GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com

Assalamualaikum :)

Inshaallah hari ini ika akan buat satu giveaway untuk pembaca blog ika . memandangkan ika baru je kahwin dan untuk majlis kahwin ika tu ika ade tempah pocket calendar untuk tetamu . dan masih lagi berbaki . so, ika nak hadiahkan pulak untuk pembaca blog ika yang bertuah .


untuk giveaway nie ika akan pilih secara random 50 blogger bertuah untuk ika poskan pocket calendar nie . untuk itu korang kenalah ikut beberapa langkah untuk join giveaway nie . simple sangat :)


1. buat satu entry dengan tajuk GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com

2. copy banner kat atas nie dan linkkan ke entry nie.

3. follow blog www.nooratikahramli.com

4. tinggalkan link entry anda di entry ika nie :)

22.12.2015 - 31.12.2015
DONE :)

Buat entri yang bertajuk "Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com" , copy banner di atas then letak kat entry korang yea. Lepas tu, korang nak buat netry apa saje, terpulang..taknak buat pun tak apa asalkan entry korang link ke GA nih .. Follow blog Honeyonnee.Com LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah klik Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com dan tekan button SHARE Bila dah selesai semua di atas, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen entry ini. Syarat-syaratnya simple je untuk FACEBOOKER (wajib buat tau..) : LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Buat entri yang bertajuk "Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com" , copy banner di atas then letak kat entry korang yea. Lepas tu, korang nak buat netry apa saje, terpulang..taknak buat pun tak apa asalkan entry korang link ke GA nih .. Follow blog Honeyonnee.Com LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah klik Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com dan tekan button SHARE Bila dah selesai semua di atas, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen entry ini. Syarat-syaratnya simple je untuk FACEBOOKER (wajib buat tau..) : LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Buat entri yang bertajuk "Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com" , copy banner di atas then letak kat entry korang yea. Lepas tu, korang nak buat netry apa saje, terpulang..taknak buat pun tak apa asalkan entry korang link ke GA nih .. Follow blog Honeyonnee.Com LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah klik Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com dan tekan button SHARE Bila dah selesai semua di atas, sila tinggalkan URL entry korang kat kotak komen entry ini. Syarat-syaratnya simple je untuk FACEBOOKER (wajib buat tau..) : LIKE Facebook Page honeyonnee.com by scheetah

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
pocket calendar ^^

kat atas nie lah pocket calendar yang ika akan hadiahkan untuk korang . kecik je . boleh letak dalam purse / wallet korang . nama pon pocket calendar kan ? mestilah kecik . hehehe . kalau kurang 50 orang yang join, semua yang join tu akan dapat pocket calendar nie . Inshaallah :)
Read More

Throwback 2015 | Julai - Disember


entry sambungan . kikiki . kali nie ika nak throwback untuk bulan Julai sehingga Disember pulak . apa yang berlaku pada ika sepanjang bulan Julai - Disember 2015 .

JULAI

seperti biasa, bulan Julai ialah bulan kelahiran ika tapi untuk tahun 2015 nie ika takde sambut pon macam tahun-tahun sebelumnya sebab sibuk uruskan kerja kahwin ika . wuwuwu . lagipon birthday ika tahun nie dalam bulan puasa . hehehe .

untuk bulan Julai, ika hanya terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Bawong, Sungai Siput (U), pertama kali ika berjumpa dengan Menteri KKLW pada masa tu . heeeee

boleh baca kat SINI :)

 

hujung bulan Julai, ika amik kursus kahwin di Hasani Management & Consultancy, Ipoh .

boleh baca kat SINI :)

lepas balik kursus kawen tu, ika jatuh motor . hahahahaha ! haippp ! kenapa gelak . kenangan paling pahit kot sepanjang tahun 2015 nie . habis rosak sijil kursus kawen tu . mintak jauh la . takmau dah jatuh motor :(

boleh baca kat SINI :)


OGOS

untuk bulan Ogos nie takde pape pon yang special . puas ika fikir . kahkahkah ! :P

SEPTEMBER

bulan September nie, ika dengan kawan satu batch masuk keje dlu sempatlah hangout sama-sama . kitorang nie walaupon keje satu jabatan dan satu negeri tapi dok daerah lain-lain, susah sangat nak hangout sama-sama . so, bulan September yang lepas sempatlah kitorang lepak sambil cari barang hantaran ika . 

boleh baca kat SINI :)

  

dan bulan September jugak, sorang lagi kawan baik ika selamat bergelar isteri . tapi gambarnya takde pulak . ayokkk . pape pon, tahniah Didie dan Wan ^^
OKTOBER

untuk bulan Oktober nie, ika ade hadir satu taklimat iaitu Taklimat Mengenai Garis Panduan Perolehan KKLW, Kaedah Penilaian Sebut Harga Bekalan dan Kaedah Penilaian Cut-Off bagi Sebut Harga Kerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . kemain panjang kan nama taklimat tu . hahahaha !

boleh baca kat SINI :)

 
NOVEMBER

Alhamdulillah, pada bulan November nie, ika dapat Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun 2015 untuk jabatan ika peringkat negeri masing-masing la . kali kedua ika dapat anugerah nie . pertama dulu ika dapat untuk tahun 2013 . Alhamdulillah . rezeki nak kahwin orang cakap :P

boleh baca kat SINI :)
 

hujung bulan November, ika selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati ika . Alhamdulillah . syukur sangat majlis berjalan dengan lancar . review majlis tu nanti akan menyusul di bulan Januari 2016 nanti :P


