Baju Akad Nikah | A&B Big Day

untuk baju akad nikah, kami beli kain meter kat Nagoya Jalan TAR, Kuala Lumpur . masa nak beli kain nie pon, jenuh pilih warna sebab suami ika nie bukan suka warna pink . hahahaha ! dia nak jugak amik warna hijau . last dia beralah jugak untuk pakai pink time akad nikah .

kami beli kain nie 8 meter . 4 meter untuk ika, 4 meter untuk baju melayu suami . ika mintak makcik ika jahitkan dress untuk baju akad nikah ika . dress sekali dengan veil terus . takde la ika kena cari veil pulak . so, makcik ika buat veil tu dengan kain yang lebih jahit dress . dress biasanya tak sampai 4 meter . so, ada lebih kat situ .

1meter = RM8.00
8meter = RM64.00



gambar kat atas nie dress untuk akad nikah ika . jahitan manik dan lace tu diilhamkan oleh kakak ika . hahahaha ! ika serahkan pada kakak ika untuk buat jahitan manik dengan lace tu . so, dapatlah hasil macam kat atas nie . sangat berpuas hati . terima kasih kakak !

untuk shawl pulak, ika beli kain di Nagoya, Kota Bharu . ika beli 1 1/2 meter sahaja . itupon boleh dapat dua helai shawl dah . hahahaha ! shawl pon makcik ika yang jahitkan . senang . kain nie macam glitter sikit , tapi jenis kain yang tak panas . lembut je dan mudah bentuk .



 


ika nie memang tak pandai nak pakai shawl . nasib baiklah kakak yang mekapkan ika tu sudi pakaikan shawl untuk ika . hehehe . terima kasih kak fara . sejak muka ika nie dah bertukar dari bujur ke bulat, dah tawar hati nak pakai shawl . hahahaha ! rasa tak selesa je bila pakai shawl . tapi masa akad tu, rasa ok . tenang . kahkahkah ! takde la sakit hati dengan shawl . nasib la shawl tu tak buat hal .

     

nampak tak betapa labuhnya veil ika ? hahahaha ! itulah lebihnya kain . banyak kan lebih kain ika . kikiki . ika rasa veil ika tu boleh buat alas meja dah . tapi seriously kain yang kami beli nie best . sangat selesa dan tak panas . 

untuk suami ika pulak, kitorang mintak jahitkan baju melayu biasa saje . mula tu nak buat sulam kat poket tapi suami ika takmau pulak dah . so, buat yang simple sajelah . dan untuk sampin tu, ika beli kat Pasar Siti Khadijah . kebetulam jiran ika kat kampung tu memang meniaga sampin, so, kitorang beli dengan dia sajelah :)



nie lah baju akad nikah kami . terima kasih makcik . terima kasih kakak sebab bertungkus lumus siapkan baju kami . kalau baju nie tak siap, macam mana kami nak p akad nikah . hahaha ! :P

8 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com