Jatuh Motor

dah sebulan lebih kejadian nie berlaku . tapi sekarang baru nak update . kikiki . luka di lutut kanan pon masih belum pulih sepenuhnya . so, apakah yang terjadi sebenarnya ? dulu jatuh tangga, sekarang jatuh motor pulak . haihhh la ika .

26 Julai 2015

balik dari Kursus Perkahwinan di Hasani Management & Consultancy, Ipoh, kalau diikutkan dah nak sampai kat rumah pon tapi itulah namanya benda dah nak jadi . elak macam mana sekalipon jadi jugak .

oleh kerana ika nak elak dari langgar sebuah van yang keluar secara tiba-tiba dari kiri jalan dan pada masa yang sama, jalan raya tu agak licin memandangkan hujan renyai-renyai masa tu, ika pon dengan kuatnya tekanlah brek . brek pulak pakai brek depan belah kanan . dan ika pulak pakai skuter ego s warna pink . dengan itu, melambunglah ika seperti seorang stuntwoman . bergolek-golek di atas jalan raya . tengok pemandu van berhenti . ingatkan berhenti untuk tolong, berhenti sekadar menjenguk dari dalam van . hahahaha ! kesian kauuuu pukpuk .

tiba-tiba datanglah dua orang pemuda yang sampai sekarang pon ika taktahu nama diorang yang tolong ika nie . yang masa tu dah bergolek-golek kat atas jalan raya . diangkatnya motor skuter ika tu . nasib ika baik sebab masa tu ika sedar . cuma ika macam blur dan pening-pening . ika bangun dan terus jalan kaki ke seberang jalan . dua orang yang tolong tadi hantar ika ke rumah . 

sampai je rumah terus menangis . kikiki . ingatkan kuat semangat lagi tak mau menangis . hahahahaha ! sampai kat rumah barulah ika tengok sijil kursus perkahwinan yang ika baru je dapat beberapa jam yang lepas dah pon koyak . baju kurung yang dipakai pon turut koyak . dan ada luka di kedua belah tangan ika dan jugak kaki kanan . bahagian kaki kanan ika dari lutut sampai ke kaki memang luka teruk . sampai sekarang pon kaki ika masih belum ok sepenuhnya .

meh la ika tunjuk sikit gambar tangan kanan dan kiri ika . kikikiki . tak teruk mana pon kat tangan . cuma tangan kanan ika tu la kalau teruk pon . tangan kiri sikit je kena sampai ke siku .

Hari Pertama 

 Hari Kedua

 Hari Ketiga

 Hari Keempat

sekarang kedua belah tangan ika nie dah pon ok . cuma ada parut je lah lagi . ika nak ucapkan terima kasih buat semua yang tolong ika sepanjang keadaan ika camtu secara langsung mahupun tidak langsung .

sebenarnya banyak yang ika belajar dari kejadian tu yang mana ada orang cakap ika sangat bernasib baik sebab masa kejadian takde kenderaan yang hentam dari belakang . kemungkinan dilanggar oleh kenderaan dari belakang sangatlah tinggi . ika sangat bernasib baik sebab doktor cakap takde patah kat mana-mana bahagian anggota badan dan takde kecederaan langsung kat bahagian muka .

masa nie laa ika belajar untuk paksa diri makan ubat . hahahahaha ! ika paksa diri ika untuk berpantang dalam makan . dekat 2 minggu jugak ika dijaga oleh bakal mak mertua ika . terima kasih mak :') lepas nie kena lebih berhati-hati . btw, doakan kaki ika cepat ok ^^

8 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com