Muka Surat Cinta | Movie 85

nak review movie walaupon movie dah lama . tapi ika baru tengok . itupon tengok kat Astro . kikiki . terima kasih la astro sebab tayang movie nie . walaupon agak ketinggalan jugak ika nie . tapi tak kesah lah . janji ika dah tengok :P

MUKA SURAT CINTA
 
 
SINOPSIS :

Perkahwinan Putra dan Luna sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar. Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. 


Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut. Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama. 

 
Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut. Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra. 

Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.

credit sinopsis SINI :)


bagi ika filem nie best . jalan cerita dia lain daripada filem lain . ika suka dengan watak Luna . walaupon dia tak banyak bercakap, tapi ika suka cara dia . dia terima baik buruk suami dia . walaupon suami dia nak tak nak je sembang dengan dia, tapi dia tetap jugak usaha untuk rapat dengan suami dia .

seriously bagi ika filem nie memang best . kalau korang suka jalan cerita yang santai, sweet, boleh la tengok filem nie :)


Read More

sudah JATUH ditimpa TANGGA

minggu lepas ika dapat mc untuk 2 hari . seronok ? memanglah seronok . yang tak menjadikannya seronok sebab sakit . hahaha ! tapi sebenarnya takde la sakit sangat . sebelum dapat mc 2 hari tu, ika dah dapat mc 1 hari sebab demam . tapi seminggu sebelum kejadian mc 2 hari la .

sabtu lepas ika pegi amik kawan dekat Medan Kidd, Ipoh . ika dari Meru . dekat Meru, hujan turun memang lebat sangat dah . ika pulak dengan motor . maklumlah tak mampu lagi nak beli kete . ehhh . padahal lesen kete pon tengah nak belajar . so, dengar motor tu laa ika redah pegi Ipoh amik kawan ika tu . tapi dekat Ipoh tak hujan pon . kikikiki

sampai Ipoh, ika dah lencun . so, terpaksa cancel la plan nak terus pegi jalan-jalan sebab ika totally masa tu dah lencun . nak taknak memang kena balik rumah dulu . so, kitorang patah balik rumah . masa tu still lagi hujan tapi tak selebat masa ika otw pegi amik kawan .

bila dah sampai rumah ika, biasalah ika nie kelam kabut sikit . terus naik tingkat atas, amik towel . sekali haaaaa turun tangga . ika bukan turun, ika menggelongsor terus . hahahahaha ! lepas dah jatuh tu baru ika perasan yang ika pijak kaki seluar ika yang labuh tuu . seluar memang dah basah teruk . lepas tu ika pijak pulak . memang la menggelongsor terus .


bila dah jatuh tu, memang terus stuck . tak boleh nak bangun . tapi masalahnya kaki ika tak sakit pon . hahahaha . tempat lain yang sakit . ehhhh . tapi still buat muka selamber badak kononnya, 'ika okey la' . cewahhh . padahal dalam hati, 'sakitnyaaaa wei !' . hahahaha

haritu kitorang tak keluar pegi mana-mana pon . dok lepak je kat rumah memandangkan hujan tak berhenti . bila nak tidor, memang terasa sakit sangat . susah nye nak tido malam tu . bangun pagi esok, tengok takde pon lebam ke ape ke . okey je lagi cuma sakit tu dah mula rasa la . tapi bila balik dari hantar kawan ika kat stesen bas petang Ahad, baru ika perasan yang memang ade lebam !

masa tu, memang dah panik . terus mesej kakak . mulanya malas la nak mesej kakak-kakak nie sebab biasalah kakak-kakak nie mudah bebenor risau . hahaha . adik kat sini steady je . steady la sangat :P . so, kakak suruh pegi check la kan kot ade retak ke ape . sebab lebam tu boleh tahan la besaq . dan serius memang sakit .

sebelum masuk keje, ika pegi klinik dlu . pagi-pagi dah terpacak depan klinik . pegi klinik gov . malas nak pegi swasta . gov kan hadoo . pagi takde la ramai sangat orang . so, dalam pukul 8lebih ika dah setel semua . doktor bagi mc 2 hari . ika ingatkan 1hari je . sekali tengok, ehhh, 2 hari la . huhuhu . seronok baq hang :P

