Prosedur Permohonan Perkahwinan - Kelantan Perak | A&B Big Day

kita stop dulu bab hantaran dan sebagainya tu . kali nie ika nak share prosedur permohonan perkahwinan pulak . yang ika share nie apa yang ika lalui sendiri masa nak mohon untuk perkahwinan . disebabkan ika asal Kota Bharu, Kelantan dan suami pulak orang Semanggol, Perak, makanya prosedur tu lain lah sikit . kalau kahwin negeri yang sama, mungkin senang sikit jalannya . hahaha ! :P

masa ika p kursus kahwin, penceramah ada cakap yang negeri Perak dah mula pakai sistem permohonan perkahwinan nie secara online . ika tolong suami ika isikan borang dia secara online di http://www.sppim.gov.my/sppim/home . klik pada bahagian Benar Nikah Online . setakat nie hanya Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak yang guna pakai sistem nie . so, kalau pasangan korang nie asal dari salah satu negeri nie, kenalah isi borang secara online .

isi je semua maklumat yang diorang nak kat dalam sistem tu . masa ika isi tu, ika salah buat . kahkahkah ! nak taknak ika kena pegi Pejabat Agama kat Ipoh nie untuk settlekan masalah ika tu . kikikiki . lepas dah siap isi semua nanti akan keluar la macam kat bawah nie .


nanti borang tu akan dihantar ke emel . download dan print out . dalam masa 14 hari suami ika kena p check hiv dan selesaikan semua dokumen yang diperlukan sebelum serahkan pada ika pulak . suami ika keje kat Gombak . masa nak isi borang nie, kami tengok dulu tarikh bila nak balik kampung untuk selesaikan borang nie, barulah kami isi . kang nanti lebih pulak 14 hari :P

yang nie borang suami ika sahaja ye . dalam borang tu semua dah lengkap . siap ada dah borang untuk check hiv . suami ika hanya bawak borang tu sahaja ke Klinik Kesihatan Bagan Serai . lepas tu p jumpa Penghulu . Penghulu sahkan borang tu, barulah dia ke Pejabat Agama Bagan Serai . bila borang dia dah settle, barulah dia bagi borang dia pada ika .

ok settle untuk part borang di Negeri Perak . sekarang nie part untuk borang di Negeri Kelantan pulak .

ika pulak kena pegi amik borang kat masjid . masjid yang kami akan akad nikah tu dekat sahaja dengan rumah, Masjid Langgar, Kota Bharu . amik borang je dulu ye . isi semua apa yang dia nak kat situ . yang penting, kena amik tandatangan wali . memandangkan papa ika dah lama meninggal, ika mintak abang ika yang sulung walikan ika . abang ika masa tu keje kat Temerloh, Pahang . makanya, kami kena bergegas ke sana pulak . huhuhuhu . kami pegi sana hujung minggu . jangan lupa salinan ic wali :)

lepas amik sign wali, barulah ika settlekan ujian hiv ika . masa nak buat ujian hiv nie, ika dah banyak kali pegi, tapi asyik lari sebab takut dia cucuk . kahkahkah ! last, memang kena buat jugak lah kan ? huhuhu . lepas dah settle semua tu, ika bagi kat Imam Masjid . dia sign borang ika tu, lepas tu kakak ika tolong hantar borang tu ke Pejabat Agama Kota Bharu, memandangkan ika masa tu dah nak kena balik Ipoh . agak kelam kabut di situ . borang tu kena buat dua salinan ye .

dalam masa seminggu camtu, kakak ika pegi amik semula borang tu semua bila dah diluluskan . lepastu ika serah borang tu semula pada Imam Masjid . masa nak serahkan borang tu, ika setkan pukul berapa nak akad nikah nanti . senang . lepastu settle . tunggulah hari untuk diakadnikahkan :P

kat bawah nie antara dokumen yang ika sertakan pada borang kahwin ika dan suami :
 
1. Salinan IC Pengantin Lelaki
2. Salinan IC Pengantin Perempuan
3. Salinan IC Wali
4. Keputusan Ujian HIV Pengantin Lelaki
5. Keputusan Ujian HIV Pengantin Perempuan
6. Sijil Kematian (Ayah)
7. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Pengantin Lelaki
8. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Pengantin Perempuan
9. Surat Akuan Bujang Pengantin Lelaki
10. Surat Akuan Bujang Pengantin Perempuan

itu sahajalah kot . ika pon dah lupa sebenarnya . hahahaha ! pape pon, Selamat Berkahwin ye korang ! ehhh :P

4 comments:

  1. aku org perak, wife org kelantan. so sama la kita. hahaha... dlu masa aku kahwin, takde lagi sistem online ni.

    ReplyDelete
  2. ika . time husband hantar dokumen ke pejabat agama dia kena sertakan ic wali ika ke ?

    ReplyDelete
  3. husband bawak salinan ic wali akak x time hantar ke pejabat agama bagan serai tu ?

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com