Throwback 2015 | Julai - Disember


entry sambungan . kikiki . kali nie ika nak throwback untuk bulan Julai sehingga Disember pulak . apa yang berlaku pada ika sepanjang bulan Julai - Disember 2015 .

JULAI

seperti biasa, bulan Julai ialah bulan kelahiran ika tapi untuk tahun 2015 nie ika takde sambut pon macam tahun-tahun sebelumnya sebab sibuk uruskan kerja kahwin ika . wuwuwu . lagipon birthday ika tahun nie dalam bulan puasa . hehehe .

untuk bulan Julai, ika hanya terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Bawong, Sungai Siput (U), pertama kali ika berjumpa dengan Menteri KKLW pada masa tu . heeeee

boleh baca kat SINI :)

 

hujung bulan Julai, ika amik kursus kahwin di Hasani Management & Consultancy, Ipoh .

boleh baca kat SINI :)

lepas balik kursus kawen tu, ika jatuh motor . hahahahaha ! haippp ! kenapa gelak . kenangan paling pahit kot sepanjang tahun 2015 nie . habis rosak sijil kursus kawen tu . mintak jauh la . takmau dah jatuh motor :(

boleh baca kat SINI :)


OGOS

untuk bulan Ogos nie takde pape pon yang special . puas ika fikir . kahkahkah ! :P

SEPTEMBER

bulan September nie, ika dengan kawan satu batch masuk keje dlu sempatlah hangout sama-sama . kitorang nie walaupon keje satu jabatan dan satu negeri tapi dok daerah lain-lain, susah sangat nak hangout sama-sama . so, bulan September yang lepas sempatlah kitorang lepak sambil cari barang hantaran ika . 

boleh baca kat SINI :)

  

dan bulan September jugak, sorang lagi kawan baik ika selamat bergelar isteri . tapi gambarnya takde pulak . ayokkk . pape pon, tahniah Didie dan Wan ^^
OKTOBER

untuk bulan Oktober nie, ika ade hadir satu taklimat iaitu Taklimat Mengenai Garis Panduan Perolehan KKLW, Kaedah Penilaian Sebut Harga Bekalan dan Kaedah Penilaian Cut-Off bagi Sebut Harga Kerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia . kemain panjang kan nama taklimat tu . hahahaha !

boleh baca kat SINI :)

 
NOVEMBER

Alhamdulillah, pada bulan November nie, ika dapat Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun 2015 untuk jabatan ika peringkat negeri masing-masing la . kali kedua ika dapat anugerah nie . pertama dulu ika dapat untuk tahun 2013 . Alhamdulillah . rezeki nak kahwin orang cakap :P

boleh baca kat SINI :)
 

hujung bulan November, ika selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati ika . Alhamdulillah . syukur sangat majlis berjalan dengan lancar . review majlis tu nanti akan menyusul di bulan Januari 2016 nanti :P


DISEMBER

officially ika dan suami berpindah ke rumah sewa baru . cadangnya kami nak beli rumah sendiri, so ika nak clearkan ika punya payslip tu bagi cantik dulu . ehhh . dulu ika dok kuarters, so memang kena potong la elaun rumah tu .


dan bulan Disember ialah bulan kelahiran suami tersayang . nasib dah buat entry . kikiki :P

boleh baca kat SINI :)


done with all the memories . Alhamdulillah . suka duka untuk tahun 2015 nie akan dikenang sebaik mungkin . banyak sangat yang berlaku sepanjang tahun 2015 . doakan ika dan suami kuat untuk menempuh alam rumah tangga kami yang baru sahaja hendak bermula .

selamat tinggal 2015
selamat datang 2016

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com