Alhamdulillah, takde patah ke, retak ke atau yang lain-lain . tapi kita taktahu la kan efek masa hadapan . kan ? so, doa je lah yang baik-baik sahaja . lepas kejadian nie, naik tangga kat rumah tu, mesti sopan sangat-sangat haih . sebab dah trauma . hehehehe

till then, 
xoxo
 
Read More

Shawl The Bosgaurus | Hardy Pastels

entry kali nie untuk promote satu lagi online shop untuk korang shopping . so, kali nie ika nak promote page Hardy Pastels . apa yang menarik dengan Hardy Pastels ?



untuk korang yang suka pakai shawls, boleh la usya-usya page Hardy Pastels . dulu ika memang fanatik sangat dengan shawl . tapi sekarang, hampeh . ade je sebenarnya shawl kat rumah tu . itupon ade bape helai je pon . pakai pon setahun bape kali je . hahahaha . yang lama-lama semua ika dah bagi orang . sedekah . tak baik membazir :P

baru-baru nie ada lah insan bagi ika shawl halfmoon nie . bila dapat, ika dok fikir banyak kali jugak la . pakai ke idak benda nie ? nak pakai bila ? macam mana nak pakai ? dan banyak lagilah . wuwuwu . kang kalau tak pakai, rasa bersalah pulak . haritu, keluar jalan-jalan dengan kawan, so, try je lah pakai . bila lagi kan nak try pakai shawl halfmoon nie :)

 
apehal nampak pelik bebenor pakai shawl halfmoon tu ? hahaha

 
dan inilah hasilnya . dah macam mak jemah . kahkahkah ! kenape ika tak suka pakai shawl ? sebab pipi ika dah macam pau . pakai shawl, lagi nampak macam pau gebu . errrr . oh ya ! shawl yang ika pakai nie namanya Shawl The Bosgaurus . kenape nama dia macam tu ? jangan tanye ika kenape . ika pon tak tahu .

dan kalau korang perasan, shawl nie warna dia ikut warna bendera Negeri Perak . haruslahhhh . ika kan keje kat Ipoh, Perak . kalau korang usya page Hardy Pastels, shawl nie ikut warna negeri lain-lain pon ade jugak . lagipon kalau korang nak jugak shawl ikut warna negeri korang, request sahaja kat owner Hardy Pastels tu . Inshaallah dia akan buat :) . happy shopping !

till then,
xoxo

 
Read More

Big Hero 6 | Movie 84

berjaya jugak pegi tengok movie Big Hero 6 nie ! hahahaha . ingatkan dah tak sempat nak tengok . gigih ajak kawan ika pegi tengok movie nie sebab nak tengok si Baymax yang cute tuuuu . hehehe


BIG HERO 6


SINOPSIS :

Filem animasi komedi dan aksi menampilkan sebuah kumpulan super hero yang mempunyai 6 orang ahli ini diadaptasi daripada komik Marvel berjudul sama. Big Hero 6 akan mengisahkan Hiro Hamada (suara oleh Ryan Potter) remaja genius di bidang robotik yang cuba menyelesaikan misteri kejahatan. Bersama rakan-rakannya dan robot ciptaannya bernama Baymaxx, Hiro menjadikan mereka sebagai Big Hero 6 dan bertekad membongkar kejahatan di San Fransokyo .



Hiro Hamada, Baymax, Wasabi-No-Ginger, Honey Lemon, GoGo Tomagi dan Fred. Kesemua mereka telah diarahkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dan menyelamatkan seluruh dunia


credit sinopis HERE :)





seriously movie Big Hero 6 nie tersangatlah best ! rasa nak tengok lagi dan lagi . dia punya gambar kartun nampak macam real . hahaha . for sure korang yang dah tengok tu, mesti suka dengan watak Baymax . kan ? sebab Baymax tu cute sangat . ika paling suka bila Baymax tu sebut lalalala . hehehe . best kalau dapat Penjaga Kesihatan macam Baymax tu . mesti selalu je nak sakit . hahahaha .

