebenarnya .

seminggu bercuti dari kerja nie macam-macam kami nak settle . ini je masa yang kami ada untuk selesaikan apa yang patut . bila masing-masing dah start keje, mulalah tertangguh itu ini . gambar majlis kahwin kami pon belum siap pilih dan cuci lagi . baru transfer masuk dalam laptop . sesi pilih gambar belum buat lagi apatah nak cuci . tak sempat T_T

too many things to do tapi ika harap dapatlah jugak update blog nie walaupon satu hari untuk satu entry sahaja . sekurang-kurangnya blog ika nie masih aktif . harap tak jadi macam tahun lepas sampai ada bulan yang ika tak sempat nak update langsung .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com