Funtasy House Trick Art, Ipoh

entry jalan-jalan pulak untuk hari nie . dah lama tak jalan-jalan cari tempat best nie . sibuk dengan kerja kahwin, lepas dah setel, sibuk pulak dengan nak pindah rumah semua tu . sibuk sangat . ini baru dapat jalan-jalan dengan bff . dia je partner yang satu kepala . suka jalan-jalan . suami ika bukan jenis yang suka jalan-jalan .

so, weekend tu kami pegi jalan-jalan ke Funtasy House Trick Art . ika tahu pasal tempat nie pon melalui fb . so, masa tu takde la dapat pegi terus sebab tengah sibuk . baru je dapat jengah ke sini dengan bff ika .

Alamat :
Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market,
30000 Ipoh,
Perak

No Telefon :
05-2550007

Waktu Urusniaga :
Weekdays : 9.00 pagi - 6.00 petang
Weekends & Public Holidays : 9.00 pagi - 8.00 malam



untuk masuk dalam funtasy house nie korang kenalah beli tiket kat kaunter dulu . macam kami, kenalah bayar rm15 . nak tengok harga tiket, boleh tengok kat website diorang . ika rasa berbaloi la harga dengan segala bagai lukisan yang menarik kat dalam tu . heeee

meh la ika tunjukkan sikit kat korang gambar yang sempat kami amik masa dalam funtasy house nie . gambar nie kebanyakannya diambil oleh petugas funtasy house tu . masa kami masuk, memang ada sorang petugas yang akan guide kita cara untuk ambik gambar . since, dia pon nak tolong ambikkan gambar kami, lagilah bagus kan ? hahahaha . kami hanya perlu buat gaya je :P




 


 




 


 



 




 

seriously dalam nie memang banyak lukisan trick yang korang boleh bergambar dan buat macam-macam gaya . ika nie tak pandai nak berlakon takut ke seram ke . hahaha . semua gambar jadi senyum je walaupon amik gambar dengan serigala . hahahahahaa ! yang pandai berlakon tu haaa bff ika . udah la dia cakap dia model blog ika nie . kikikiki .

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com