motor oh motor !

motor oh motor ! dah takde tajuk nak letak . kahkahkah ! tapi nak jugak update . nie pon dah dikira entry throwback sebab kejadian nie bulan 5 yang lepas . motor ika nie kalau diikutkan dah masuk tahun ke 3 berjasa kat ika nie . motor skuter sajo . hewww .

nak dijadikan cerita, pagi tu ika dengan kawan ada program kat Mydin . so, kami pon pegilah dengan skuter pink ika tu . sampai Caltex, saje lah isi angin tayar tu sebab memang dah lama sangat tak pam . hehehe . sekali pam yang depan elok je masuk . bila pam yang belakang, banyak yang keluar dari yang masuk . mintak tolong orang pon, diorang tak boleh buat jugak .

kami pon fikir untuk cuba pam kat stesen minyak Petronas pulak . sampai je kat Petronas, habis dah angin tayar tu . memang dah gelong pon masa drive nak p Petronas . bertabah je lah . dah sampai Petronas, gagahkan jugak pam . mana lah tahu kot masuk . mintak tolong pakcik kat situ pam pon tak masuk . konklusinya, tayar rosak . maka, tersadailah ika dengan kawan ika tu kat stesen minyak Petronas . hantar kat group whatsapp ofis untuk mintak bantuan .


tak lama pon kami tunggu, datanglah kawan ofis untuk tolong . akhirnya terpaksa la angkut motor bawak masuk hilux . hantar ke bengkel . ika dengan kawan ika pon ikut je lah sekali . dan kami memang lewat ke program tu .


sampai je bengkel, memang sah tayar yang rosak . seingat ika tayar tu baru je tukar belakang depan . tapi tak ingat la bulan berapa . lagipon masa tu bukan ika yang tukar . mintak tolong orang lain . orang bengkel cakap tayar tu memang tak elok . mana la ika tahu tayar yang macam mana yang elok . hahahaha ! so, haritu dapatlah ilmu mengenai tayar . 

dan dengan itu, melayang lah duit ~~~

1 comment:

  1. biasa dik, bila dia tengok owner pompuan, tayar takde kualiti pun dia cakap tayar tu bagus.. padahal.... ^_^'

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com