SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com

disebabkan dah lama sangat tak buat giveaway ataupon segmen kat blog nie, makanya rasa lain macam sikit lah bila nak segmen nie . last ika buat giveaway tahun 2012 . giveaway untuk kad raya . so, lebih kurang 2 tahun jugak la dah tak buat . 

hari nie ika nak buat satu segmen kat blog ika nie . segmen yang sangat simple . cara nak join pon sangat simple . dan semua pon boleh join . ika akan sediakan 4 bloglist kat sidebar blog nie nanti . untuk berapa lama bloglist tu nanti ? maybe sepanjang tahun 2015 nie :)


cara untuk join :

1. Buat entry tajuk SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com

2. Copy banner kat atas tu dan backlink ke entry nie .

3. Dalam entry, korang bagitahu nak dok dalam bloglist mana . 

PARENTING BLOG
PERSONAL BLOG
TRAVEL BLOG
BLOGSHOP

4. Komen url entry anda di entry nie sahaja .

5. Terserah pada korang nak follow ataupun tak blog ika :) 
 

*senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa .


till then,
xoxo
Read More

Halfmoon by Qaseh's Shawl

balik kampung baru-baru nie dapatlah ika merasa tudung baru fully sponsored by future kakak ipar . dapatlah 3 helai tapi ika nie bukan pesen suka pakai shawl mahupon halfmoon . awal-awal dulu memang tersangat rajin belit situ, belit sini . sekarang, tudung bawal sajolahhh . kikiki



sebenarnya, future kakak ipar ika nie ade buat bisnes dengan member dia . diorang jual shawl secara online la . sebelum nie pon memang ika pernah dah promote diorang punya shawl . kali nie ika promote lagik . untung dapat bakal adik ipar camni . kan ? :P

but then, lepas dah dapat tu, ika peram la dulu seminggu dua . hahahaha ! takde keyakinan nak pakai shawl dan jugak halfmoon nie . tapi last week, ika decide untuk try salah satu yang ika dapat tu . ika mula dengan halfmoon . halfmoon nie senang sikit .


kebetulan time tu kakak ika ada bagi baju kurung warna hijau kat ika . tapi tudung bawal warna hijau ika awal-awal sudah dirembatnya . maka, takde la tudung bawal warna hijau untuk ika pakai dengan baju kurung tu . sebab tu, ika decide untuk pakai je lah kan dengan halfmoon baru . sekali sekala melaram, apa salahnya . ehhh 

ika memang tak suka pakai yang belit-belit sebab akan nampak pipi macam kuih pau tu . mencikkk . hahahaha ! tapi Alhamdulillah ika dapat bertahan pakai camtu sampai ke petang . ewahhh . kalau tak, mahu free hair hari tu . ehhhh ! tak mungkin sama sekali . paling tidak pon, ika akan bertukar jadi mak jemah . errr

btw, halfmoon nie senang nak bentuk . lagi satu kalau ringan je kainnya . so, boleh la buat macam flip hair tu tapi versi flip halfmoon . hahahahaha ! tapi serius memang best . takde la ika rase rimas ke hape . kalau korang nak beli, terus ke fb page diorang tu . ok ? selamat menghabiskan duit ! kikikiki

till then,
xoxo
Read More

Creative Art

nak share dengan korang lagik tentang creative art . ika share sebab ika suka tengok . kreatif sungguh haih diorang nie . seronok tengok . btw, kredit pics nie semua kat page Architecture & Design :)












kreatif kan ?

till then,
xoxo
Read More

Cute Owl by Keraih Lengan Kuazue

baru-baru nie ika ada join satu giveaway kat blog ika yang satu lagi tu . yang mana blog tu memang khas untuk ika join segala bagai giveaway . Alhamdulillah, ade jugak rezeki untuk ika menang salah satu giveaway yang ika join tu iaitu Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com . dan ika dapat hadiah yang ditaja oleh Keraih Lengan Kuazue . jom tengok ape yang ika dapat . heeee


comel kan owl nie ? hahahaha . ika ingatkan kecik je sebenarnya owl nie . tapi bila dah sampai, mak haihhh besar jugak owl nie . dah tu comellll pulak . terus bawak balik rumah . kalau kecik, ika nak je suruh dia kawan dengan minion kat sebelah tu . nie dah besar, kenalah ika bawak balik rumah . buat peluk time tido . besttt !

meh ika kenalkan korang dengan owner Keraih Lengan Kuazue nie . ika panggil dia Kak Zue . senang sikit . hehehehe



"We specialize in embroidering and sewing craft as gift / signature items and we do receive customize craft order for embroidering and sewing in personal or bulk order"

Kak Zue nie ade jual macam-macam kat blog dan jugak fb page dia . so, kalau korang nak tengok, boleh terus klik link kat atas tu . antara barang yang Kak Zue buat ialah sulam bantal, sulam patches, sulam nama dan banyak lagi lah . ataupon kalau korang nak sulam pape, bagitahu je Kak Zue . Inshaallah Kak Zue akan usaha .