korang yang tak tengok lagi, korang harus tengok ! memang best sangattt :P

till then,
xoxo

Read More

Miang Kham

Miang Kham . hari nie nak share pasal Miang Kham . minggu lepas, officemate ika buat makan-makan la Miang Kham nie . tapi ika tak makan pon sebab tak penah jumpa . hahaha ! macam takut pulak nak try . so, ika tukang amik gambar je lah . kat bawah nie antara bahan-bahan Miang Kham nie tapi itu pon ika amik tak semua bahan . amik yang mana sempat je lah .





 
google 

yang kat atas nie gambar versi cukup bahan . hehehe . yang tu amik kat google . sebenarnya Miang Kham nie adalah sejenis makanan tradisional yang berasal dari Thailand dan Laos .

Miang : food wrapped in leaves
Kham : a bite

Miang Kham : eating many things in one bite


cara makan Miang Kham nie, korang masukkan semua sekali bahan-bahan dalam daun kadok atau daun-daun lain yang boleh dipakai la . bila tengok diorang makan, nampak macam sedap je tapi serius ika memang tak berani nak try Miang Kham nie . hahaha . tengok je lah diorang . nasib la tak terliur sangat . kalau tak, mahu kempunan dok tengok je .

till then,
xoxo
Read More

Happy Toooooooo Belated Birthday Boss !

baru berjaya nak taip entry selepas 6 hari . hehehe . entry surprise birthday for our boss . so, Jumaat lepas kitorang adakan surprise birthday untuk Pengarah kami . yes . memang surprise . sebab boss tak tahu pon . bukan surprise namanya kalau boss tahu -_-

then, ada la makan-makan sikit kat pantry tu sempena sambut birthday boss . seperti biasa, kami memang suka bab-bab makan . tapi ika haritu ada meeting . so, makan je lah kuih-kuih dulu . terus masuk meeting . habis meeting, baru sambung makan . tak nikmat rasanya makan tapi kepala dok fikir meeting . lagipon bukan lama mana pon meeting . hahahahaha


 

gambar-gambar diatas dicuri di blog kak +noorhaidaz eyda . hehehehe . meh baca entry birthday boss kat SINI . ika malas nak amik gambar haritu sebab tak bawak fon pon . bawak pen spare untuk meeting . kikikiki . so, curi lah gambar kat blog kak +noorhaidaz eyda . best kan ade blogger satu ofis . wkwkwkw


Happy Birthday Tuan Haji Abdul Wahid Akmal bin Omar . ika doakan semoga boss diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah ruah . dikurniakan keluarga dan sahabat yang baik-baik . dan, semoga boss luluskan permohonan pertukaran ika . hahahahaha !

till then,
xoxo


Read More

Masquerade Japan Show

disebabkan dah beberapa minggu ika tak keluar jalan-jalan ke mana, so ika dah kekurangan idea untuk update kat blog . hahaha . dua, tiga hari yang lepas, ika ade tengok video masquerade kat fb . terus la tergerak hati pegi search kat youtube tu video masquerade yang lain .

dulu time blaja kt uitm, masa tu dok rumah sewa dengan kawan-kawan, selalu layan masquerade japan show nie petang-petang . lucuuuu ! :P


meh la layan video masquerade nie pulak .
 




bagi menghilangkan segala bagai stress yang ade dalam diri dengan kerja yang menimbun, marilah kita layan masquerade japan show nie . geli hati, geli perut dan jugak geli ketiak . serius kreatif betol diorang nie sampai boleh fikir nak buat camtu . hahahaha . macam-macam pesen diorang buat . yang penting, kelakar ! :P



Read More

Novel 72 :: Sayang Cikgu Ketat-Ketat - Rafina Mimi Abdullah

update novel ke 72 . rajin pulak baca novel sejak akhir-akhir nie . ehhh . mana tak rajin nye . dok rumah bukan nak buat ape pon . balik-balik kemas rumah . pastu kemas lagi sampai rumah tu pon dah bosan asyik kena kemas . hahahaha ! 

novel nie ika dah penah baca dulu tapi ika stop kat tengah-tengah jalan sebab jalan cerita dia macam slow sikit . sekarang baru ika ade masa untuk sambung balik baca novel nie .

