sesi jalan-jalan lagik . wehuuuuu . kali nie ika ke Taman Herba Negeri Perak . sebenarnya Taman Herba nie dah banyak kali ika dengan kawan ika cari . siap pakai waze bagai . punyalah nak cari tempat nie . tapi tak jumpa-jumpa pon . tapi betullah orang cakap, jangan putus asa . hahahahaha ! akhirnya jumpa jugak :P
Alamat :
Taman Herba Negeri Perak,
Simpang Sindhu,
31300 Kampung Kepayang,
Perak
No Telefon : 05-3572290
Harga Tiket :
Dewasa - RM 2.00
Pelajar / Kanak-Kanak - RM 1.00
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 8.00am - 5.00pm
kalau korang nak masuk dalam Taman Herba nie, korang kena masuk kat pejabat diorang dulu . kena beli tiket . masa ika pegi tu, macam blur sikit . ingatkan kena bayar kat kaunter pakgad depan tu . tunggu punya tunggu macam takde orang . tawakkal je lah masuk sampai dalam kawasan pejabat diorang . kat situ ada kaunter . nanti bayar je lah kat situ :)
seriously taman herba nie sangat luas . dia ada banyak taman . kira taman dalam taman la . kalau korang rajin, jelajah la semua . ika haritu tak jelajah semua pon . ika pegi yang mana dekat je . hahahaha . penat haihhh :P
kat bawah nie antara pemandangan yang ika sempat snap pakai yang panorama kat camera setting tu . so, dapatlah camni . Taman Herba nie bersih dan kemas sebab ade orang yang jaga . memang sangat terurus .
dah puas hati sebab akhirnya sampai jugak kat Taman Herba Negeri Perak nie . hehehehe
Rindu pulak dkt Puk Puk ni... seminggu tak jumpa dia...
ReplyDelete