Bougainvillea

setelah lama tak update blog, tibe-tibe hari nie nak update pasal bunga . hehehehe . ika nie bukan jenis yang addicted dengan bunga . bukan jenis yang suka tanam bunga . tapi nak jugaklah share tentang bunga . kali nie nak share dengan korang mengenai Bunga Kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea . bunga nie senang dijumpai .





Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bungaberwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dariAmerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla diMalaysia, iaitu B. glabraB. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukantelah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

sumber : Wiki

ika suka tengok bunga tapi kalau suruh tanam bunga, memang takla . hahaha ! pemalas punya orang . ika tak suka tanam bunga . tengok boleh la . suka tengok bunga warna-warni . cantik sangattt ! :D

till then,
xoxo

1 comment:

  1. cantik banget mba bunga kertasnya :) apalagi yang putih cantik banget..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com