Bekas Hantaran (L) | A&B Big Day

entry kali nie ika nak share untuk bekas hantaran bagi barang pihak lelaki . kiranya yang nie family ika yang buatkan . so, tema untuk bekas hantaran untuk barang pihak lelaki adalah MERAH dan PUTIH . bekas hantaran nie, abang ipar ika yang tolong buatkan . hehehe

meh la ika tunjuk antara bahan-bahan yang abang ipar ika pakai untuk buat bekas hantaran nie . tapi ada jugakla barang yang takde dalam gambar nie .




 
disebabkan teman merah dan putih, so diorang decide untuk buat base warna merah . dan bunga putih campur merah . takpe la kan as long as ikut tema warna . kikikiki . abang ipar tolong buat pon dah syukur sangat-sangat dah ;)
 
mula-mula potong kain tu ikut ukuran polisterine tu . lepas tu, abang ipar nie dia gosok kain tu sebab tak nak bagi nampak kedut . so, kemas la sikit kan ? lepas tu dia akan gamkan di sekeliling tu . lebih kurang macam balut hadiah la . 
 
 
lepas dah kering gam tu, dia lilitkan pulak dengan pearl kat sekeliling polisterine tadi . jadilah macam kat bawah nie . so, nie dah kira siaplah . tinggal nak gubah bunga je untuk letak kat atas polisterine nie .



untuk bunga pulak, abang ipar ika gubah cam kat bawah nie . dia gubah banyak-banyak terus . senang nanti . just letak dan gam sahaja . sekali tengok macam bunga tangan kan ? hahahaha ! tapi ini bunga bekas hantaran ye :P
 



contohnya macam kat atas nie la tapi bergantung pada barang jugaklah kedudukan bunga tu . korang boleh tengok kat sini : http://www.nooratikahramli.com/2016/01/the-hantaran-big-day.html ;)

sekian sahaja idea untuk bekas hantaran . hehehe

2 comments:

  1. wah..buat sendiri jer? kreatif betul abg ipar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg ipar ika minat buat benda-benda macam nie . heheehe

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com