28.11.2015 | A&B Big Day

marilah kita update tentang hari kahwin . kikiki . dah sebulan lebih kawen baru dapat update . sebab ape ? sebab malas . harap maklum . hahahahaha ! lagipon baru je transfer gambar masuk pc .

majlis akad nikah ika dengan suami pada 28 November 2015 pada pukul 9.30 pagi di Masjid Langgar, Kota Bharu . ada kisah di sebalik masjid akad nikah nie sebenarnya . kisah entah lahhh . nanti next entry ika update . 


    

Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, ika sah bergelar seorang isteri kepada suami tersayang, Baharudin bin Gulam . Alhamdulillah jugak sebab masa akad nikah tu cuaca sangat elok . panas . tak hujan seperti hari sebelum tu hujan sangat lebat .
 
 
my new family ^^

untuk pengetahuan korang semua, masjid dengan rumah ika, dekat sangat . jalan kaki sajooo . hahahaha ! so, pagi masa akad nikah tu ika ditemani bff ika, Ain, kami jalan kaki saje lepas dah siap semua tu . terus berjalan ke Masjid Langgar . pakai selipar je . hahahahaha ! dasar kelam kabut punya pengantin .

majlis akad nikah tu siap dalam pukul 10 lebih camtu lah . ika balik rumah ika dan suami ika balik rumah yang diorang tumpang memandangkan majlis bersanding kami pukul 12 tengahari hari yang sama . jadi ada masa dalam sejam lebih camtu la untuk kami bersiap .
 
 


lebih kurang pukul 12.30 tengahari, rombongan lelaki tiba untuk majlis persandingan kami . memang kami sengaja buat majlis sanding nie awal sikit sebab family sebelah suami ika nie nak bertolak balik ke Perak pulak . masa rombongan tiba, hujan dah start turun . ika dah mula risau la sebab takut jadi macam hari sebelum tu hujan lebat selebatnya . Alhamdulillah, hujan tak lebat dan hujan sekejap sekejap je :)
 

 
mak mertua ika :)

mama ika :) 

banyak gambar nak dikongsi tapi kang nanti korang muntah pelangi pulak . hahahahaha ! so, meh la tengok yang nie je :P
 
 

 
abang ika yang sulung ^^

 adik perempuan ika ^^

 bff ika, AIN ^^

bff ika, IQRAM ^^

 anak saudara sulung ika ^^


 


last but not least, gambar pengantin pening . hahahahaha !
 

terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung . terima kasih yang tak terhingga buat family ika yang banyak sangat tolong ika siapkan kerja kahwin ika nie . terima kasih buat bff ika, Ain dan Iqram yang sanggup balik Kota Bharu untuk ika . sayang korangggg ! :P

majlis kahwin kami habis dalam 9K jugaklah termasuk makan minum tu semua . nanti ika bagi senarai checklist untuk korang buat rujukan . kami pakai duit sendiri semua untuk majlis kahwin kami nie termasuk makanan kenduri . yang mana part boleh jimat, kami jimat untuk cut kos . kikiki . nanti ika update lain .

4 comments:

  1. 9k tu majlis rumah akak sorang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9k tu untuk majlis belah akak je . kami buat satu majlis je . tak buat belah laki . yang belah laki buat doa selamat ^^

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com