Rumah Diceroboh ?

kejadian dua minggu lepas . kalau ika tak silap kira la . dah lama tak mengira . ehhh . rumah ika dimasuki orang . *orang la kot . btw, rumah sewa ika la . sebab ika tak mampu lagi nak beli rumah sendiri . hehehehe . ika dok berdua dalam rumah tu tapi masa kejadian tu ika seorang je lah sebab housemate ika tu balik kampung .


dan ika seperti hari-hari biasa .bangun pagi . dalam pukul 6.30 pagi ika bangun . yes ! sangat lambat . hahahaha . dasar pemalas punya ika . kuikuikui . bangun je pagi tu, capai tuala dan naik tingkat atas rumah untuk mandi . sambil jalan nak ke tangga tu, tibe nampak barang-barang bawah tangga tu berselerak . yang bawah tangga tu semuanya beg-beg ika . semua jenis beg la ade kat bawah nie . beg beroda macam-macam saiz ada, beg galas, beg hiking, handbag dan segala bagai beg yang lain pon semua ada kat bawah tangga tu disusun atur dengan penuh kekemasan gituuu .

dalam hati, *housemate kot balik kelam kabut td . tu yang beg bersepah-sepah* . ayat sedapkan hati . hahahaha . lagipon memang ika tak fikir benda lain pon melainkan housemate ika je lah kan . maybe dia balik rumah kelam kabut amik barang bawah tangga tu . tu yang sampai bersepah-sepah beg kat situ . so, ika pon dah siap-siap semua rutin ika tu, ika pegilah ofis macam biasa .

then, ika mesej housemate, tanye la dia kan kot dia yang balik . dia cakap tak balik pon rumah . dia terus gerak dari kampung pagi tu terus masuk ofis dia . masa tu, ika dah fikir benda bukan-bukan . tak tahu nak percaya ke tak . ke housemate ika nie saje main-main . suka bergurau sangat kan . *sighhhh . bila dah tanye betul-betul, yes ! memang bukan housemate ika yang balik . persoalannya sekarang, siapa yang sepahkan kawasan bawah tangga tu ? siapa yang angkat beg beroda ika tu letak atas bakul baju ? siapa yang keluarkan beg ala-ala beg laptop ika tu ? siapa ? siapa ?


dalam keadaan cuak masa tu, ika dah mula jadi tak tentu hala . dalam kepala masa tu, memang fikir 'PINDAH !' . terus ika bagitahu boss ika . cerita la kat dia bla bla bla bla . nasib baik dia sanggup tadah telinga dengar cerita yang agak menyayat hati nie . errr . so, ika isi borang masuk kuarters . buat surat itu ini . Alhamdulillah, kuarters ade lagi kosong . maka, bermulalah kehidupan ika yang kelam kabut .

lepas kejadian tu, ika memang terus tak tido dah kat rumah tu . ika just balik kemas barang-barang ika . balik packing barang . balik amik baju dengan barang-barang yang nak pakai, lepas tu ika terus pegi rumah family abang angkat ika kat Ipoh . nasib baik la ade jugak family dia . so, tumpang la dok rumah dia sementara ika nak pindah rumah . 

bukan senang nak pindah rumah nie . dengan barang ika yang superb banyak . dah macam orang dah kahwin . cukup lengkap semua barang . tinggal katil je lah tak mampu nak beli lagi . hahahaha . yang lain semua dah ada . beli sikit-sikit . lama-lama jadilah banyakkkkkk sampai nak pindah pon susah . nie baru pindah dalam negeri . kalau pindah luar pada negeri, lagi jenuhhh ika oiii .

ini pon ika masih dalam proses pindah rumah . dengan elektrik pon ika tak masukkan lagi kat rumah baru tu . penat sangat dah rasa . ke hulu ke hilir . kadang rasa macam merempat pon ade . tiap hari balik rumah kemas barang-barang . lepas tu siap-siap balik rumah family abang angkat . lepas tu pegi keje . lepas tu pegi tnb, pegi kuarters . tapi masih tak settle . susah bila kena libatkan orang lain dalam urusan kita nie . tapi takpe la ika . sabar naa ika :)


tuan rumah pon ika dah inform . dalam masa sebulan ika akan berpindah . so, dapatlah balik deposit ika tu . hahahaha ! kalau main keluar macam tu je, hangus macam tu je lah duit tu . bukan sikit . banyak kottt . Alhamdulillah . nasib baik la tuan rumah tu baik hati dan faham keadaan ika nie .

doakan la untuk ika dipermudahkan segala urusan . penat . terlalu penat . badan pon dah tak larat nak tampung . kena makan vitamin nampak gayanya nie . huhuhuhu .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com