Tips Menggayakan Blouse Moden Online

Assalamualaikum dan hai semua ! hari ini ika ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan Tips Menggayakan Blouse Moden Online . Seperti yang kita semua dapat lihat, hari ini begitu ramai yang memilih untuk menggayakan blouse kerana bagi ika blouse adalah antara pakaian kasual yang fleksibel kerana sesuai dipakai untuk apa-apa majlis dan dalam masa yang sama kita tetap rasa selesa sepanjang memakainya . Semoga tips ini berguna untuk semua pencinta fesyen di luar sana .


Jika dahulu, blouse sering digayakan dengan padanan jeans atau slack pants sebagai pakaian kasual . Namun perasan atau tidak akhir-akhir ini, blouse moden turut dijadikan pakaian alternatif yang sering digayakan ketika menghadiri majlis-majlis formal dan istimewa . Ia kelihatan seolah-olah seperti koleksi baju kurung moden . hanya perlu ' mix and match ! '

Jadi, kalau anda kehabisan baju untuk dipakai untuk menghadiri jemputan perkahwinan rakan anda pada hujung minggu dan pada masa yang sama ingin kekal selesa sepanjang pemakaian, apa kata anda gayakan koleksi blouse seperti berikut ;


Berikut merupakan diantara rekaan blouse moden online yang bersesuaian untuk anda . Bagi anda yang memakai tudung, pilih koleksi blouse yang berlengan panjang . Namun, anda juga boleh memakai inner jika masih ingin bergaya dengan koleksi blouse berlengan pendek . Kini, terdapat juga koleksi blouse moden seperti kaftan pendek dan kimono cardigan yang juga sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis istimewa seumpama itu .


Kemudian, gayakan koleksi blouse tersebut dengan skirt labuh berpotongan mermaid seperti ini untuk memiliki penampilan yang sempurna . Untuk skirt labuh yang berwarna selamat seperti hitam, nude dan kelabu, ia boleh dipadankan dengan apa jua warna blouse anda . Anda boleh memadankan skirt tersebut bersama blouse moden plain atau blouse yang bercorak . Bukan sahaja menjimatkan dan selesa dipakai, malah anda juga tampil lebih menyerlah daripada biasa !

Jadi, apa lagi yang ditunggu, jom tampil bergaya dengan blouse moden online ini . Pelbagai pilihan menarik yang menanti anda . pemakaian yang selesa dan menarik akan membuatkan kita yakin dan ceria sepanjang masa ^^

2 comments:

  1. comel blouse ni..:)

    lama dah tak masuk blog kak ika..miss u my sis.. :)

    ReplyDelete
  2. saya tengok org lain pakai skirt yg pesen2 nampak cantik aje. tapi saya punya citarasa mesti skirt jeans kembang or skirt yg jenis bukan kain lembik2 macam chiffon ke..hmm ke sebab saya ni jenis yg ganas sikit. not very girl..tapi nak jugak pakai skirt. hehehe

    http://thecikaann.blogspot.com/2015/08/lower-back-pain-exercise-how-to-cure_15.html

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com