Checklist Majlis Pertunangan A&B

kali nie ika nak share checklist ika masa majlis pertunangan ika bulan 6 yang lepas . yang nie checklist yang ika buat sendiri . hasil google dan touch up itu ini . sebab kami nie bajet ciput . wakakakaka . bajet je ciput . tapi bila total semua sekali tak rase macam ciput plak . mungkin sebab beli sikit-sikit . so, takde lah terasa sangat . ermmm . jumlah nie ika buat secara kasar sahaja .


Tarikh, Waktu dan Tempat Bertunang
mulanya kami nak adakan majlis pertunangan nie di Kota Bharu, Kelantan pada hari raya ketiga tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan, kami awalkan ke tarikh yang nie .

Tarikh : 07 Jun 2015
Hari : Ahad
Waktu : 12.00 Tengahari
Tempat Bertunang : Taman Kempadang Makmur, Kuantan

Rombongan Lelaki
tunangan ika tu berasal dari Semanggol, Perak . makanya diorang decide untuk datang awal sehari dan pihak ika jugak kena carikan satu homestay untuk diorang . homestay tu kami cari kawasan yang dekat dengan rumah je . rombongan haritu tak ramai . hanya dua kereta memandangkan perjalanan yang jauh . kikiki

Minyak : RM XXX.00
Tol : RM XX.00
Homestay : RM 250.00
Jumlah : RM 250.00

Pelamin Majlis Pertunangan
majlis pertunangan ika haritu takde pon pelamin . nak cakap mini pelamin pon macam bukan mini pelamin je . hahahaha ! kaklong ika just sewa bunga untuk kiri kanan ika dan jugak bantal ottomen kot orang panggil . bantal tu pon seketul je . sewa dengan kawan kaklong .

Mini Pelamin : RM 30.00
Hand Bouquet : SPONSOR
Jumlah : RM 30.00

Persalinan
baju untuk ika dengan tunang ika pakai masa majlis pertunangan tu, kami masing-masing pilih ikut kehendak masing-masing . takdan nak p cari kat kedai sama-sama . so, ika just alter dress lama ika dan tunang ika pulak cari baju tshirt dekat mall . hehehe

Upah Jahit Manik dan Lace Dress : RM 150.00
Baju TShirt (Lelaki) : RM 25.00
Shawl : SPONSOR
Flower Headband : RM 8.00
Make Up : SPONSOR
Jumlah : RM183.00

Barangan Hantaran :
disebabkan bajet kami ciput, kami decide untuk beli barang yang kebanyakannya makanan . lebih menjimatkan berbanding beli barangan lain . itupon kami sebenarnya dah tersilap langkah untuk satu dua barang .

Hiasan (Lelaki) : RM XX.00
Hiasan (Perempuan) : RM 30.00
Jumlah : RM 30.00

Perempuan
Sireh Junjung : RM XX.00
Cincin Tunang : RM 450.00
Kek : RM 35.00
Coklat : RM 20.00
Buah-Buahan : RM 30.00
Jumlah : RM 535.00

Lelaki
Sireh Junjung : RM 10.00
Kek : RM 35.00
Puding Caramel : RM 20.00
Coklat : RM 15.00
Kain Pelikat : RM 20.00
Buah-Buahan : RM 14.00
Set Beg Lelaki : RM 145.00
Jumlah : RM 259.00

Fotografer
ika dengan tunang ika decide untuk tak amik mana-mana photographer . kami just compile je mana-mana gambar yang family kami sempat amikkan . bajet sungguh-sungguh kan kami ? hahahahaha

Fotografer : TIADA

Jamuan Makan
jamuan makan nie kami adik beradik gotong royong masak . masak untuk 50 orang makan . beli barang dan masak sendiri . takde upah sape-sape tolong masakkan . kami dah bahagikan tugas masing-masing . menu pon kami sendiri yang pilih nak makan apa . hahahahaha ! :P

Ayam Berempah
Sayur Campur Masak Lemak
Ikan Kering
Sambal Belacan
Air Sirap
Tembikai

Jumlah : RM 600.00


Rombongan Lelaki : RM 250.00
Pelamin Majlis Pertunangan : RM 30.00
Persalinan : RM 183.00

Barangan Hantaran : RM 824.00
Jamuan Makan : RM 650.00

Jumlah Keseluruhan : RM 1,937.00

kan dah jadi ribu raban jugak . hahahaha ! takdenya nak bajet ciput ke ape . barang sekarang bukan murah dik oii . itu pon kiranya bajet secara random bukannya yang betul-betul fixed harga . ika pon bukan ingat semua . kikikiki . itu baru untuk majlis pertunangan . nie untuk majlis kahwin nanti pon kami cuba sedaya upaya untuk buat penjimatan :P

so, untuk bakal-bakal yang nak bertunang tu, ika syorkan korang untuk buat sikit-sikit . cari barang tu sikit-sikit . so, takde lah terasa sangat duit itu mengalir bagai air terjun . wakakakaka . dan lagi satu jumlah keseluruhan tu, korang bahagilah dua . separuh-separuh . kalau satu pihak je yang nak tanggung, habislahhhh .

banyak yang korang boleh cut off . macam ika nie banyak yang tersilap langkah . ika rasa ade beberapa part tu yang ika tak sepatutnya pon buat . so, boleh la jimat yang mana boleh jimat tu . pape pon terima kasih buat family ika dan family tunang ika yang banyak bersusah payah demi kami berdua :)

6 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com