Hutan Lipur Sungai Salu, Gopeng, Perak

kali nie ika nak share satu tempat rekreasi untuk korang . tempat nie dah lama ika pegi tapi baru sekarang nak update . slow-slow update la sebab memang takde masa nak mengadap benda nie . wuwuwu . yang mane sempat, ika update .

tempat nie namanya Hutan Lipur Sungai Salu, Gopeng, Perak . 32km dari Bandaraya Ipoh dan 7km dari bandar yang terdekat iaitu Gopeng . kalau korang nak buat aktiviti perkhemahan kat hutan lipur nie, boleh la berhubung dengan alamat dan no fon kat bawah nie :

Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung,
Jalan Bemban, 
31000 Batu Gajah, Perak
Tel. : 605-3661 228
Faks : 605-3651 679




meh la ika share sikit gambar sekitar Hutan Lipur Sungai Salu nie . masa ika sampai tu, ade la satu family tengah berpicnic . heee . macam best pulak tengok orang mandi manda tapi sayang ika tak bawak baju mandi . sighhhh *

kawasan nie apa yang ika tengok macam tak terjaga . mungkin sebab ramai yang tak tahu kot tentang Hutan Lipur Sungai Salu nie ataupon sebab orang tak ramai datang .




kalau korang nak tengok view yang ohsem sikit, korang kenalah berjalan kaki menuju ke atas . nak cakap jalan tu jauh, takde la jauh sangat . tapi ok la kalau jauh pon . sambil berjalan, sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang dah jarang sangat kita dapat jumpa . ehhh :P








kat atas tu dapatlah tengok air terjun . ika pon haritu dok rileks kejap kat situ . walaupon cuaca panas tapi terasa nyaman air terjun tu . best woooo ! tengok je lah air terjun tu tapi tak mandi pon . kahkahkah ! 



seriously tempat nie cantik . sesuai la kalau korang nak release tension . heeee . jangan pegi malam udah la . lagipon tempat nie ade masa dia dibuka dan ditutup . itu je lah yang ika nak share dengan korang . selamat berpicnik ye korang ! :P

till then,
xoxo

3 comments:

  1. Assalamualaikum Hai,Bonde blogwalking kat sini.

    Exchange Feed Group ada menganjurkan http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 ,
    Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. wah menarik i tp tgk mcm sunyi je hehe

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com