Hotel Great Wall, Gerik

baru-baru nie ika balik kampung . kawan ika gerak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1.30 petang . tapi disebabkan jalan jammed hari sabtu tu, dia sampai kat Ipoh untuk amik ika dalam pukul 5 petang lebih . lepas tu kami gerak ke Kota Bharu . disebabkan kami sampai Gerik dah maghrib, kitorang decide untuk bermalam dulu di Gerik . esoknya baru kami gerak ke Kota Bharu .

malam tu kami bermalam di Hotel Great Wall, Gerik . kami amik dua bilik . harga untuk dua bilik tu RM90.00 . bagi ika harga tu okey la . maknanya RM45.00 la untuk sebijik . dan kalau tak silap ika takde bayaran deposit . setakat nak rehat dan tido sekejap malam tu, ok la kan . 

Alamat :
Hotel Great Wall,
20-22, Jalan Takong Datok,
33300 Gerik, Perak

so, meh la ika share gambar dalam bilik yang ika menginap . bilik yang kawan ika dapat, p mintak gambar kat dia . hahahaha ! ika amik dalam bilik ika sajoooo . takmo kacau orang tu . nanti kena marah sebab tak cukup tido . kang kalau ajak sembang sampai ke subuh la tak habis .




nie bilik yang ika dapat malam tu . dari tingkap bilik nie, boleh nampak pemandangan depan hotel nie . nie kiranya bahagian depan la . bestla sebab dapat tengok view . kikikiki . bilik nie bagi ika selesa la . kalau nak yang lagi selesa, kena la cari hotel yang banyak bintang bulan lagi . yang nie bagi ika dah cukup selasa untuk tido .

kalau korang malas nak keluar p cari air kat kedai, diorang ada jugak jual air kat kaunter pendaftaran tu . sebab ika pon pemalas . so, beli je lah dengan diorang . lagi senang . masuk bilik, terus krohhh krohhh krohhh . lepas subuh kami gerak ke Kota Bharu . tawakkal je lah masuk jalan bukit tu .

kat sini satu je yang tak best bagi ika sebab line Digi kat sini memang tak kuat . ika nak p kejut kawan ika kat bilik dia pon jenuh haihhh . dah la dia tu jenis susah nak sedar . nak call pon line takde . grrrr . jenuh dok ketuk pintu T_T

2 comments:

  1. Ok sangat untuk berehat dan tido kan... Nak honeymoon kena la cari hotel bintang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe . itulaaa . setakat nak tidoq sat ja okey la :)

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com