BackCase Spigen Samsung Galaxy Note 2 | Azalyne Online Shop

nak promote satu lagi online shop untuk korang . kali nie ika nak promote Azalyne Shop . biasanya ika akan promote online shop yang ika penah berurus niaga dengan diorang la . yang ika penah beli barang dengan diorang . 

kali nie ika beli Back Case ataupon casing untuk fon ika . ika pakai Samsung Galaxy Note II . seingat dah setahun lebih ika pakai fon nie . jatuh tu dah berkali-kali la . tapi yang jatuh sampai retak tu baru sekali . itupon sebab kelam kabut cari kunci motor dalam bas otw p kl . hiks . masa tu pulak fon memang takde casing sebab casing ika baru je patah :'(

then, ternampaklah pulak Kak Azi nie dok post gambar memory card untuk fon . teruslah ika tanya sebab memory card fon ika dah lama k.o . hahahaha ! virus sajoooo . so, belilah satu memory card 16GB . yahooooo ! macam-macam boleh masuk . lalalala . then, ika tanya jugak la kan pasal casing fon . alang-alang tu boleh la ika beli terus .



Kak Azi suggestkan ika untuk pakai casing Spigen nie sebab ika nie agak lasak . hahaha . kesian fon nie dah bape kali jatuh . nak buat camne . owner dia ganas . hiks . backcase spigen nie dia tahan la untuk orang lasak cam ika . ika beli backcase nie kat Azalyne Online Shop .
 
 






macam-macam ade dijual kat Azalyne Shop nie . bukan setakat barang-barang untuk fon sahaja . seriously macam-macam ade . kalau korang nak tahu apa lagi yang Kak Azi nie jual, boleh la terjah Fb dan jugak IG dia . heeee . berbaloi-baloi ! :)

till then, happy shopping ye korang !


Read More

Liebster Award

morninglicious . pagi hari nie ku gagahkan jugak menaip entry untuk budak comey nama Murni nie . sebenarnya agak terkejut sebab ditagged . hahaha ! dah lama kot tak kena tagged nie


so, antara perkara yang ika kena buat bila dah kena tagged nie adalah macam kat bawah nie haaaa :

  • nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima Liebster Awar dengan back link ke blog mereka
  • jawab 11 soalan yang ditanya
  • calonkan 11 blogger lain
  • hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih
  • maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima Liebster Award nie

meh la ika jawab satu-satu ye cik adik Murni . blogger yang mencalonkan ika untuk Liebster Award nie ialah Murni . ehh . btw, terima kasih ye Murni sebab sudi calonkan ika . macam terkejut . macam segan . macam-macam ika rasa . hehehehe . kalau korang nak berkenalan dengan Murni, bolehla ke blog Murni nie : http://murnimohdyusof.blogspot.com/ :) so, here we go . masa untuk jawab 11 soalan dari cik adik nie .

perkenalkan diri anda secara ringkas (nama, asal, dan umur) . kalau nak tambah pun boleh


nama ika, Noor Atikah bt Ramli . family panggil Qah . kawan-kawan panggil ika nie Ika, PukPuk, Rongoks . anak buah panggil ika, Aunty . hahahaha ! umur ika 24 tahun . birthday ika 2 Julai 1990 . *tu pon nak gtau ke ika ?* . ika berasal dari Kota Bharu, Kelantan . keje kat Ipoh, Perak .


apa pendapat anda terhadap blog Murni ? 
pendapat ika tentang blog Murni . . erm . ika nie tak pandai sangat nak bagi pendapat tentang blog orang nie sebab lain orang, lain citarasanya . tapi pape pon blog Murni simple dan menarik . as nice as the owner . ewahhhh :)

siapakah 3 blogger perempuan dan 3 blogger lelaki yang menjadi pilihan anda ?

yang nie sebenarnya terlalu ramai . tapi ika listkan diorang punya link blog je lah ye dik . hiksss

 http://zyraroxx.blogspot.com/ 
       http://www.azhafizah.com/
       http://barelysupermommy.com/          
     http://catatan-abg-jonni.blogspot.com/
     http://blogserius.blogspot.com/    
     http://www.mawardiyunus.com/   

andai kata masa boleh diputarkan, apakah perkara yang ingin perbetulkan dalam hidup anda ?

soalan nie agak mencabar jiwa dan perasaan ika . hahahahaha ! perkara yang ingin diperbetulkan ? ika rasa, ika nak kembali ke tahun 2011 di mana waktu tu ika amik keputusan untuk stop blaja dan berhijrah ke Kuantan . apa yang jadi masa tu, biarlah rahsia kami sekeluarga . hehehe

apakah gadget yang menjadi impian anda dan ingin dimiliki suatu hari nanti ?

yang sebetulnya, ika tak suka sangat gadget-gadget nie . cukuplah fon samsung galaxy note II ika tu . itupon dah memadai . gadget-gadget nie kurang menarik minat ika . ika pon tak pasti kenapa . hahahaha ! minat ika lebih kepada 'art' .

  apakah kenangan paling berharga yang anda tidak boleh lupakan sehingga saat ni ?

