Kad Kahwin by Kad Kahwin Lovely | A&B Big Day

hari nie ika nak share dengan korang kad kahwin ika pulak . kat mana ika tempah kad kahwin ika nie . untuk part kad kahwin nie, ika survey banyak jugak . tambah pulak kat facebook tu . berlambak orang buat promosi kad kahwin nie . 

mulanya ika nak tempah kat satu online shop nie . dah berkenan sangat dengan kad kahwin dia . pakai kertas kraf pulak tu . memang dah lama ika berkenan tapi bila ika tanya dia cakap kertas tu buat masa tu takde stok . kalau ika nak, kena amik masa . last-last ika tak jadi amik .

then, terjumpa pulak Kad Kahwin Lovely nie tengah buat promosi . masa ika tempah tu, ika amik promosi rm398 . untuk harga nie ika dapat banyak barang lain . bukan dapat kad sahaja . so, ika rasa memang menjimatkan ika la kat situ . kikiki


apa yang ika dapat dengan rm398 ?
1. 500 keping kad kahwin
2. 500 keping sampul kad kahwin
3. 5 penanda arah (jenis banting)
4. 2 banting
5. 200 keping tq tags
6. 200 keping kalendar
7. props


kat bawah nie gambar design kad kahwin ika . gambar kad yang ika dah dapat tu lupa pulak nak amik . hahahaha ! tapi memang kertas elok la . tebal . sangat puas hati . kad nie asalnya warna hitam tapi ika request nak warna hijau sebab suami ika tu suka sangat warna hijau . so, jadilah camni .


 

yang kat bawah nie pulak gambar banting yang ika dapat . ika dapat 2 ketul banting . nampak simple kan ? ye lah sebab ika tak suka letak gambar kami kat banting tu . hahahaha ! simple but nice . untuk banting nie, kami pilih design bunga-bunga nie sebab nak match dengan warna khemah . kami letak kat kiri kanan khemah . dah jadi macam pintu gerbang pulak . hahahaha ! btw, kualiti banner nie memang terbaik . tak mudah koyak . suka sangatt :)


yang kat bawah nie, gambar belah kiri tu ika bagi nampak dekat sikit banting ika . itulah gambar yang dekat . cantik kan ? hehehehe . 

yang gambar belah kanan tu pulak salah satu ika punya penanda arah yang ika dapat . semuanya ada 5keping tapi ika tunjuk satu je lah ye sebab sama je designnya cuma arah je lain-lain . untuk penanda arah nie kami pilih design sama cam banting . match kan deme berdua :P


   

next, gambar kat bawah nie pulak ialah gambar pocket calendar . pocket calendar nie kami dapat design yang sama cam kami punya kad kahwin . simple but nice . malangnya, kami lupa nak masukkan dalam doorgift . hahahaha ! last-last ika bagi kat kawan-kawan ofis dan buat giveaway kat blog . settle :)


kat bawah nie pulak ialah tq tags . gambar yang belah kanan tu . yang belah kiri tu pocket calendar . untuk tq tags pon design dia sama cam kami punya kad kahwin . comeyyyy sangat . hehehe

last sekali, kami dapat props . untuk props nie agak tak berpuas hati sangatlah sebab bila sampai, dia punya gam tu melekat antara satu sama lain . so, ada yang koyak bila kami tarik . tapi takpe la kan sebab benda nie bagi ika tak penting sangat . kikikiki .

kami decide untuk print out sendiri je props nie . google je . sekarang nie dah banyak sangat dalam google tu contoh props . korang download lepastu print out sendiri je . macam ika, ika laminate lepas tu sebab nanti boleh bagi pinjam kalau kawan-kawan nak kawen :P


okey, dah complete satu set untuk kad kahwin ika nie . ika syorkan lah dekat korang kalau nak kahwin, boleh la tempah dengan Kad Kahwin Lovely nie . ika rasa better berurusan melalui emel . ika pernah berurusan dengan diorang melalui whatsapp tapi respon lambat sangat . bila ika berurusan melalui emel, sangat cepat . hehehe .
tapi sangat diingatkan kat sini bahawa kad diorang dah design siap-siap cuma korang kena pilih je design yang mana satu korang nak . okey ? :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com