untuk sebarang pertanyaan, korang terus ke fb page Kraf Tangan Kuazue . jangan risau untuk bertanya sebab Kak Zue nie sangatlah peramah orangnya . Inshaallah :)

till then,
xoxo
Read More

Menara Condong, Teluk Intan, Perak

lepas balik dari Kellie's Castle, kitorang balik ke Kampar . rest banyak-banyak . then, kawan ajak pegi Teluk Intan pulak . ika pon layan je lah kan ? hahaha . sekurang-kurangnya boleh la ika jejak kaki ke Menara Chondong tu time malam nie . sebelum nie ika pernah pegi tapi time tengahari la . boleh baca entry tu kat SINI .

kitorang gerak dari Kampar dalam pukul 8malam camtu la . perjalanan dari Kampar ke Teluk Intan tu makan masa hampir sejam . itu pakai waze la . so, dalam pukul 9malam camtu kitorang dah terpacak kat Teluk Intan tu . kemain jammed malam tu . hahahaha !

sebenarnya kitorang nie hampir sesat la jugak dalam bandar Teluk Intan tu tapi kawan ika punya keterujaan mengatasi segalanya . kahkahkah ! dari jauh dia dah nampak menara nie sebab menara nie kan ade lampu-lampu bile time malam .





pusing 2, 3 kali jugak la sebelum dapat parking . Alhamdulillah dapatlah jugak parking yang dekat . kalau tak, jenuh nak berjalan haihhh . dah la ika nie malas nak berjalan . berat perut . ehhh .

dah sampai kat menara tu, kitorang tengok dah macam kat dataran . pakat dok lepak sambil makan . siap berkelah bagai dengan family . ika dengan kawan ika ? terlopong je lah . orang lain siap beli makanan awal-awal p makan kat situ . kami mana la tahu . wuwuwu . tapi kami lepak je jugak kat situ . amik gambar sampai ke sudah .


lepas dah puas tu, kitorang pegi pasar malam berhampiran menara tu . punyalah besar pasar malam tu . satu pasar malam tu kitorang pusing . padahal nak cari makanan je sebab masing-masing dah lapar . kuikuikui . sabo je lah dengan kami . lepas dah habis pusing pasar malam tu, kitorang gerak balik rumah . penat sangat T_T

sampai rumah, terus tido terbongkang .

till then,
xoxo
Read More

Kellie's Castle, Batu Gajah

last week ika ke Kampar . teman kawan ika kat sana . kikikiki . biasalah kawan ika tu baru posting kat Kampar tu . so, dia ajak la ika teman dia . kitorang siap google nak pegi jalan-jalan kat mana . hahahahaha ! maklum lah dua-dua bukan orang Perak . 

ika gerak dari Ipoh naik bas je . dari rumah ika nak ke Kampar tu, mau dua kali jugak kena tukar bas . ika gerak dari rumah dalam pukul 11pagi camtu la . sampai kat Kampar tu dah Zohor . kawan ika pick up kat stesen bas Kampar, terus pegi makan . lapaq hoiiii . pastu balik rumah untuk solat . lepas rest kejap baru kitorang gerak keluar pegi jalan-jalan .

dan kawan ika nie nak sangat pegi Kellie's Castle nie . ika pulak dah penah sampai sini . boleh baca entry tu kat SINI . so, kalau boleh macam malas la kan . hahahaha ! jahat punya kawan . tapi layankan je lah kawan nak pegi . lagipon dia yang drive . bukannya ika . kahkahkah ! :P

dari Kampar ke Batu Gajah nie boleh tahan la jugak jauhnya . tapi kat Kampar kitorang tak tahu la pulak kat mane tempat yang bestnye untuk jalan-jalan . so, meh la kite ke Batu Gajah . ke Kellie's Castle lah kami haritu . sampai je tempat tu, memang parking penuh la . sekarang nie nak masuk parking pon dah kena bayar RM 2 . kuikuikui .


okey . untuk masuk dalam Kellie's Castle tu, kena bayar RM 5 seorang . tapi itu untuk yang ada IC la . kalau diorang suruh tunjukkan ic tu, tunjuk je lah eh . mana lah tahu kot korang nie bukan warganegara Malaysia . so, harga dia dah jadi lain . kitorang haritu time nak masuk siap-siap beli air disebabkan cuaca yang boleh tahan panas . 

untuk masuk dalam istana nie, kena panjat la sikit . istana nie kan nun kat atas bukit . hehehe . tapi bukan tinggi sangat pon . so, meh la tengok gambar dalam Kellie's Castle tu yang sempat ika amik sebelum fon ika mati . grrrrr . mencikkk betol fon asyik rosak nie :'(

 

awal-awal dah belanja gambar sendiri . ehhh :P




dulu masa ika mula-mula sampai Kellie's Castle nie, takde lagi lah board yang macam kat atas nie . sekarang nie dah banyak perubahan yang diorang buat . so, korang boleh la nak baca mengenai Kellie's Castle nie kat board kat atas tu .

jom tengok antara bilik-bilik yang ika sempat masuk .

