Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Read More

Makan @ Dataran Ipoh

entry jalan-jalan cari makan . kali nie ika nak bawak korang semua ke Dataran Ipoh pulak . kat Dataran Ipoh nie ada banyak deretan kedai makan yang dibuka pada sebelah petang sehingga lewat malam . ika dengan kawan ika haritu singgah makan di salah satu gerai yang ada kat situ . 

disebabkan kat situ banyak sangat gerai makanan, jadi korang boleh pilih la yang mana satu korang nak . walaupon ika nie dah selalu sangat pegi Dataran Ipoh nie tapi tak semua gerai tu ika dah try . ika kalau dah biasa dengan gerai yang tu, mesti nak makan dekat gerai yang sama je . hehehe

jom tengok makanan yang kami order untuk haritu .






banyak kan makanan kami ? hahahahaha ! padahal makan untuk dua orang je . kuat makan kami nie :P


*budak kat atas nie cakap dia model blog nie . hahahaha :P

korang kenalah pandai cari gerai yang sedap . kat situ kan banyak gerai makanan . ada yang sedap, ada yang boleh la . kikiki . tapi kalau perut dah lapar, semua pon jadi sedap .
Read More

Haniya Two Tone Chiffon Long Dress With Lace Sleeve | Nile.com.my

meh la ika share dengan korang satu lagi dress yang ika beli online . dress nie ika beli di nile.com.my . beli dress nie pon tak rancang . takde pon niat nak beli . hahahaha ! tapi disebabkan majlis tu kena pakai jubah hitam, ika pon pulun la p cari jubah atau pon dress yang warna hitam .


cari punya cari, jumpa lah Haniya Two Tone Chiffon Long Dress with Lace Sleeve nie . ewahhh . panjang pulak nama dress . kikiki . ika beli dress nie secara online tapi buat yang cash on delivery . ika suruh diorang hantar ke rumah mak saudara ika di Kuala Lumpur . kebetulan pulak diorang memang buat cod area tu . so, takyah la pos . lagi pulak dress tu ika nak makcik ika potong sebab dah sah-sah la dress tu labuh . ika nie rendang :P


kalau korang nak tengok macam mana rupa asal dress nie, boleh klik link kat atas tapi yang link tu warna lain . yang ika punya nie warna blue black . warna Blue nya di lengan iaitu lace . lengan tu sebenarnya ada lace . tapi dalam gambar ika tu tak nampak . lace warna biru . yang lain tu semua hitam .

kain dia sangat best bagi ika . sangat selesa . takde la ika rasa panas ke ape . hahahaha . yang ika beli tu ika amik saiz M . ngam-ngam je dengan ika . tak ketat . cuma labuh . hahahaha ! ika just potong bawah tu je . yang lain semua perfect ! :P
Read More

Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Bawong

bulan puasa yang lepas ika terlibat dengan satu program jabatan ika . Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Bawong, Sungai Siput (U) . nie throwback punye entry . kejadian dah lama tapi baru sekarang nak update . hehehe . ikut turn ye :P


majlis berbuka puasa ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal . Menteri KKLW pada masa tu . kitorang berkumpul kat situ dah tengahari sebab ada raptai . then, balik rumah rehat untuk bersiap ke majlis berbuka puasa .


sekali tengok macam gambar time raya . udah macam adik beradik . hahahaha . nie sementara tunggu orang datang amik . kami pon apa lagi . . bergambar je lah :P


majlis petang tu kalau tak silap ika bermula pada pukul 6.30 petang . so, meh la kita tengok gambar sekitar majlis berbuka puasa nie . gambar kredit kepada JAKOA Negeri Perak dan Kedah .





the emcee

bacaan Al Quran

persembahan nasyid





majlis nie sampai lah habis sembahyang terawih . so, kami pon kena ada kat situ sampailah semua tetamu dah balik . biasalah kan tuan rumah . ika sampai rumah malam tu pon rasanya dah pukul 12 lebih . penat tapi bestt ! heee



Read More

Ailurophobia - Fobia pada Kucing

baru-baru nie ika ade la terbaca kat fb mengenai orang yang takut pada kucing . dan ika nie salah seorang daripadanya . kenapa ika takut kucing ? ade sebab nya . 

sebabnya ialah ika pernah kena cakar . ika pon taktahu apa sebabnya kucing tu cakar ika . hahahaha ! ika takde pon kacau dia ke ape . lepas tu ika pernah la dok kat tengah-tengah kucing tengah dok sakan gaduh . ika tak tahu nak keluar dari tempat diorang gaduh tu camne . kikikiki . nak lompat kang takut diorang cakar lagi T_T

then, terbaca pulak kat fb mengenai Ailurophobia nie . meh la ika share kat blog ika pulak apa itu Ailurophobia .



Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini .

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang . Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja . Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya .

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya .


dulu ika takde la takut kat kucing nie . tapi sejak kejadian yang menimpa tu, ika dah jadi takut kat kucing . bila diorang datang dekat, ika yang lari . kahkahkah ! kalau tak silap kejadian tu jadi masa ika darjah 4 atau 5 . lepas tu terus jadi takut kat kucing padahal kucing kan comel je . heeee


kalau nampak kucing kat kedai makan, mulalah kaki pon dok bersila atas kerusi . hahahaha . pernah la jugak ika sampai naik dok atas meja sebab terkejut kucing gesel badan kat kaki ika . terus melompat naik atas meja . bukan kucing yang naik dok atas meja tapi ika . hahahahaha !

tapi sekarang ika rasa perasaan takut tu dah kurang la berbanding dulu . sekarang kalau nampak kucing pon, ika akan buat tak tahu je dengan harapan diorang takkan datang dekat dengan ika tapi itulah orang cakap, yang takut itulaa yang kucing akan datang dekat . wuwuwuwu .

pernah la jugak acah-acah tak takut kucing . sekali kucing tu tunjuk taring . memang lari la ika . sekarang nie rumah bakal mertua pon ada banyak kucing . wuwuwu . takut tapi bertabah la ika . rumah jiran sebelah pon ada kucing . yang gambar kat atas tu kucing rumah jiran ika . bila ika keluar je dari rumah, dia pon ikut je ika . ika pon taktahu kenapa .

semoga lepas nie ika dah tak takut kucing . ehhhh :P
Read More

Wordless Wednesday #42


sedap sehingga meleleh ke jari . hahahaha !
Read More

Oldtown White Coffee, Brickfields, Kuala Lumpur

disebabkan kami bermalam di My Hotel @ KL Sentral dan masa tu bulan puasa, so kami decide untuk makan kat Oldtown White Coffee yang berdekatan dengan hotel tempat kami menginap tu . kami nie jenis malas nak berjalan jauh-jauh . hahahahaha :P


Alamat :
No 1, Tingkat Bawah,
Jalan Tun Sambathan 4,
50470 Brickfields,
Kuala Lumpur .

No Telefon : 03 22739876


sebelum decide untuk makan kat Oldtown White Coffee nie, kitoranga ada lah jugak tanya yang jaga kaunter kat hotel tu mana kedai makan yang terdekat . senang untuk kitorang cari untuk bekalan sahur pulak . tanya je . tapi peginya tak . last-last makan je kat Oldtown White Coffee nie . dekat dan selesa .

disebabkan kami penat berjalan seharian di bulan puas, maka kami mulalah order air yang banyak dan makanan yang akan mengenyangkan kami sampai ke pagi . ehhh :P

jom tengok apa yang kami makan di Oldtown White Coffee ^^




sangat menyelerakan kan ? hahahaha . ika dengan kawan ika yang sama-sama kuat makan . haaaa . elok sangat lah kamu berdua nie berkawan . kuat makan, kuat berjalan dan kuat bekerja . errrr .


lepas dah berbuka puasa tu, kami p cari barang kejap kat kedai yang berdekatan tu . pastu mulalah kami jumpa deretan kedai masakan melayu kat situ . hahahaha ! nak cari makanan untuk sahur tapi dah tapau siap-siap kat Oldtown . kikikiki . kitorang balik bilik terus terbongkang tido . hewwwww .
Read More

My Hotel @ KL Sentral, Kuala Lumpur

entry jalan-jalan . entry kali nie ika nak share dengan korang salah satu hotel yang korang boleh check in bila korang di Kuala Lumpur . hotel nie berhampiran dengan KL Sentral . bulan puasa yang lepas, ika teman kawan ika cari barang untuk raya . 

disebabkan kitorang berjalan sakan sehari suntuk, so, kami decide untuk balik Ipoh keesokan harinya . malam tu kami bermalam di My Hotel @ KL Sentral nie . kitorang redah je lah cari hotel sekitar KL Sentral nie . tawakal je lah masa tu .

