Testing

testing :)


posted from Bloggeroid

Read More

Sijil Kursus Kahwin | Rosak

sebelum nie kan ika penah update entry ika pegi Kursus Perkahwinan . lepas balik dari kursus tu kan ika jatuh motor dan hasilnya sijil kursus kahwin ika tu rosak . dah terkoyak dan basah kena hujan . wuwuwuwu . kejap je ika sempat merasa sijil nie yang masih elok . lepas tu terus rosak .

lepas jatuh motor, benda pertama yang ika fikir ialah sijil kursus kahwin . hahahahaha ! lepas dah tengok sijil tu terus rasa down . ika pon tak tahu kenapa ika perlu rasa down . mungkin sebab ika fikir yang ika kena p kursus sekali lagi . kikikiki . padahal takde ape pon :P


sebulan lepas kejadian jatuh motor tu, barulah ika call semula tempat ika amik kursus kahwin tu . ika cerita la apa yang dah jadi . then, diorang mintak ika untuk datang ke ofis diorang untuk amik surat daripada diorang . surat tu ika kena bawak ke Pejabat Agama Islam . tapi ada la caj yang dikenakan untuk amik sijil yang baru . tapi takpe la . demi sebuah sijil :)
Read More

Hotel Great Wall, Gerik

baru-baru nie ika balik kampung . kawan ika gerak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1.30 petang . tapi disebabkan jalan jammed hari sabtu tu, dia sampai kat Ipoh untuk amik ika dalam pukul 5 petang lebih . lepas tu kami gerak ke Kota Bharu . disebabkan kami sampai Gerik dah maghrib, kitorang decide untuk bermalam dulu di Gerik . esoknya baru kami gerak ke Kota Bharu .

malam tu kami bermalam di Hotel Great Wall, Gerik . kami amik dua bilik . harga untuk dua bilik tu RM90.00 . bagi ika harga tu okey la . maknanya RM45.00 la untuk sebijik . dan kalau tak silap ika takde bayaran deposit . setakat nak rehat dan tido sekejap malam tu, ok la kan . 

Alamat :
Hotel Great Wall,
20-22, Jalan Takong Datok,
33300 Gerik, Perak

so, meh la ika share gambar dalam bilik yang ika menginap . bilik yang kawan ika dapat, p mintak gambar kat dia . hahahaha ! ika amik dalam bilik ika sajoooo . takmo kacau orang tu . nanti kena marah sebab tak cukup tido . kang kalau ajak sembang sampai ke subuh la tak habis .




nie bilik yang ika dapat malam tu . dari tingkap bilik nie, boleh nampak pemandangan depan hotel nie . nie kiranya bahagian depan la . bestla sebab dapat tengok view . kikikiki . bilik nie bagi ika selesa la . kalau nak yang lagi selesa, kena la cari hotel yang banyak bintang bulan lagi . yang nie bagi ika dah cukup selasa untuk tido .

kalau korang malas nak keluar p cari air kat kedai, diorang ada jugak jual air kat kaunter pendaftaran tu . sebab ika pon pemalas . so, beli je lah dengan diorang . lagi senang . masuk bilik, terus krohhh krohhh krohhh . lepas subuh kami gerak ke Kota Bharu . tawakkal je lah masuk jalan bukit tu .

kat sini satu je yang tak best bagi ika sebab line Digi kat sini memang tak kuat . ika nak p kejut kawan ika kat bilik dia pon jenuh haihhh . dah la dia tu jenis susah nak sedar . nak call pon line takde . grrrr . jenuh dok ketuk pintu T_T
Read More

Hijau VS Pink | A&B Big Day

hari nie ika nak share serba sedikit persiapan ika dengan tunang ika untuk majlis perkahwinan kami nanti walaupon lambat lagi . dalam 3 bulan camtu la jugak . tapi disebabkan baju untuk akad nikah kami decide untuk upah jahit, makanya kami kenalah cari kain tu awal-awal .

baru-baru nie ika dengan tunang ika ke Nagoya, Jalan Tar . tujuannya untuk cari kain bagi baju akad nikah . bukan cari gaduh ye . hahahahaha ! sampai je kat Nagoya tu, ika pilih la warna yang ika dah berkenan . dan for sure la warna tu PINK ! :P

pastu tunang ika nie tak berkenan la pulak warna yang ika pilih tu . memang la sebab warna pink . memang taknak la dia . hehehehe . ika pon suruh la dia pulak yang pilih . dia pon pilih warna yang dia suka iaitu HIJAU ! dan ika pulak tak berkenan . wakakakaka . jahatnyaaaa kau nie ika :P

last-last ika cakap la kalau dia nak baju akad nikah tu warna hijau, baju bersanding tak boleh warna hijau dah . so, pilih la salah satu . termenung dia sekejap mengenangkan nasib . hahahahahahahaaha ! last-last dia setuju dengan pilihan ika tapi ika pilih pink belacan yang warna dia gelap sikit la . takde la ika nak pilih warna pink yang light tu sebab memang dah tahu yang tunang tu takkan pakai .

