Lumut, Perak

update entry jalan-jalan pulak . kali nie ika dengan kawan ika jalan-jalan ke Lumut, Perak . kitorang bertolak dari Kampar ke Lumut . agak jauh tapi hentam sajalah . hehehe . memandangkan masing-masing bukan asal dari Perak, maka jalan terbaik adalah gunakan GPS sebelum sesat :P



Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bertentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84 km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak.

Sumber : Wiki

jomlah kita tengok gambar sekitar Lumut nie . kami sampai dah tengahari . cari masjid untuk solat dulu . lepas tu baru jalan-jalan amik angin sekitar Lumut nie . masa tu cuaca memang panas terik tapi bertabah je lah kitorang berdua . nak sangat jalan-jalan kan :P




apa yang menarik di Lumut nie ialah Muzium Kapal Perang KD Rahmat tapi kami tak masuk pon dalam muzium . nak masuk dalam muzium tu dikenakan bayaran . bayarannya ika dah lupa . kahkahkah ! teringin jugak nak masuk . satu hari nanti nak masuk jugak :P



angin sepoi-sepoi bahasa walaupon cuaca panas tapi masih terasa hembusan angin . ewahhh . sementara ade kat Lumut, kami sempatlah makan dekat restoren berdekatan tu memandangkan masing-masing dah lapar tak hengattt dunia . tapi hari yang kami pegi tu tak banyak kedai bukak . so, makan je lah apa yang ada . Alhamdulillah, kenyang jugak . 

lepas balik dari Lumut, kami singgah pulak ke Teluk Batik . next entry ika akan update tentang Teluk Batik pulak :)

till then,
xoxo

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com