DIY Bunga Tisu | A&B Big Day

untuk majlis perkahwinan ika, ika mintak tolong officemate ika buatkan bunga tisu banyak-banyak untuk ika topupkan kat pelamin ika . nak beli artificial flower macam membazir pulak . bunga sekarang boleh tahan harganya .

then, kebetulan kawan ika ke IKEA, dia belikan ika kertas tisu kat IKEA tu . murah ! kawan ika belikan dua warna, merah dan putih tapi yang warna putih tu saiz dia lagi besar dari yang warna merah .


nampak tak perbezaan saiz warna merah dan putih tu ? dua-dua warna tu pon ika suka . hahaha ! warna dia terang .
 
  

satu helai tisu tu korang boleh dapat sekuntum bunga macam dalam gambar kat atas nie . kawan ika beli 3 pek untuk warna merah dan 2 pek untuk warna putih . 1 pek ada 100 helai . serius memang banyak sangat bunga tisu haritu . hahahaha !



bunga tisu nie dua pasu besar makcik ika gubahkan dan letak kat kiri kanan pelamin . dua pasu panjang, letak dalam bilik pengantin dan ada jugak kat tirai dalam bilik pengantin tu . bunga tisu nie jugak kakak ika guna untuk letak pada tirai hiasan bawah khemah . memang cantikk sangat bila tengok . kikikiki .


nampak tak pasu bunga yang paling belakang tu di kiri kanan pelamin . itulah bunga tisu yang officemate ika buat . makcik ika tolong gubahkan . ika tak sempat nak amik gambar dekat bunga tisu nie kat pelamin . ini je gambar yang nampak pasu bunga tisu tu tapi kira ok la tu kan ? :P

4 comments:

  1. Kreatif and sangat bijaksana ~! Saya akan pratikkan ni ^o^

    ReplyDelete
  2. macam mana buat ni ika?? teringin jugak nak buat gini hehehe

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com