Haniya Two Tone Chiffon Long Dress With Lace Sleeve | Nile.com.my

meh la ika share dengan korang satu lagi dress yang ika beli online . dress nie ika beli di nile.com.my . beli dress nie pon tak rancang . takde pon niat nak beli . hahahaha ! tapi disebabkan majlis tu kena pakai jubah hitam, ika pon pulun la p cari jubah atau pon dress yang warna hitam .


cari punya cari, jumpa lah Haniya Two Tone Chiffon Long Dress with Lace Sleeve nie . ewahhh . panjang pulak nama dress . kikiki . ika beli dress nie secara online tapi buat yang cash on delivery . ika suruh diorang hantar ke rumah mak saudara ika di Kuala Lumpur . kebetulan pulak diorang memang buat cod area tu . so, takyah la pos . lagi pulak dress tu ika nak makcik ika potong sebab dah sah-sah la dress tu labuh . ika nie rendang :P


kalau korang nak tengok macam mana rupa asal dress nie, boleh klik link kat atas tapi yang link tu warna lain . yang ika punya nie warna blue black . warna Blue nya di lengan iaitu lace . lengan tu sebenarnya ada lace . tapi dalam gambar ika tu tak nampak . lace warna biru . yang lain tu semua hitam .

kain dia sangat best bagi ika . sangat selesa . takde la ika rasa panas ke ape . hahahaha . yang ika beli tu ika amik saiz M . ngam-ngam je dengan ika . tak ketat . cuma labuh . hahahaha ! ika just potong bawah tu je . yang lain semua perfect ! :P

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com