nie warna yang kami pilih untuk baju akad nikah . warna pink belacan kot nama dia . yang sebelah tu pulak warna untuk tudung, lace dan jugak sampin tunang ika . combination warna tu . nampak cam pelik . kan ? wakakakakaka

 

sajelah pilih warna camni sebab nanti baju nie kami boleh pakai lagik . takde la nak membazir . baju ika nanti makcik ika yang jahitkan . dia jahitkan dress dan tambahkan lace dan manik sikit kat baju tu . tunang ika pulak dia jahitkan baju melayu biasa je . nanti lepas dah kawen pon, masih boleh pakai lagi :)

dah setel part baju untuk akad nikah . kami cari baju untuk sanding pulak . yang nie kami decide untuk sewa sahaja . dan ika jumpa la orang buat promosi sewa baju pengantin sekali aksesori yang mana bagi ika sangat murah .


disebabkan baju akad ika yang pilih warna, baju sanding giliran tunang ika la pulak . haruslah dia pilih hijauuuuu . kikikikiki . baju yang kami sewa tu combination warna hijau dan hitam . senang kerja ika . kami dah pon pegi fitting baju . Alhamdulillah, semuanya okey .

done part baju . phewwwww . penat jugak kan nak habiskan kerja kahwin nie :P
Read More

September

dah masuk bulan 9 . cepat je masa berlalu . hari nie dah masuk 10 September 2015 . lagi 20 hari masuk bulan Oktober pulak . lepas tu November . lepastuu kawen ! hahahaha . ika ada 3 bulan lagi untuk setelkan semua perkara .

bulan September nie jadual ika tak padat . tak banyak kerja luar . banyak dok ofis je . setakat tarikh hari nie, memang tak banyak . next week tak tahu la kan . tapi bila dah nak hujung-hujung tahun nie, dah tak banyak projek .



bulan September nie takde hari yang special untuk ika . cuti raya pon dapat satu hari je . wuwuwuw . udahlah tengah jimat cuti untuk kawen nanti . nampak gayanya tahun nie raya kat Ipoh lagilah . hahahahaha ! dah banyak tahun ika tak balik raya korban kat kampung . ika just balik raya puasa je . 

pape pon semoga dipermudahkan urusan ika untuk bulan 11 nanti . setakat nie ika rasa almost 30% persiapan dah siap . tinggal just untuk kenduri je nanti . yang kecil-kecil tu ika dah siapkan awal-awal . senang keje nanti . takyah nak fikir dah . baju pon dah pegi fitting . setel ! :P
Read More

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Read More

GIVEAWAY KETIGA : HARI RAYA AIDILADHA BY YAYA CENDANA




ika nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam . tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan . Aidiladha sinonim dengan 'korban' . tidak semestinya kita 'korban'kan lembu, apa yang kita lakukan juga satu pengorbanan . pasti ada sahaja dalam kehidupan kita yang mana kita harus lakukan pengorbanan . berkorbanlah ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT . pape pon, Selamat Hari Raya Aidiladha ! :)

Tarikh Tutup :
23 September 2015
Read More

Wordless Wednesday #43


miss you PinkPo :')
Read More

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Read More

1st GiveAway by Ciktaman

Assalamualaikum dan hai :)

Sepanjang bulan September ni, cktmn nak buat satu segmen untuk korang semua..

1st GiveAway by Ciktaman


Ok syarat penyertaan senang je!

1. Mesti follow @ like

* Blog - ciktaman + nuff click
* Instagram - ctctraudhah | molekgilo

2. Buat satu entri [copy coding yang diberi] dan komen
pasal blog ciktaman tak lebih 15 patah perkataan..

3. Tinggalkan URL entry korang pada post ini sahaja. *link pada chatbox tak dikira

4. Tempoh GA adalah bermula 1 September sehingga 30 September 2015''



** Untuk lihat senarai peserta kat SINI

*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI

***Pemenang akan dipilih sepenuhnya daripada cktmn




------------------------------------------------------------------
Read More

Mini Birthday Giveaway by Miminadam

Mini Birthday Giveaway by MiminAdam | seharian nak juga nak buat persediaan ni. Akhirnya! Mimin merasmikan Mini Birthday Giveaway byMiminAdam Bermula 1 September 2015 sehingga 30 September 2015. Penyertaan anda amat Mimin alu-alukan. Semoga berjaya !

Bismillahi.....