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT
 - RAFINA MIMI ABDULLAH


SINOPSIS :
Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.



“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”



“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”



Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.



“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”



Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

bagi ika novel nie biasa je . jalan cerita dia ok la . nak cakap ada konflik besar tu takde la sangat sebab kesian la jugak dekat si Anis tu . yelah . lepas habis SPM, terus kahwin . kahwin pulak dengan cikgu sendiri . memang la kahwin atas dasar suka sama suka tapi muda lagi kot . Anis tu macam kebudak-budakan lagi .

till then, 
xoxo

Read More

Love is too BLIND

entry nie sekadar peringatan untuk diri sendiri . takde kena mengena dengan orang lain . kalau ada yang terasa, maaf dipinta . ika suka baca status-status di fb, wechat dan banyak lagilah kan medium untuk kita ber'chatting' . fb ika pon dah jarang ika update status . banyaknya dok update kt wechat . wechat tak ramai kawan . lalalalala



ika ade terbaca kat status di Page Mr The All Shared .

Tak perlulah rsanya semua benda nak dishare atau diupdate dlm Fb ini. Kadang2 akibat krana suka share,update status atau gambar, terbuka pekung di dada... Buat malu diri sendiri je...
Share la benda-benda penting, contoh: info, maklumat, berita semasa, gambar ulama,jadual-jadual pengajian,nasihat-nasihat.. Boleh juga share lawak-lawak yang bersifat sederhana.. Atau apa-apa yang menghiburkan diri sndri atau orang lain, selagi tidak mengaibkan orang lain atau diri sendiri.
Bukan semua benda kita perlu zahirkan. kadang-kadang memendam perasaan lebih baik daripada menzahirkannya

ika setuju dengan status tu . kadang kita rase seronok update status kat fb sampai segala bagai benda kita update . sebab ape kita rase seronok ? pernah tak kita fikir yang ade orang yang tak suka dengan ape yang kita update .

lebih-lebih lagi sekarang nie ika tengok budak-budak muda dok couple, dok bermesra-mesra dekat fb tu . fb tu umum dik . semua orang boleh baca . couple, tak menghalalkan benda yang haram . dok muah-muah bagai kat fb, tak rasa malu ke ? kalau tak rase malu kat diri sendiri, sekurang-kurangnya rase lah malu kat kawan-kawan, malu pada keluarga .

bila rasa nak bermesra dengan pasangan, carilah medium lain . sms je lah . whatsapp ke . bukan susah pon . daripada dok bermesra kat fb . orang baca pon, boleh fikir tak elok pasal diri kita . nak bercinta, bercinta lah . tapi bercinta lah dengan cara yang betul . jangan sampai putus ditengah jalan hanya kerana status di fb . ika yang baca nie pon geli geleman rasa . haihhh laaa .

tak salah nak bagitahu kat semua orang yang kita tengah bahagia . tapi kalau bahagia sampai nak kena update fb cakap kau sayang dia ketat-ketat, dengan harapan orang lain like status tu, memang salah . cukuplah sekadar kau luahkan secara berdua pada dia . ini tidak, tiap-tiap hari update cakap kau sayang dia, kau cinta dia, kau rindu dia dekat fb . kenape tak terus jumpa mak ayah dia, pinang terus dia . kahwin .

itulah ragam sebelum kahwin . bila dah ade bf/gf, rase macam happy sangat . tak dinafikan la ika pon macam tu . tapi, once kita sedar yang buat ape nak tunjuk benda yang belum pasti lagi menjadi hak kita, kita akan rasa menyesalnyaaaaa share gambar couple dengan mamat tuuu dulu . sekarang dah clash . malu pon dapat bila orang asyik dok tanya . 'jadi ke dengan yang dalam gambar haritu?' . masa tu kau nak jawab ape selain senyum .

banyak lagi benda yang boleh update kt fb tu selain ayat-ayat sweet untuk couple korang . cer update ayat-ayat sweet untuk mak ayah . kalau mak ayah baca, tak ke terharu mak ayah tu . mesti senyum je memanjang diorang . itupon kalau mak ayah ade fb la . hehehe

tiba-tiba emo hari nie . nie kes dok baca status budak-budak dok couple laa nie . ayat kemain lagi sweet sampai tak ingat dunia . hahahahahahaha ! 

till then,
xoxo


Read More

Novel 71 :: Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar

last ika review novel adalah bulan 11 tahun 2013 . dah setahun la maknanya ika tak baca novel . pergghhh ! hahahaha . tiba-tiba tergerak hati nak baca novel nie 2,3 hari yang lepas . mungkin disebabkan kebosanan terlampau . so, meh la ika review sikit novel yang ika baru je baca nie .

