Kursus Perkahwinan di Hasani Management & Consultancy, Ipoh

sebulan yang lepas ika menghadirkan diri ke Kursus Perkahwinan . masa tu ada lagi 4 bulan sebelum majlis ika . so, ika dengan tunang ika decide untuk settlekan hal kursus kahwin . ika amik kursus kahwin nie di Hasani Management & Consultancy, Ipoh . tunang ika pulak dia amik kat Kuala Lumpur . makanya, ika pergi sorang diri je lah ke kursus tu . hehehe


Alamat :
Hasani Management & Consultancy Sdn Bhd
23A, Medan Kidd,
Perhentian Bas Ekspress,
32200 Ipoh, Perak

No Telefon : 05-2426095

Emel : hasanimanagement_ipoh@yahoo.com


kursus kahwin nie berlangsung selama 2 hari dan setiap Sabtu dan Ahad . so, takde alasan la tak sempat nak amik kursus kawen sbb kursus nie time weekend je ada . sila lah korbankan weekend anda untuk hadir ke kursus nie . kikikiki .

ika mula-mula tu tak tahu pon tempat nie kat mana . tapi tanya officemate sebab dia pon buat kat sini jugak . so, dia bagi lah direction dekat ika . kalau korang dari KTM Ipoh, korang akan jumpa bulatan yang dekat Stesen Bas Medan Kidd tu, korang pusing bulatan tu untuk ke Jalan Silibin tapi bila tang nak pusing roundabout tu, korang akan jumpe satu jalan di sebelah kiri korang . biasanya bulatan kan ada 4 jalan utama pulak . bulatan nie ada 3 je jalan utama . yang satu lagi tu jalan biasa . so, jalan tu lah nak kena masuk . 


bayaran kursus kahwin kat sini RM 80.00 untuk 2 hari . lepas tu diorang akan bagi kupon makan untuk makan tengahari . ika pon dah lupa brape ringgit kupon tu memandangkan ika tak pakai pon kupon tu . ika makan kat kedai Nasi Ayam depan tu . kikiki . sedapp baq hang :P

kat sini parking memang senang . ika pegi dengan motor je . park kat depan pintu terus . hahahaha ! senang kauuu . park je motor, terus daftar . lepas tu panjat lah ke tingkat 3 untuk masuk dewan . sepanjang kursus nie, ika boleh cakap yang dewan diorang tu selesa la . dengan kerusi warna warni . ceriaaaa . kikiki . penceramah pon mostly sangat best ! :P

ika takde amik apa-apa gambar pon haritu . just pegi kursus kahwin . lepas tu balik . itu je lah . yang best dapat lah jugak kawan baru sepanjang dua hari tu . takde la bosan sangat . tapi kebanyakannya ika rasa semua nya pergi berteman . tak ramai yang gamble pegi sorang . hahahaha ! kalau ade geng nie, seronok la sikit kot . entah :P

korang yang belum pegi kursus kahwin tu, boleh la daftar dengan Hasani Management & Consultancy nie . selamat berkursus ye korang ! ^^

4 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com