Hutan Lipur Sungai Salu, Gopeng, Perak

kali nie ika nak share satu tempat rekreasi untuk korang . tempat nie dah lama ika pegi tapi baru sekarang nak update . slow-slow update la sebab memang takde masa nak mengadap benda nie . wuwuwu . yang mane sempat, ika update .

tempat nie namanya Hutan Lipur Sungai Salu, Gopeng, Perak . 32km dari Bandaraya Ipoh dan 7km dari bandar yang terdekat iaitu Gopeng . kalau korang nak buat aktiviti perkhemahan kat hutan lipur nie, boleh la berhubung dengan alamat dan no fon kat bawah nie :

Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung,
Jalan Bemban, 
31000 Batu Gajah, Perak
Tel. : 605-3661 228
Faks : 605-3651 679




meh la ika share sikit gambar sekitar Hutan Lipur Sungai Salu nie . masa ika sampai tu, ade la satu family tengah berpicnic . heee . macam best pulak tengok orang mandi manda tapi sayang ika tak bawak baju mandi . sighhhh *

kawasan nie apa yang ika tengok macam tak terjaga . mungkin sebab ramai yang tak tahu kot tentang Hutan Lipur Sungai Salu nie ataupon sebab orang tak ramai datang .




kalau korang nak tengok view yang ohsem sikit, korang kenalah berjalan kaki menuju ke atas . nak cakap jalan tu jauh, takde la jauh sangat . tapi ok la kalau jauh pon . sambil berjalan, sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang dah jarang sangat kita dapat jumpa . ehhh :P








kat atas tu dapatlah tengok air terjun . ika pon haritu dok rileks kejap kat situ . walaupon cuaca panas tapi terasa nyaman air terjun tu . best woooo ! tengok je lah air terjun tu tapi tak mandi pon . kahkahkah ! 



seriously tempat nie cantik . sesuai la kalau korang nak release tension . heeee . jangan pegi malam udah la . lagipon tempat nie ade masa dia dibuka dan ditutup . itu je lah yang ika nak share dengan korang . selamat berpicnik ye korang ! :P

till then,
xoxo
Read More

Shaklee

Shaklee . ape yang ika nak share tentang Shaklee ? first, ika tak jual shaklee . hehehe . memandangkan ika ade satu blog khas untuk join segala bagai giveaway dan contest, makanya ika pernah la dapat hadiah vitamin Shaklee nie .

walaupon ika tak pernah pon try vitamin dari Shaklee nie bukan sebab tak percaya ke ape . sebab ika memang jenis yang susah makan supplement yang jenis tablet . bukan supplement je ika susah nak makan, ubat biji dari hospital pon gigih meraung dulu nak telan satu tu . hahahahahaha !


bila dah dapat hadiah nie, ika pon tak pasti ika akan makan atau tak . btw, ika dapat 2 vitamin Shaklee nie dari dua orang yang berbeza . sungguh, ika tak jangka pon akan dapat hadiah vitamin Shaklee nie :P

teringin nak makan tapi entahla sampai sekarang masih belum berjaya untuk telan . pray for ika :P

till then,
xoxo
Read More

Bougainvillea

setelah lama tak update blog, tibe-tibe hari nie nak update pasal bunga . hehehehe . ika nie bukan jenis yang addicted dengan bunga . bukan jenis yang suka tanam bunga . tapi nak jugaklah share tentang bunga . kali nie nak share dengan korang mengenai Bunga Kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea . bunga nie senang dijumpai .





Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bungaberwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dariAmerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla diMalaysia, iaitu B. glabraB. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukantelah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

sumber : Wiki

ika suka tengok bunga tapi kalau suruh tanam bunga, memang takla . hahaha ! pemalas punya orang . ika tak suka tanam bunga . tengok boleh la . suka tengok bunga warna-warni . cantik sangattt ! :D

till then,
xoxo
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com