mereka di masa hadapan

cuti raya cina yang lepas . memandangkan cuti raya cina 2hari ditambah pulak dengan cuti hujung minggu 2hari, maka cuti tu jadilah panjang . ehhh . ika tak balik Kota Bharu pon . minggu sebelum tu dah balik sana . so, minggu nie tak balik sana . ika ikut bakal tunang ika balik rumah family dia di Semanggol .

ika taktahu pon sebenarnya Semanggol tu kat mana . tak pernah sampai . yang ika tahu Semanggol tu dalam Perak . hahaha ! lepas ika habis keje, dia datang amik kat Ipoh . lepas tu kami pon mengharungi la jammed yang kemain tuu . tapi jammed kami takde la teruk sangat sebab pakai jalan lama .

dalam pukul 8.30 malam kami sampai di rumah family dia di Kampung Gula kalau ika tak silap . hahahaha ! sampai je sana, perut memang dah lapaqqq sangat . dari dalam perjalanan lagi dok bgtau dia yang ika lapaq . 

part paling menyentuh hati bila ika sampai je, mak dia sambut tuuuu . mak dia peluk . mak dia cium . Ya Allah, rase macam dipeluk mak sendiri . rinduuuuu nye kat mama . hehehe . padahal baru je minggu sebelum tu jumpa mama .


4 hari ika di kampung dia, banyak benda baru yang ika belajar . belajar memasak . ehhh . belajar bahasa utara . hahahaha . belajar bangun awal pagi . lalalalala . *nampak sangat suka tidoqqq* . hari pertama dan kedua, ika steady lagi . bila masuk hari ketiga, dah mula selsema bagai . sighhhh . takmau lah demam . bila selsema, mulalah rasa nak tido je :'(

ika seronok sangat dok rumah family dia sebab family dia meriah . saudara mara dia ramai dan sangat happening . sementara ade dekat dengan Taiping, sempat lah ika ke Taman Tasik Taiping . kemain ramai orang . dan ika jugak sempat ke Pekan Bagan Serai . hehehe . first time ika ke pekan tu . itupon ke pasar . ewahhhh . disebabkan banyak sangat berjalan sampai koyak kasut . kakakaka . terpaksa la beli kasut baru . nasiblah ika oiii . janji seronok 


then, ika jugak sempatlah merasa makan di JS Muara Restoren Terapung, Kuala Gula . pegi belah malam, kemain ramai orang sampai kami patah balik . pegi belah petang, Alhamdulillah dapatlah jugak merasa walaupon tak dapat nak rasa ketam lebut . wuwuwu .

btw, terima kasih untuk family di masa hadapan . sangat seronok . sangat happy di kampung . dah lama tak rasa suasana kampung . ika balik kampung kat Kota Bharu pon bandar . kampung dalam bandar . hahaha . nie betul-betul kampung . best ! bangun pagi, fresh je . heeee . nanti nak pegi lagi kampung dia .

till then,
xoxo

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com