Tasik Banding, Gerik

dua minggu lepas ika ada site visit di Gerik . di perkampung orang asli sekitar gerik . jadi, kami kena menaiki bot untuk ke perkampungan orang asli tu . ada dua buah kampung yang kami kena pergi . kami berkumpul di Jeti Tasik Banding . ini adalah pengalaman pertama ika menaiki bot ke perkampungan orang asli dan ada satu kampung tu ika belum pernah sampai . heeee


dari Jeti Tasik Banding ke Perkampungan Orang Asli RPS Kemar mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan dengan menaiki bot . selesai dengan lawatan tapak di RPS Kemar, kami patah balik untuk ke Perkampungan Orang Asli Sungai Kejar pulak yang mengambil masa lebih kurang sejam jugak dari Jeti Tasik Banding . tapi disebabkan kami gerak terus dari RPS Kemar ke Kampung Orang Asli Sungai Kejar, so perjalanan lebih kurang 2 jam la . kampung yang nie adalah pertama kali ika sampai . 

meh ika sharekan dengan korang antara pemandangan yang ika sempat snap sepanjang dalam bot . seronok ! nasib baik ika nie bukan jenis mabuk laut . hahahaha :P






sepanjang perjalanan sebelum sampai ke perkampungan orang asli tu, cantik sangat pemandangan . rasa sejukkk . nie kalau ada tilam dengan bantal, mahu lena dah . hehehehe



seharian jugak la ika di Gerik nie . perjalanan yang bagi ika agak jauh . nampak je dekat tapi hakikatnya jauh . RPS Kemar tu masih boleh dihubungi melalui jalan darat . kena masuk ikut jalan Lasah, Sungai Siput (U) tapi Kampung Sungai Kejar tu memang kena guna bot kalau nak ke kampung tu . bagi kita memang susah tapi bagi diorang itu adalah perkara biasa :)

*sorry takde pulak gambar perkampungan tu :P

2 comments:

  1. sonoknya pegi tasik. nak pergi gakkk!

    #jenjalan sini, jemputlaa ke blog saya nanti yea :D

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com