Mini Birthday Giveaway byMiminadam
WishBirthday Terbaik untuk Mimin:
ika nak ucapkan 'Happy Birthday' buat Mimin . ika doakan semoga Mimin dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga Mimin sentiasa dibawah rahmatNya . semakin bertambah usia kita, semakin matang kita dalam meniti kehidupan harian kita . banyak lagi yang kita perlu tempuhi dalam hidup kita nie . kehidupan, ada pasang surutnya . ika doakan semoga Mimin kuat untuk menghadapi apa sahaja yang akan berlaku pada masa hadapan sama ada baik atau buruk .




Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada para blogger

2. Copy coding kat bawah sekali
3. Mencipta WishBirthday yang menarik untuk Mimin
3. Klik sini :



4. Follow blog :
MiminAdam, MeraHussain. Shahira, Alfi Studio, Safurara, Khaty Aiman, Along, Ana jingga, sayidah Napisah, Noor Akma, Nurbeuty, Wawa, Wani, bahejabella, maisarahGrafix, Cik en, Farhain, Little Weirdo, Mimi Rheem, Rose, Ana, AishaIbrahim

5. Follow Instagram
MiminAdam, dalizgrafix, Shahira, rahimaim94, Wawa, maisarah_humaira, eintan_nurfuzie, Little Weirdo, Mimi Rheem, S A Beauty, NurBeautAnggun, alfiramadhani, ahkakgojes, aisya_zuhaili




Tarikh Tamat: 30 September 2015
Senarai Sponsor dan Hadiah
Read More

Giveaway Sempoi by mrsfara

Read More

Aidil Adha GiveAway by Dyana Hassan

http://minjee08.blogspot.my/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html


kenapa blog Dyana Hassan berbaloi untuk difollow

ini adalah pendapat peribadi ika :

ika rasa blog Dyana nie simple dan sedap mata memandang . takde la serabut serabai nak baca entry di blog Dyana . easy access . sangat senang . ringkas dan padat :)

yang paling ika tertarik ialah kat blog Dyana nie banyak Food Reviews . ika suka food review ! hahahaha . nanti boleh la ika terjah semua food review Dyana . ika pon suka review kedai-kedai makan yang ika penah pegi :)

lagi satu ika suka Dyana punya produk reviews sebab ika suka tengok testimoni dari orang yang pernah pakai produk tu sendiri . and i love shoppinggggg . hahahaha ! tambah pulak shopping online . sekarang nie mula menapak untuk belajar mekap . so, i need this product review :P

blog Dyana sangat ringan . tak berat dengan segala bagai widget . tak macam blog ika yang semua benda ika nak masukkan dalam blog tu . blog ringan, seronok orang nak follow dan baca entry Dyana ^^

Tag :

Tarikh Tutup : 15/09/2015
Read More

GIVEAWAY 2nd ANNIVERSARY BLOG AKIF IMTIYAZ


http://www.akifimtiyaz.com/2015/08/giveaway-2nd-anniversary-blog-akif.html

ika sebenarnya baru pertama kali dengar tentang Halwa Attire nie . so, meh la ika share sikit ape yang ika dapat tahu tentang Halwa Attire nie . Halwa Attire nie lebih kepada fesyen untuk ibu mengandung . mereka memberi peluang kepada ibu mengandung di luar sana untuk tampil anggun bergaya walaupun sedang mengandung . jadi, untuk ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana, jangan risau untuk tampil bergaya dengan selesa :)


 https://www.facebook.com/halwaattire


 https://instagram.com/halwaattire/

sekiranya korang berminat untuk membeli baju nie, boleh la klik kat link kat atas nie . happy shopping ye ! :)

Tarikh Tutup : 15 September 2015
Read More

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

GIVEAWAY

(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join
mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM
Read More

BROOCH Mini Giveaway

http://hanyadihatiku.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html



Tarikh Mula : 06 september 2015 Tarikh Tamat : 22 september 2015
Read More

Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com

http://www.sihatcomelceria.com/2015/09/az-zahin-turns-5-giveaway-by-sihatcomelceria.html



Tempoh : 4 September hingga 26 September 
(Az Zahin's birthday)!
Read More

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Read More

Giveaway 1.0 Missdae




DATELINE GIVEAWAY : 11/9/2015, 2330 Hrs

 Fb : Noor Atikah Ramli
Instagram : @ikapukpuk27 
Read More

Checklist Majlis Pertunangan A&B

kali nie ika nak share checklist ika masa majlis pertunangan ika bulan 6 yang lepas . yang nie checklist yang ika buat sendiri . hasil google dan touch up itu ini . sebab kami nie bajet ciput . wakakakaka . bajet je ciput . tapi bila total semua sekali tak rase macam ciput plak . mungkin sebab beli sikit-sikit . so, takde lah terasa sangat . ermmm . jumlah nie ika buat secara kasar sahaja .


Tarikh, Waktu dan Tempat Bertunang
mulanya kami nak adakan majlis pertunangan nie di Kota Bharu, Kelantan pada hari raya ketiga tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, kami awalkan ke tarikh yang nie .

