Bekas Hantaran (P) | A&B Big Day

entry semalam ika berkongsi berkenaan bekas hantaran untuk pihak lelaki . so, hari nie ika nak berkongsi berkenaan bekas hantaran untuk pihak perempuan pulak . untuk ika la tu . hahahaha ! barang-barang nie semua kami beli sendiri . cuma untuk hantaran ika, ika dengan bakal adik ipar ika yang buatkan .

semalam temanya MERAH PUTIH . kali nie temanya PINK PUTIH . for sure la untuk ika warna pink . hahahaha ! ika decide untuk buat base warna putih dan bunga orkid warna pink . berkenan sangat-sangat dengan bunga orkid ohoiii . nasib la jumpa bunga orkid warna pink .


barang-barang nie semua kami beli di Thank-Q, Seri Iskandar . nak cakap murah, takde la murah sangat tapi kira ok la harganya . 
 





caranya sama macam yang abang ipar ika buatkan untuk pihak lelaki . cuma kami pakai lace untuk lilit sekeliling tu . abang ipar ika pakai pearl . dan hasilnya macam kat bawah nie . itupon kami dah tambah bunga lain . tak cukup ohoii bunga orkid tu . ingat dah cukup . wuwuwuwu T_T
 

simple but nice . boleh lah untuk orang yang takde seni macam kami nie . kikikiki

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com