AKU YANG KAU TINGGALKAN - ALINA HAIZAR


SINOPSIS ::

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.


 "cinta datang tanpa disedari . walaupun ditinggalkan, 
cinta tetap bersemadi di dalam hati . . "

bagi ika novel nie best . highly recommended ! hehehe . kadang bila ika baca novel nie, ika rasa macam baca buku pelancongan . hahaha ! sebab nya banyak pasal Turin, Itali, dan banyak lagi lah tempat yang superbly menarik sampai rasa macam nak pegi jugak tempat tu .

tapi apa yang menarik ika unttuk terus baca novel nie ialah sebab Zaril Ikhwan . ika dok bayangkan si Zaril tu punyalah handsome . hahahahahahhaa ! takde laa . cuma geram kat dia . ego sangat haih . sama ego dengan wife dia si Nia Athirah tu . elok sangatlah bila dua-dua ego .

macam biasalah bila orang miskin kahwin dengan orang kaya, mesti ade yang tak suka . tambah pulak mertua sendiri yang tak suka . sama lah jugak dalam novel nie . tapi bagi ika, novel nie seriously best . korang akan rasa kesian kat si Nia, korang akan rasa geram kat mak si Zaril, korang akan rasa betapa sayangnya Puan Zainun kat Nia & Zaril . semualah korang akan rasa :P

till then, 
xoxo

 
Read More

Ready To Eat | Sambal Bilis Kering

ika nak share dengan korang satu blogshop yang best . blogshop nie sebenarnya baru lagi tapi ika nak promote la jugak kat korang . so, apa yang best pasal blogshop nie ?

  


sebenarnya owner blogshop nie kawan ika . so, ika tolong la promote untuk dia . lagi pulak ika ade la try sendiri makanan yang dia jual tu . yang ika try sendiri tu ialah Sambal Bilis Kering . sambal nie ready to eat . so, korang tak payah la nak goreng ke ape ke lagi . beli dan makan . sedap dan rangup .

 





banyak lagi makanan lain yang kawan ika nie buat . so, kalau korang nak tahu ape lagi makanan yang dia jual, bolehla terus ke blogshop kawan ika tu . selain makanan, kawan ika nie ade jugak jual barang-barang dari Tupperware . korang yang suka beli barang Tupperware tu, boleh la singgah ke blog kawan ika .

selain tu, kawan ika nie jugak menerima sebarang tempahan makanan untuk apa-apa majlis kat rumah ataupon kat office korang . untuk tahu lagi banyak, tengok kat blogshop kawan ika tu . hahaha ! tanya owner lagi senang . kan ?

till then,
xoxo


Read More

ticket4u | Transnasional

just nak share dengan korang pengalaman beli ticket online . first time beli tiket bas nie secara online . sebelum nie beli kat kaunter je . bukan ape, susah sikit nak percaya yang online nie . hahahaha ! tapi haritu, terdesak sangat, nak taknak memang kena beli online .

disebabkan ika kena balik Kuantan dari Kuala Lumpur, kebetulan masa tu kena attend meeting kat KL, so direct la terus balik Kuantan sebab ade hal yang tak dapat nak dielakkan . dalam pada tengah tunggu nak meeting tu, hujan pulak turun lebattttt . camne nak pegi beli tiket bas . lagi satu, minggu tu orang ramai balik cuti sebab Hari Deepavali .

makanya, kenalah cari tiket online . habis semua syarikat bas, ika cari . tapi banyak yang dah sold out . cari last minute camni lah jadinya . tapi tapi tapi ! syukur sangat sebab bila bukak yang Transnasional, ade lagi kosong walaupon kena naik pukul 11.30 malam . hehehehe . dalam kes macam nie, kita tak boleh nak memilih sangat dah :P