Bilik Linen

 Bilik Tetamu

Bilik Anak Lelaki

Bilik Anak Perempuan

Bilik Utama

Laluan ke Bilik-Bilik                                                 Ruang Lif

yang kat atas nie tingkat 1 kalau ika tak silap . ika nie tak pandai nak kira yang tu tingkat berapa . kahkahkah . ok dah . meh ika bawak korang naik tingkat 2 pulak . kat tingkat nie pon ade bilik tetamu jugak . tapi kat sini best sebab ade laluan untuk ke bumbung . yang ika datang pertama kali dulu, ika sempatlah posing sakan kat atas bumbung tu . tapi sekarang ika tengok diorang dah letak macam pagar berantai untuk bagi warning la . mane la tahu tengah seronok bergambar, jatuh pulak kangg . tinggi kot bangunan nie .





ini je yang paling tinggi yang kami naik . nak naik paling atas tu macam seram pulak . lagipon takde orang naik kat atas sekali tu . dulu penah la naik sekali . kikikiki . naik ramai-ramai seronok la sikit kan ? kitorang kat situ lama la jugak . jenuh nak pusing satu istana tu . bukan kecik oii . luas sangat .


sebelum balik, haruslah bergambar kat jambatan tu . huhuhu . sekali tengok macam kat oversea kan ? padahal kat Batu Gajah je nie . hahahahaha . tapi pemandangan kat situ seriously memang terbaik ! nanti nak amik gambar kawen kat situ la . ehhh :P next entry nak citer pasal Menara Chondong pulak . laalalala 

till then, 
xoxo
Read More

Doa

mungkin ade yang dah tahu yang mama ika sedang sakit . yes . sakit . tapi sakit ape ? sebenarnya mama ika tu ade darah tinggi . once, dia stop amik ubat darah tinggi tu, so kena lah strok . dan ini adalah kali ketiga mama ika kena strok . tiap kali kena strok, tiap kali tu dia akan berurut . tapi ika rase kali nie macam makin teruk . 


minggu minggu minggu lepas ika ade lah balik kampung . sempatlah merasa jaga mama ika kat hospital walaupon ika tahu ika bukan anak yang boleh diharapkan untuk jaga mama . but still ika usaha untuk jaga mama ika . biarlah orang nak cakap ape sebab bagi ika orang hanya mampu bercakap tapi tak pernah usaha untuk melakukannya .

dan ika tak mintak banyak pon dari korang . ika just nak mintak korang doakan kesihatan mama ika beransur pulih . itu sahaja . terima kasih semua .

till then,
xoxo
Read More

WhatsApp Web

semalam dok scroll kat fb tu tiba-tiba nampak la news pasal whatsapp nie dah update baru . dah boleh link terus kat desktop . so, ika terus bukak ika punya whatsapp . kihkihkih . saje la kan nak testing . sebab sebelum nie penah la ika try buat yang kena install bagai software tu kat pc tapi hampeh tak menjadi .


bila dah update whatsapp kat fon tu, korang akan nampak ada penambahan baru yang macam ika buat kat bawah nie dalam kotak yang kaler merah tu . 'WhatsApp Web' .


pastu korang terus ke link https://web.whatsapp.com/ kat pc korang . nanti korang kena scan qr code kat web tadi tu . untuk scan qr code tu, korang tekan la kat WhatsApp Web kt fon korang tadi tu . nanti dia akan link terus ke pc korang :)


then, jadi la camni . hehehehe . barulah puas hati nak whatsapp . screen besaqq . hahaha . sekarang nie kan pape pon mesti nak pakai whatsapp nie . kan ? so, meh la kita ber'whatsapp' . ehhh  

till then,
xoxo
Read More

Senarai Peserta SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com

dua tiga hari nie dah mula takde masa untuk update blog nie . blog untuk join segala bagai contest tu pon terpaksa curi-curi update . kikikiki . dah mula sibuk dengan kerja kat ofis nie haa . tapi gagahkan jugakla update senarai peserta untuk SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com



segmeni nie masih berjalan lagi sehingga 31 Januari 2015 nanti . kalau penyertaan nya kurang, Inshaallah ika akan masukkan semua yang join nie dalam bloglist tu nanti ^^

PARENTING BLOG
 
http://www.irrayyan.com/2015/01/segmen-bloglist-wwwnooratikahramlicom.html

PERSONAL BLOG

. http://www.naniena.com/2015/01/segmen-bloglist-wwwnooratikahramlicom.html 
http://khudri2337.blogspot.com/2015/01/bloglist-wwwnooratikahramlicom.html
http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-wwwnooratikahramlicom.html
http://myimpiannaad.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-wwwnooratikahramlicom.html
http://mynameishafizah.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-wwwnooratikahramlicom.html


TRAVEL BLOG 

 
 
BLOGSHOP
 


untuk semua yang dah join tu, ika ucapkan terima kasih banyak-banyak :)

till then,
xoxo
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com