Pelamin by Pelamin Mini - Kota Bharu | A&B Big Day

tak habis lagi cerita kahwin . kali nie ika nak share dengan korang pelamin kahwin ika pulak . pelamin kahwin yang ika dapat nie ika survey punya survey punya survey . hahahaha ! ika cari yang murah tapi biar puas hati .

ika tak mampu nak amik pakej ribu-ribu tu . kikiki . cukuplah kami amik pelamin yang nie . harga murah dan kami sangat puas hati . dan ownernya pon sangat friendly . senang ajak sembang . sanggup dtg umah ika malam-malam p hantar tirai . hehehe . terima kasih Kak Linda :)


pelamin nie ika sewa dengan harga RM310 + RM60

pelamin = rm270
extra bunga (2 pasu) = rm30
extra tirai (2 helai) = rm10
bantal ottomen (akad nikah) x2 = rm60

bagi ika harga yang ika dapat nie memang sangat murah .

     


gambar atas (kiri)
masa nie dah siap pasang pelamin nie . kakak ika yang ada masa diorang pasang tu . so, inilah hasilnya .

gambar atas (kanan)
yang nie gambar bila dah tambah tirai kiri kanan tu sebab nak sorok dinding tu . hahahaha ! barulah nampak lagi cantik dan kemas ^^



kerusi bench . kukuh hokeyy . jangan risau . hehehe . dan bunga tangan pon hadoo sekali . takyah kalut nak p cari bunga tangan dah . satu penjimatan di situ . hehehe 
satu je masalah yang ika ada iaitu rumah ika nie pakai kipas siling . so, kalau amik gambar full pelamin, akan nampak kipas tu . nampak tak bayang-bayang kipas tu ? hahaha . kena pandai cari angle untuk amik gambar pelamin . nak diturunkan tirai tu macam tak elok pulak . so, biar je lah macam tu .




yang nie masa majlis . ika dah tambah bunga tisu dua pasu kiri kanan bagi nampak bunga tu banyak . bunga tisu nie officemate ika yang pulun buat . terima kasih awakk semua . hiksss . dua pasu bunga tisu tu dah selamat diambil kakak ika lepas majlis . berkenan katanya . hahahaha !

pelamin murah tapi masih nampak macam mahal . kami cari apa yang kami mampu sahaja . jangan sampai berhutang semata-mata nak pelamin mewah . kalau yang memang berduit takpe lah nak pelamin ribu-ribu tu . kami cukuplah pelamin nie . itupon dah rasa macam pelamin nie cantik sangat . syukur sangat dah .

2 comments:

  1. Ini dah kire elok dah nih..kalau tak cakap harga..mesti orang tak expect pon murah macam tuh :)hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pon . kwn ika cakap harga nie 1k lebih . hahahaha

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com