 









sekarang nie dah banyak kemudahan sebenarnya . tak payah nak pegi kaunter . tak payah nak beratur bagai . online saja . hehehe . tapi ika nie jenis cuak . pegi jugak confirm balik kat kaunter Transnasional nie . hahahaha ! manalah tahu kan . .


lepas dah bayar tiket online tu, kenalah print segala bagai yang dia nak tu ..  print la tiket korang tu . kemain besar tiket . hahaha . mana taknya . kertas A4 kot . for sure lah besar . dah macam nak naik kapal terbang . siap Boarding Pass . hehehe . pape pon, syukur lah dapat jugak tiket time tu . kalau tak, bermalam la ika kat Kuala Lumpur . blerghhhh

till then, 
xoxo


Read More

Header Blog #ThrowBack

nak throwback kejap . dah lama tak throwback . so, sajelah kan nak throwback header blog ika nie . dalam masa 4 tahun ika berblog nie . dah banyak kali ika tukar header, tukar template dan banyak lagi perubahan yang ika dah buat kat blog ika nie .

ika start blog pada tahun 2010 . masa tu ika pakai ikapukpuk.blogspot.com . dan ika pon dah lupa macam mana rupa header blog ika masa tu . ini serius . hahaha ! bukan sengaja lupa, memang lupa . yang kat bawah nie je ika sempat simpan . yang lain, pasrah je lah :'(

 

header yang kat atas nie dihadiahkan oleh Rena Fazarena . masa tu ika menang contest ape entah . ika pon dah lupa . ke Rena ade janji pape kot dengan ika . so, dia buatkan header untuk blog ika nie . cute kan ? :P
 
 

lepas tu, ika suka sangat doodle yang Wan Hazel buat . so, ika tempah la full template dengan wan . serius, doodle wan buat sangat comeyyyy . gambar doodle tu dah jadi trademark ika . hahaha . sampaikan banyak benda yang ika buat dengan gambar doodle tu . baju, bantal, purse, dan banyak lagi lah :)
 
 by Wan Hazel

then, hati berbunga mekar . ewahhh . ika pon mintak Wan Hazel sekali lagi untuk ubah template blog ika tu . makanya, jadilah blog MR & MRS Rongoks . malangnya, jodoh tak panjang, berakhirlah sebuah kisah cinta . hahahahha . ye ye je buat karangan sampai macam tu sekali . padahal takdak kaitan pon . saje je lah kan :P

 

last but not least, bulan Februari 2013, ika decide untuk ubah dari blogspot kepada domain nama ika sendiri . i just need new environment . so, masa tu ika tengah gilerkan header flash . punyalah cari sape boleh buat header flash . then, jumpalah blog Ayeem . ika decide untuk tukar full template . makanya, Ayeem pon buatlah ikut ape yang ika nak . hasilnya yang ika pakai kat blog nie sampai la sekarang . dah setahun lebih ika dengan template dan header yang Ayeem buat . ika suka hasil keje Ayeem :)

bila agaknya blog ika nie akan berubah wajah pulak . hehehe

till then,
xoxo


Read More

Colorful Quilling Art

nak share dengan korang quiling art yang awesome . sebelum nie ika pernah la promote satu online shop yang buat quiling nie jugak . nak baca, boleh klik SINI . so, haritu tengok kat fb, ade colourful quiling art yang sangat awesome nie . kreatif sangat haih orang yang buat nie .












tahun 2011, ika pernah belajar buat benda nie . then, ika stop . sebab ? sebab nye ika nie bukan jenis sabar . orang tak sabar, tak boleh nak buat benda-benda kreatif camni . satgi mulut dok bebel, tangan tak jalan pon . hahahaha . nasib lah haritu kawan ika hadiahkan starter kit je . kalau dia hadiahkan set yang untuk orang pro, tak ke membazir je . 

nanti nak suruh sape-sape yang pandai buat benda nie, buat kat guest book untuk kawen . ehhh . kalau nak harap tangan ber'seni' nie buat, gamaknya tak kawen la . hahahaha !

till then,
xoxo


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com