bukak google . search hotel berdekatan dengan KL Sentral . then, call Kak +AyueJean AJ . tanya dia pasal hotel . kikiki . Alhamdulillah kami berjaya jumpa hotel tu :P


Alamat :
No 51-53, Jalan Thambipillay,
Brickfields, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur

Telefon :
03-22748000


kitorang check in haritu dah pukul 5ptg lebih kalau ika tak silap . check in jap lepastu terus turun cari kedai untuk berbuka puasa . dan sebelah My Hotel nie ada Oldtown White Coffee . memang tak perlu lah nak jalan jauh cari kedai makan . lagipon memang banyak kedai makan berhampiran My Hotel nie .

 


bilik yang kami amik tu ok la . selesa . boleh lah untuk bergolek malam tu . wakakaka . ruang pon nak cakap sempit, takde la sempit sangat . hehehe . selesa la bagi kami berdua .
Read More

Spoof Burger @ RJ Boutique Cafe, Ulu Kinta, Perak

entry jalan-jalan cari makan . weeee . kali nie ika nak share dengan korang satu lagi tempat makan yang menarik di Perak yang ika dah singgah . so, jom terjah Spoof Burger @ RJ Boutique Cafe, Ulu Kinta nie pulak . spoof burger nie banyak cawangan dia . kalau tak silap la . yang nie salah satunya .


Alamat :
No 19, Jalan Perdana 2,
Taman Tanjung Perdana,
31150 Ulu Kinta, Perak

Waktu Operasi :
Selasa - Sabtu : 3.00 pm - 10.00 pm
Isnin : Tutup

No Telefon :
019-5076239


sebelum kita tengok menu ape yang ika makan, jom lah kita tengok cafe nie camne . cantik ke idok ? kikiki :P





 

kedai nie selain daripada cafe, juga merupakan sebuah butik . so, sambil korang makan, boleh la korang shopping . eh ! diorang ada menjual pelbagai jenis pakaian wanita, aksesori dan banyak lagi lah .

the menu :)

dah habis jalan-jalan tengok cafe, jom lah tengok apa menu yang ika dengan kawan-kawan ika tu makan malam tu .





kitorang datang cafe nie sebab utama ialah nak try beger warna-warni nie . kikiki . ika try yang warna hijau nie . kawan ika tu pulak try yang warna hitam dan pink . seriously memang sedappp sebab daging burger tu bukan macam daging yang korang selalu beli burger tu . yang nie dagingnya homemade . takde la bentuk bulat cantik je macam beger yang kita selalu makan tu . hahahaha ! so, memang rasa lah daging tu . memang sedap .

dah dua kali ika makan kat cafe nie sebab spoof burger nie . sedap baq hang . datang Ipoh, jangan lupa cari Spoof Burger nie :)
Read More

Wide Shawl | Rose My Honey

done update untuk dress . kali nie nak update untuk wide shawl pulak . ika nie memang dah lama sangat tak pakai shawl . pegi keje pon pakai je tudung bawal tu . senang walaupon kena gosok . kikiki . tapi masa majlis bertunang, ika pakai wide shawl dari Rose My Honey . korang boleh terus ke fb page diorang untuk tengok macam-macam barang yang menarik lagi : https://www.facebook.com/rosemyhoney?fref=ts


ika pakai warna biru turqouise yang soft untuk wide shawl pada majlis bertunang tu . disebabkan dah lama tak pakai shawl, memang agak stress nak kena belit bagai . hahahahaha ! nasib baik ada adik kepada abang ipar dan jugak kakak ika sendiri yang jadi tukang belit dan tukang betulkan tudung . kikiki . kalau tak, memang masam mencuka je lah sepanjang hari .


btw, wide shawl by Rose My Honey nie sangatlah selesa . kain dia lembut sangat tapi senang nak dibentuk . biasanya kalau ika pakai shawl mesti muka jadi bulat . udah la memang sedia bulat, jadi bertambah bulat tapi wide shawl yang nie, ika takde nampak bulat sebab dia tak melekat kat muka . senang dibentuk . sangat comfort :)

kalau korang berminat jugak untuk dapatkan wide shawl nie, boleh la ke page diorang . owner sangat friendly . so, no stress . ok ? :P
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com