Mini Bicycle by Kaison | A&B Big Day

bersambung lagi entry kerja kahwin ika . hehehe . kali nie ika nak share Mini Bicycle . basikal yang kecik nie ika guna untuk letak gelang emas masa akad nikah . basikal kecik nie ika beli kat Kaison, Setia City Mall .

kebetulan masa tu ika ada kat Shah Alam . terus la ajak kawan ika pegi jalan-jalan . kami pegi jalan-jalan naik bas hokeyy . hahahaha ! dari Shah Alam nak sampai ke Setia City Mall nie boleh tahan jauhnya . sampai je kat Setia City Mall, kami pusing-pusing dulu dalam mall tu . lepastu cari Kaison .

meh la ika share sikit gambar Kaison yang menerujakan ika tu . hahahaha !





jalan-jalan dalam Kaison nie cari apa yang patut . then, jumpa la si Mini Bicycle nie . dapatlah idea untuk letak gelang emas masa akad nikah nanti . harga dia RM7.90 untuk satu basikal tu . ada banyak saiz dan banyak renda . tapi ika amik yang simple cam kat bawah nie .




hasilnya cam kat atas nie la selepas digubah oleh adik ipar ika .


nampak tak Mini Bicycle tu ? hahahaha . itulah fungsinya . tempat letak gelang untuk akad nikah ;)

6 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com