Hijau VS Pink | A&B Big Day

hari nie ika nak share serba sedikit persiapan ika dengan tunang ika untuk majlis perkahwinan kami nanti walaupon lambat lagi . dalam 3 bulan camtu la jugak . tapi disebabkan baju untuk akad nikah kami decide untuk upah jahit, makanya kami kenalah cari kain tu awal-awal .

baru-baru nie ika dengan tunang ika ke Nagoya, Jalan Tar . tujuannya untuk cari kain bagi baju akad nikah . bukan cari gaduh ye . hahahahaha ! sampai je kat Nagoya tu, ika pilih la warna yang ika dah berkenan . dan for sure la warna tu PINK ! :P

pastu tunang ika nie tak berkenan la pulak warna yang ika pilih tu . memang la sebab warna pink . memang taknak la dia . hehehehe . ika pon suruh la dia pulak yang pilih . dia pon pilih warna yang dia suka iaitu HIJAU ! dan ika pulak tak berkenan . wakakakaka . jahatnyaaaa kau nie ika :P

last-last ika cakap la kalau dia nak baju akad nikah tu warna hijau, baju bersanding tak boleh warna hijau dah . so, pilih la salah satu . termenung dia sekejap mengenangkan nasib . hahahahahahahaaha ! last-last dia setuju dengan pilihan ika tapi ika pilih pink belacan yang warna dia gelap sikit la . takde la ika nak pilih warna pink yang light tu sebab memang dah tahu yang tunang tu takkan pakai .

nie warna yang kami pilih untuk baju akad nikah . warna pink belacan kot nama dia . yang sebelah tu pulak warna untuk tudung, lace dan jugak sampin tunang ika . combination warna tu . nampak cam pelik . kan ? wakakakakaka

 

sajelah pilih warna camni sebab nanti baju nie kami boleh pakai lagik . takde la nak membazir . baju ika nanti makcik ika yang jahitkan . dia jahitkan dress dan tambahkan lace dan manik sikit kat baju tu . tunang ika pulak dia jahitkan baju melayu biasa je . nanti lepas dah kawen pon, masih boleh pakai lagi :)

dah setel part baju untuk akad nikah . kami cari baju untuk sanding pulak . yang nie kami decide untuk sewa sahaja . dan ika jumpa la orang buat promosi sewa baju pengantin sekali aksesori yang mana bagi ika sangat murah .


disebabkan baju akad ika yang pilih warna, baju sanding giliran tunang ika la pulak . haruslah dia pilih hijauuuuu . kikikikiki . baju yang kami sewa tu combination warna hijau dan hitam . senang kerja ika . kami dah pon pegi fitting baju . Alhamdulillah, semuanya okey .

done part baju . phewwwww . penat jugak kan nak habiskan kerja kahwin nie :P

10 comments:

  1. wah...3 bulan dah tak lama lagi la tu..combination pink tu,rasanya okey dah..

    moga semuanya berjalan lancar ye..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan perkahwinan ika dan bakal suami ye

    ReplyDelete
  3. kalau warna hijau zamrud cantik juga..

    ReplyDelete
  4. wahhh...ika nak tawen daaa...IQ dulu pun cari kain kat nagoya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha . ika ade tengok kt blog IQ jugak bab kawen :P

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com