Chocolate Cake by Suka Rasa | A&B Big Day

sambung lagi kerja kahwin . kali nie part kek pulak . memandangkan masa tunang haritu kami dah order kek untuk hantaran dua-dua belah pihak, so, untuk majlis perkahwinan kali nie, kami takmau dah order kek untuk hantaran . kami just order satu kek untuk makan beradab .

Suka Rasa
014-9168612
Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan
 
untuk kek majlis perkahwinan nie, kami tempah dengan owner Suka Rasa . ini kali ketiga ika tempah dengan Suka Rasa nie . sebab ika suka dengan rasa nya . hahahaha !
 

kat atas nie kek yang kami tempah . disebabkan warna tema kami MERAH, PINK dan PUTIH, makanya ika mintak la Kak Su buatkan ika kek dengan tiga warna nie dan ika mintak Kak Su carikan ika patung untuk letak atas kek tu . kat tengah-tengah tu . malangnya ika takde gambar yang clear untuk patung tu :(
 

gambar kat atas nie je yang ada yang nampak sikit patung tu . sebab pengantin pon tak sempat nak potong dan ngap kek nie masa tu . kek nie lepas kenduri baru kami ngap dan bahagi-bahagikan dekat adik beradik . si anak saudara ika pulak dok berebut anak patung tu . hahahaha . tengok-tengok dah hilang dah anak patung tu . sabo je lah ika .
 

ika mintak Kak Su buatkan ika kek coklat . seriously memang sedap sangat kek nie . sangat memuaskan . sebab tu sampai dah 3 kali tempah dengan Suka Rasa nie . adik beradik semua pakat dok cakap kek nie sedap . so, ika sangat syorkan dekat korang yang ada kat sekitar Kota Bharu tu ;)

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com