A&B Engagement Day | 07 Jun 2015

dah masuk dua bulan lebih bertunang dan tinggal beberapa bulan lagi nak melangsungkan perkahwinan . Inshaallah . tapi baru sekarang nak update entry untuk majlis pertunangan haritu . hehehe . mulanya ika dengan tunang ika sekarang nie cadang nak buat majlis nie raya ketiga yang lepas . tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, kitorang terpaksa awalkan kepada tarikh 7 Jun 2015 dan pertunangan kami diadakan di Kuantan, Pahang .


majlis haritu memang simple sangat . takdak pelamin . takde mak andam . mekap pon, adik abang ipar ika yang tolong touch up . makanan pulak adik beradik ika yang masakkan . barang hantaran digubah oleh abang ipar ika . kek pulak tempah dengan kawan kaklong . rm 35 sebijik . tempah dua bijik untuk dua belah pihak . sedap sangat sampai bakal mak mertua pon puji :P


 

hantaran ika dengan tunang ika buat 5 balas 7 . 5 tu ika punya . 7 tu barang tunang ika . kitorang pilih barang yang sangat simple dan murah .

Barang Hantaran Perempuan :
1. Sireh Junjung 
2. Coklat
3. Buah Buahan
4. Kek
5. Cincin

Barang Hantaran Lelaki :
1. Sireh Junjung
2. Coklat
3. Buah Buahan
4. Kek
5. Kain Pelikat
6. Set Beg & Minyak Wangi
7. Puding Karamel


hand bouquet handmade by cousin :)

majlis pada hari tu start dalam pukul 12.00 tengahari . kitorang buat tengahari sebab family tunang ika nak gerak balik ke Perak pulak . so, kami awalkan majlis . kami buat secara sederhana sahaja . permudahkan apa yang boleh dimudahkan . kikiki

 

masa kedua belah pihak tu tengah sembang, ika takde pon kat luar tu . ika kat dalam bilik . udah berpeluh-peluh dalam bilik . hahahaha ! tunang ika pon takde masa majlis tu . dia dok menunggu je kat homestay . dia datang pon masa dah habis majlis . good kan ? :P

bila diorang dah habis bincang, baru lah ika keluar untuk sesi sarung cincin oleh bakal mak mertua ika nie . apa yang menarik ialah, ika ingatkan sarung cincin je, sekali haaaa . kena makan gula . hahahahaha ! takde sape pon bagitahu yang ika kena makan gula . tunang ika pon takde pulak sebelum majlis tu dia bagitahu . grrr . adat kot . entah :p


Alhamdulillah . majlis pon dah berlangsung dengan jayanya . dan ika pon dah selamat menjadi tunangan kepada Encik Baharudin . kami pon dah bertunang dah nak masuk 3 bulan dan Inshaallah lagi 3 bulan kami akan mendirikan rumah tangga . moga dipermudahkan segalanya untuk kami :P

18 comments:

  1. Tahniah pukpuk.... Semoga semua berjalan lancar ye...amin...

    ReplyDelete
  2. tahniah puk puk syg.
    masih menanti kad wangi darimu. =D

    ReplyDelete
  3. tahniah puk puk syg.
    masih menanti kad wangi darimu. =D

    ReplyDelete
  4. Adikku sygggg.... Tahniah....
    Nanti kalau nak buat majlis mohon bagitau awal gile ok.... So bleh akk arramge masa akk nak ke majlis ika..... Jangan lupa akk tau!

    ReplyDelete
  5. tahniah ika. semoga segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. tahniah ika.. moga dipmudahkan segalanya ya...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com