Ailurophobia - Fobia pada Kucing

baru-baru nie ika ade la terbaca kat fb mengenai orang yang takut pada kucing . dan ika nie salah seorang daripadanya . kenapa ika takut kucing ? ade sebab nya . 

sebabnya ialah ika pernah kena cakar . ika pon taktahu apa sebabnya kucing tu cakar ika . hahahaha ! ika takde pon kacau dia ke ape . lepas tu ika pernah la dok kat tengah-tengah kucing tengah dok sakan gaduh . ika tak tahu nak keluar dari tempat diorang gaduh tu camne . kikikiki . nak lompat kang takut diorang cakar lagi T_T

then, terbaca pulak kat fb mengenai Ailurophobia nie . meh la ika share kat blog ika pulak apa itu Ailurophobia .



Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini .

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang . Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja . Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya .

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya .


dulu ika takde la takut kat kucing nie . tapi sejak kejadian yang menimpa tu, ika dah jadi takut kat kucing . bila diorang datang dekat, ika yang lari . kahkahkah ! kalau tak silap kejadian tu jadi masa ika darjah 4 atau 5 . lepas tu terus jadi takut kat kucing padahal kucing kan comel je . heeee


kalau nampak kucing kat kedai makan, mulalah kaki pon dok bersila atas kerusi . hahahaha . pernah la jugak ika sampai naik dok atas meja sebab terkejut kucing gesel badan kat kaki ika . terus melompat naik atas meja . bukan kucing yang naik dok atas meja tapi ika . hahahahaha !

tapi sekarang ika rasa perasaan takut tu dah kurang la berbanding dulu . sekarang kalau nampak kucing pon, ika akan buat tak tahu je dengan harapan diorang takkan datang dekat dengan ika tapi itulah orang cakap, yang takut itulaa yang kucing akan datang dekat . wuwuwuwu .

pernah la jugak acah-acah tak takut kucing . sekali kucing tu tunjuk taring . memang lari la ika . sekarang nie rumah bakal mertua pon ada banyak kucing . wuwuwu . takut tapi bertabah la ika . rumah jiran sebelah pon ada kucing . yang gambar kat atas tu kucing rumah jiran ika . bila ika keluar je dari rumah, dia pon ikut je ika . ika pon taktahu kenapa .

semoga lepas nie ika dah tak takut kucing . ehhhh :P

2 comments:

  1. betul sy takut kucing gak. sampai malas nak makan kat kedai terbuka selain dr dalam mall. sebab masalah kucing ni laa... sb takut kucing yang melampau kalau kucing duk kat kaki mmg sampai berpeluh2 tahan takut haha kadang sampai bergaduh sebab suami suruh buat tak tahu je tp kita tak boleh buat tak tahu hahaha mmg kucing akan pergi kat org yang takut kucing je kan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe . lepas nie kena belajar tak takut kucing :P

      Delete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com