DISEMBER

officially ika dan suami berpindah ke rumah sewa baru . cadangnya kami nak beli rumah sendiri, so ika nak clearkan ika punya payslip tu bagi cantik dulu . ehhh . dulu ika dok kuarters, so memang kena potong la elaun rumah tu .


dan bulan Disember ialah bulan kelahiran suami tersayang . nasib dah buat entry . kikiki :P

boleh baca kat SINI :)


done with all the memories . Alhamdulillah . suka duka untuk tahun 2015 nie akan dikenang sebaik mungkin . banyak sangat yang berlaku sepanjang tahun 2015 . doakan ika dan suami kuat untuk menempuh alam rumah tangga kami yang baru sahaja hendak bermula .

selamat tinggal 2015
selamat datang 2016
Read More

Throwback 2015 | Januari - Jun


meh la ika throwback sikit apa yang berlaku pada ika sepanjang tahun 2015 . untuk entry nie, ika akan update throwback bulan Januari sehingga Jun . selebihnya next entry ye . nampak sangat tahun 2015 nie banyak kejadiannya . hahaha ! :P

JANUARI

rasanya tahun nie bulan Januari takdak something special macam selalu . yang ada cuma something yang tak special yang pasti akan diingati untuk jangka masa yang lama . melupakan memang susah .

FEBRUARI

pengalaman cabut gigi yang tak dapat dilupakan . tak pernah ika sakit gigi sampai camtu sekali . hahahaha ! akhirnya, terpaksa la jumpa doktor gigi dan kasi cabut itu gigi daripada ika tido malam tak lena sebab sakit punya hal . tq doktor ! :P

boleh baca kat SINI :)

lepastu, rumah sewa ika pulak diceroboh . Alhamdulillah, takde pape berlaku pada ika dan Alhamdulillah sebab takde pape barang ika yang hilang cuma rumah agak bersepah .

boleh baca kat SINI :)

good news untuk bulan Februari bila ika dibawa berjumpa dengan bakal family baru ika . Inshaallah . bulan nie la dia bawak ika balik rumah mak dia . kenalkan pada family dia . perasaan masa tu ? memang cuak la . kahkahkah ! :P

boleh baca kat SINI :)

MAC

untuk bulan mac, ika tak banyak update sebab ika masa tu dalam proses untuk pindah masuk ke kuarters . disebabkan kuarters yang ika dapat tu, orang lama dah keluar lebih 6 bulan, ika terpaksa ke JKR Mekanikal untuk buat permohonan sebelum ke TNB . diorang akan datang rumah dan check sama ada rumah tu masih selamat atau tak elektrik tu . lepas dah dapat kelulusan, baru ika boleh ke TNB untuk buat penyambungan elektrik . sangat memenatkan sebenarnya .



untuk bulan mac nie ika ada join Bengkel Penyelarasan Penerbitan Laporan Tahunan JAKOA 2014 di Genting Highlands . first time p genting . wehuuuuu :P

boleh baca kat SINI :P


 APRIL

officially dok rumah baru iaitu kuarters kerajaan . kahkahkah ! makanya dipotongnya lah elaun rumah . hahahaha .untuk bulan april nie, ika ada join Taklimat PTJ Pelaksanaan GST di dalam Sistem ePerolehan di Sungai Petani, Kedah . first time jugak sampai sungai petani . hahahaha ! :P

boleh baca kat SINI :)


then, ika ada family trip . untuk tahun 2015, kitorang berjalan-jalan ke Cameron Highlands . bawak anak buah ika dua orang tu p cameron . kemain seronok diorang . aunty deme pon seronok jugak . lalalalala . serioulsy memang banyak sangat tempat yang kitorang pegi masa kat cameron nie . best woooo ^^

boleh baca kat SINI :)


bulan april jugak special sebab salah sorang kawan baik ika dah pon selamat bergelar seorang isteri . tahniah Basya dan Dzul .

boleh baca kat SINI :)


MEI

untuk bulan mei, ika terlibat dengan Mini Karnival Usahawan Orang Asli (Zon Utara) di Mydin Mall Meru, Ipoh . karnival nie selama 4 hari . makan 4 hari lah ika berkampung di mydin tu . tapi seronok sangat sebab macam-macam aktiviti ada kat sana :)

boleh baca kat SINI :)


JUN

special untuk bulan Jun . hahahaha ! special sangat . bulan Jun, ika selamat bertunang dengan suami ika sekarang nie . kami bertunang pada 7 Jun di Kuantan, Pahang . Alhamdulillah, kami selamat menjadi tunangan selama 5 bulan .

boleh baca kat SINI :)


ok done untuk Januari sehingga Jun . jumpa next entry pulak :P
Read More

Senarai Peserta Giveaway Pocket Calendar | UPDATE

ika nak update senarai nama blogger yang dah join giveaway ika setakat Hari Khamis, 31 Disember 2015, jam 2.00 petang . nanti ika update lagi ye :)



SENARAI PESERTA


























































































































































yang join selepas nie ika update hari lain pulak . mood bercuti is ON ! hahahaha .
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com