Chocolate Box by Sayang You, Semua House | A&B Big Day

kali nie ika nak share dengan korang kat mana ika beli kotak coklat ika . kotak untuk coklat nie ika beli di Semua House, Jalan TAR . kat dalam Semua House nie ada banyak kedai-kedai lain . kebanyakannya kedai barangan pengantin la .

masa nak beli kotak coklat nie, ika survey dua kedai dalam Semua House nie dan ternyata harga nya sangat berbeza . hahaha ! so, ika decide untuk beli kotak coklat nie di Sayang You . Sayang You nie kat tingkat atas . ika pon dah lupa tingkat berape . hehehe

   

ika beli yang kat atas nie . yang dah ade riben siap-siap . masa ika beli tu harga rm13 untuk 25kotak kalau ika tak silap . 1 set dia ada 25 kotak . so, ika beli 20set sebab nak dapatkan 500 kotak . total ika habis rm260 untuk kotak coklat sahaja . phewwww .

yang kat bawah nie jenis kotak kosong yang takde riben . yang nie lagi murah kalau tak silap . kalau korang nak tampal sticker ke ape ke kan elok la beli yang kosong nie .
 


dan inilah hasilnya shooping kotak coklat . jenuh mengusung weiii dari Jalan TAR ke LRT . hahahaha ! naik lrt je kami nie . orang dok tengok je dalam lrt tu . kikikiki . Alhamdulillah barang selamat sampai rumah makcik ika kat KL tu . 


ika amik banyak warna haritu . jadi warna warni la . dalam 6-7 warna camtu . kalau ika amik 1-2 warna sahaja, memang tak cukup sebab dah banyak yang habis . so, kenalah amik semua warna yang ada kat situ bagi cukup 500 kotak . ini contoh yang family ika buat . kotak coklat tu kami tampal sticker terima kasih yang dapat masa beli paperbag . hehehe

2 comments:

  1. lama x pi semua house sebab tak de apa nak cari kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe . ika p semua house first time . itupon sbb nak carik benda nie .

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com