Tarikh : 07 Jun 2015
Hari : Ahad
Waktu : 12.00 Tengahari
Tempat Bertunang : Taman Kempadang Makmur, Kuantan

Rombongan Lelaki
tunangan ika tu berasal dari Semanggol, Perak . makanya diorang decide untuk datang awal sehari dan pihak ika jugak kena carikan satu homestay untuk diorang . homestay tu kami cari kawasan yang dekat dengan rumah je . rombongan haritu tak ramai . hanya dua kereta memandangkan perjalanan yang jauh . kikiki

Minyak : RM XXX.00
Tol : RM XX.00
Homestay : RM 250.00
Jumlah : RM 250.00

Pelamin Majlis Pertunangan
majlis pertunangan ika haritu takde pon pelamin . nak cakap mini pelamin pon macam bukan mini pelamin je . hahahaha ! kaklong ika just sewa bunga untuk kiri kanan ika dan jugak bantal ottomen kot orang panggil . bantal tu pon seketul je . sewa dengan kawan kaklong .

Mini Pelamin : RM 30.00
Hand Bouquet : SPONSOR
Jumlah : RM 30.00

Persalinan
baju untuk ika dengan tunang ika pakai masa majlis pertunangan tu, kami masing-masing pilih ikut kehendak masing-masing . takdan nak p cari kat kedai sama-sama . so, ika just alter dress lama ika dan tunang ika pulak cari baju tshirt dekat mall . hehehe

Upah Jahit Manik dan Lace Dress : RM 150.00
Baju TShirt (Lelaki) : RM 25.00
Shawl : SPONSOR
Flower Headband : RM 8.00
Make Up : SPONSOR
Jumlah : RM183.00

Barangan Hantaran :
disebabkan bajet kami ciput, kami decide untuk beli barang yang kebanyakannya makanan . lebih menjimatkan berbanding beli barangan lain . itupon kami sebenarnya dah tersilap langkah untuk satu dua barang .

Hiasan (Lelaki) : RM XX.00
Hiasan (Perempuan) : RM 30.00
Jumlah : RM 30.00

Perempuan
Sireh Junjung : RM XX.00
Cincin Tunang : RM 450.00
Kek : RM 35.00
Coklat : RM 20.00
Buah-Buahan : RM 30.00
Jumlah : RM 535.00

Lelaki
Sireh Junjung : RM 10.00
Kek : RM 35.00
Puding Caramel : RM 20.00
Coklat : RM 15.00
Kain Pelikat : RM 20.00
Buah-Buahan : RM 14.00
Set Beg Lelaki : RM 145.00
Jumlah : RM 259.00

Fotografer
ika dengan tunang ika decide untuk tak amik mana-mana photographer . kami just compile je mana-mana gambar yang family kami sempat amikkan . bajet sungguh-sungguh kan kami ? hahahahaha

Fotografer : TIADA

Jamuan Makan
jamuan makan nie kami adik beradik gotong royong masak . masak untuk 50 orang makan . beli barang dan masak sendiri . takde upah sape-sape tolong masakkan . kami dah bahagikan tugas masing-masing . menu pon kami sendiri yang pilih nak makan apa . hahahahaha ! :P

Ayam Berempah
Sayur Campur Masak Lemak
Ikan Kering
Sambal Belacan
Air Sirap
Tembikai

Jumlah : RM 600.00


Rombongan Lelaki : RM 250.00
Pelamin Majlis Pertunangan : RM 30.00
Persalinan : RM 183.00

Barangan Hantaran : RM 824.00
Jamuan Makan : RM 650.00

Jumlah Keseluruhan : RM 1,937.00

kan dah jadi ribu raban jugak . hahahaha ! takdenya nak bajet ciput ke ape . barang sekarang bukan murah dik oii . itu pon kiranya bajet secara random bukannya yang betul-betul fixed harga . ika pon bukan ingat semua . kikikiki . itu baru untuk majlis pertunangan . nie untuk majlis kahwin nanti pon kami cuba sedaya upaya untuk buat penjimatan :P

so, untuk bakal-bakal yang nak bertunang tu, ika syorkan korang untuk buat sikit-sikit . cari barang tu sikit-sikit . so, takde lah terasa sangat duit itu mengalir bagai air terjun . wakakakaka . dan lagi satu jumlah keseluruhan tu, korang bahagilah dua . separuh-separuh . kalau satu pihak je yang nak tanggung, habislahhhh .

banyak yang korang boleh cut off . macam ika nie banyak yang tersilap langkah . ika rasa ade beberapa part tu yang ika tak sepatutnya pon buat . so, boleh la jimat yang mana boleh jimat tu . pape pon terima kasih buat family ika dan family tunang ika yang banyak bersusah payah demi kami berdua :)
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com