Ais Kepal di Bits & Bobs, Ipoh

entry nie bersambung dari entry yang kami pegi jalan-jalan di Funtasy House Trick Art . keluar je daru funtasy house tu, kami teruskan perjalanan kami cari tempat best yang lain pulak . hehehe . jalan kaki sahaja ye sebab dekat dengan funtasy house tu, kalau korang jalan kaki sikit, jumpa pulak Plan B . sebelum nie ika dah penah share yang ika pegi makan di Plan B . kali nie kami try ais kepal pulak di Bits & Bobs dekat Plan B tu .


Alamat :
99 Jalan Sultan Yussuf
@ Kong Heng Square,
30000 Ipoh,
Perak

Waktu Operasi :
Isnin : 10.00 pagi - 5.30 petang
Rabu-Ahad : 10.00 pagi - 5.30 petang





sajelah nak try ais kepal nie sebab dah lama tak jumpa ais kepal nie . zaman dulu-dulu ada lah ais kepal nie . tapi sekarang nak jumpa ais kepal nie bukan senang macam sekarang . hahaha . alang-alang dah jumpa kedai jual ais kepal nie, kami teruslah beli . lagipon kedai nie macam klasik . heeeee


kat bawah nie dia tunjuk cara nak buat ais kepal . tapi masa dia buat ais tu ika tak sempat nak amik gambar . dia nie sporting je bila ika cakap nak amik gambar dia tengah buat ais kepal tu . hahaha ! dia dah biasa la kot . itu yang dia layan je lah . haritu kami try ais kepal perisa anggur . sedapppp . tapi ika nie mana nak tahan kemam lama-lama benda nie . hahahaha ! penat jugak makan ais kepal nie sampai budak nie datang kat kami pastu bagitahu cara nak makan ais kepal nie dengan betul . nampak sangat kami salah cara makan . mahu sampai sudah tak habis-habis ais kepal nie :P




done with the ais kepal . simple je cara buat dia . ada macam-macam perisa untuk korang pilih . yang paling best bila makan ais kepal nie ialah kat tengah-tengah ais kepal tu ada asam boi tersembunyi . kahkahkah ! nasib la kami makan sampai habis . dan nasib baik jugaklah kami beli satu je pastu pakat dua orang . kalau beli sorang satu nie memang buang je lah gamaknya .



see . . takde pon gambar ika kan ? sebab ika tukang amik gambar . lagi pulak bff ika tu cakap dia model blog ika sebab tu ade gambar dia je . hahahaha ! model blog pon boleh la ye cik adik . kalau korang rasa nak menggamit kenangan masa muda-muda dulu boleh la singgah di kawasan Plan B nie . banyak barangan antik dan menarik di sini yang akan buat korang teringat masa korang kecik-kecik dulu . best !



1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com