awal bulan 6 yang lepas, ika berpeluang untuk masuk ke Perkampungan Orang Asli RPS Kemar . dah nak masuk 3 tahun ika kerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli tapi itulah pertama kali ika ke RPS Kemar . hahahaha ! bukan semua kampung dah ika masuk .
apa yang menarik dengan RPS Kemar ialah kampung nie boleh dihubungi melalui jalan darat dan jalan air iaitu dengan menaiki bot . tapi untuk haritu, ika dengan kawan-kawan ika pegi melalui jalan darat . dan permasalahan di sini ialah banyak cabarannya bila melalui jalan darat nie dan for sure lah memakan masa yang berjam-jam lamanya .
anak-anak muda yang bersemangat nak masuk kampung . kahkahkah ! sekerat udah pengsan dalam kete semua . hahahaha . naik kete je mesti tidoq . zzzzz
kitorang masuk ke kampung tu dengan menaiki kenderaan di atas nie la . kitorang masuk melalui Lasah, Sungai Siput . sampai je kat Lasah tu, kitorang beli bekalan makanan sebab sepanjang jalan nanti memang dah tak dapat la nak jumpe kedai makan . yang ada hanya bukit di kiri kanan . so, mohon bertabah . kami kat sana bermalam untuk satu malam . gerak dari Ipoh pagi .
sebelum sampai ke RPS Kemar nie, kitorang sempat la berhenti rehat jap di pertengahan jalan dan jugak makan-makan kejap kat tepi sungai . hiks . Alhamdulillah, petang dah sampai ke RPS Kemar . meh tengok pemandangan sekitar RPS Kemar .
sampai je kat kampung, ika terus ikut kawan-kawan ika nie siapkan tugasan diorang tu . bila dah siap kerja, barulah senang hati . lagi pulak masa tu hari dah petang . so, nak taknak memang kena siapkan cepat-cepat . esoknya kami dah nak gerak keluar . sebelum hari makin gelap, elok lah siapkan secepat mungkin .
kitorang bermalam di RPS Kemar untuk satu malam . malam tu hujan kemain turun dengan lebat . dah la memang kawasan sejuk . makin bertambah sejuk la malam tu . syok zzzz . hahahahaha !
disebabkan kitorang ke kampung tu melalui jalan darat dan itu adalah pertama kali kami ke sana, jadi kami tak tahu la macam mana jeti tempat bot berhenti tu . sebelum balik, sajalah singgah ke jeti untuk tengok pemandangan kat situ . sekali haaaa . jeti tenggelam . kikiki . sebab hujan lebat malam tadi . air pon naik .
nak gerak balik ke Ipoh melalui jalan darat, kitorang konvoi dua kenderaan jabatan . otw nak keluar dari RPS Kemar, kami terpaksa berdepan dengan tanah runtuh pulak . ayokkkk . maka bertungkus lumus la mereka cangkul tanah tu .
makan masa lama jugak la untuk melepasi tanah runtuh nie . Alhamdulillah berjaya jugak . dan Alhamdulillah selamat sampai ke Ipoh . hihihihi
boleh dpt apc org jab org asli ni.. hehe.. member ejulz yg ptd tu dah tukar tmpt lain..
ReplyDeletehahahhaa . semua org boleh dapat apc :P
Delete