 
kenangan dapat Anugerah Pekerja Cemerlang . hahahaha ! apa yang membuatkan ika tak boleh lupakan kenangan nie ? sebab masa ika dapat anugerah tu, ika baru kerja 1 tahun 5 bulan camtu laa . tapi yang nie peringkat negeri je lah . masa tu memang tak sangka sangat sebab bagi ika, ika baru setahun jagung keje tapi dah dapat anugerah tu . pape pon, syukur sangat . Alhamdulillah ^^

apakah barang wajib yang ada di dalam beg anda bila keluar pergi jalan-jalan/kuliah ?

barang yang wajib ade dalam beg ika ialah power bank, usb cable, purse, inhaler untuk asthma, tissue dan pen . hahahaha ! power bank ngn usb cable tu memang wajib memandangkan ika suka sangat main game . errrr . inhaler pon sangatlah wajib . kang tak pasal-pasal k.o kat mana-mana kan . tissue tu memang ika sentiasa topup dalam beg . habis je terus masuk yang baru . kadang tu sampai 2, 3 tissue yang kecik tu ika letak dalam beg . purse pulak for sure la kena bawak . segala bagai lesen ade dalam tu . hiks .

adakah anda seorang yang sukakan kucing ? kalau ada bela kucing please nyatakan nama kucing dan berapa ekor yang dibela .

Murni, ika sebenarnya bukanlah tak suka kucing . cuma ika takut dengan kucing . memang diorang comel . tapi ika takut T_T 

haiwan apa yang anda tidak suka ?

haiwan yang ika tidak suka ? entah laa . hahahaha . taktahu la haiwan apa yang ika tak suka sebab ika suka pegi zoo . suka tengok haiwan-haiwan kat zoo tu . hiks . so, memang taktahu la haiwan apa yang ika tak suka . kalau pegi zoo, memang teruja sangat-sangat laa . hahahahahaha ! 

apakah tajuk lagu kegemaran anda dan nyatakan sebab mengapa lagu tersebut menjadi pilihan hati anda ? 

buat masa sekarang ika suka dengar lagu Hijrah Cinta yang dinyanyikan oleh Rossa . lirik lagu tu sangat best dan mendalam . errr .



  siapakah yang anda fikirkan di saat ni ?


saat nie ika tengah teringatkan dekat mama ika . dah lama tak balik kg . last balik raya puasa yang lepas . Inshaallah raya haji nanti ika akan balik kampung . yeayyyy ! eksaited hoi :P

done with 11 questions . hahahaha . penat jugak jawab soalan banyak-banyak nie . mungkin sebab dah lama tak main tagged nie . perghhhh ! boleh tahan panjang entry kali nie . hehehehe . so, ika nak tagged pulak Liebster Award nie kat blogger-blogger kesayangans kat bawah nie . lalalalalala :P
 

soalan untuk korang jawab pulak ialah :

nama penuh | umur | asal
korang start blogging bila ? dan pengalaman blogging yang tersangatlahhhh best bagi korang sepanjang dalam dunia blog nie.
5 fakta menarik tentang anda :)
syorkan satu tempat menarik untuk ika p jalan-jalan . 
tak kesah la mana-mana pon .
5 favourite blog
perkara tak senonoh yang korang penah buat ? hahahaha . contohnya korek hidung kat public . ehhh
selain seorang blogger, korang adalah seorang . .?
blogger yang korang nak sangat jumpa ? kenape ?
pendapat korang tentang blog yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang nie . heeee
tempat yang korang teringin sangat nak pegi dan nak pegi dengan sape ?
ucapan untuk ika . bagilah ucapan sikit untuk ika nie . hahahaha . sebab ika dah taktahu nak bagi soalan ape -_-


 good luck ! :)
Read More

Saloma Biopic

weekend lepas, ika habiskan masa kat rumah sahaja . so, bila dok rumah, for sure lah dah taktahu nak buat ape . rumah dah kemas segala bagai sampai dah takde benda nak dikemaskan . hahahaha . then, ika decide untuk tengok citer Saloma kat Astro First . maka, mulalah ika melanggan citer itu untuk 2hari  .



watak Saloma dalam citer nie dilakonkan oleh Nabila Huda yang mana bagi ika sangat bagus lakonannya . seriously . dan antara artis lain yang turut terlibat ialah Sazzy Falak, Azhan Rani, Lydiawati dan ramai lagilah . citer Saloma nie ada dua bahagian .  
 
Bhg 1 : Mencuri Guruh . bahagian nie mengisahkan tentang kehidupan Saloma dari kecil . apa yang ika nampak, Saloma nie memang suka menyanyi sejak dari kecil lagi . dan watak yang dilakonkan oleh adik Balqish tu memang sangat menjadi ! heeee




part yang Saloma dengan kakak dia lari ke Singapura tu memang mendebarkan . time tu ika dok fikir kot la jadi pape kat diorang . tapi semangat dan keberanian diorang tu memang superb . dari Tanjung Karang, Selangor boleh sampai ke Singapura walaupon masa tu diorang masih kecil :)


lagu yang dinyanyikan time dalam gambar kat atas nie adalah one of my favourite song . weee . besttt sangat bila dapat dengar .


Bhg 2 : Pandang Kaseh . untuk bahagian 2 nie pulak lebih berkisar mengenai perjalanan hidup Saloma sebagai penyanyi dan jugak ada terselit kisah Saloma dan P Ramlee . ika suka sangatttt dengar lagu-lagu dalam citer nie . best !



seriously tak rugi menonton citer Saloma Biopic nie . ika asyik dok ulang tengok je . hahahaha ! best . tak jemu tengok . pape pon, memang terbaik ! :)



Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com