Flower Headband by Attrahera | PROMOTE

sebelum nie ika dah promote dress . so, kali nie nak promote flower headband pulak yang ika pakai masa majlis jasamu dikenang . flower headband nie saje je ika nak pakai . sebab bila dah selalu tengok orang pakai, teringin jugak nak pakai . lalalala . 

so, bagi memenuhi kehendak hati, maka berusahalah ika cari pembuat flower headband nie kat Instagram . sesungguhnya usaha itu sangatlah berbaloi . hahahahaha ! akhirnya jumpa jugak orang yang sanggup buatkan untuk ika . dah la ika nak cepat . haihhh . macam-macam hal ika sorang nie :P

flower headband nie ika beli kat Instagram Attrahera . seriously owner dia sangatlah friendly . sungguh ! tak tipu . hehehe . rasa macam dah lama kawan dengan dia . ehhh



ika pilih yang simple sahaja . sebab majlis haritu bukanlah majlis yang grand bagi ika sebab majlis untuk pesara-pesara . so, simple is just nice . kalau majlis yang grand bagai tu, boleh la order lagi lain kali . heeee



mula tu malu jugak nak pakai flower headband nie . ye laa . ika sorang je kot yang pakai camtu . hahahahaha . tapi bila dah pakai, rasa seronok . sebab ? sebab kita takkan perasan pon sebenarnya ade benda kat kepala kita tu . just enjoy the event . buat macam biasa sudah . heeee . yang penting, ikut tema majlis . hahahaha !

till then, enjoy shopping ye korang ! :P


Read More

Maxi Dress by EZN Online Shop | PROMOTE

kali nie ika nak share satu lagi online shop untuk korang . maklum lah ika memang suka beli barang online . heeee . so, ika nak share kat mana ika beli dress untuk Majlis Jasamu Dikenang baru-baru nie . 

ika nie suka tengok instagram . biasanye kalau ika nak cari barang ape pon memang ika akan cari kat instagram . taip je lah hashtag barang ape yang nak tu . confirm, banyak la pilihan nanti . betapa ramainya orang yang jual barang secara online . hihihihi . 

so, cari punya cari . tanye punya tanye, ramai yang dah cakap baju yang ika nak tu dah sold out . hokeyyyy . sold out . tapi disebabkan ika nak jugakkk baju tu, tak putus asa cari sampai dapat . hahahaha . so, jumpa la instagram EZN Online Shop nie .



bajunya simple je . tapi sekali tengok dah berkenan . hahaha . lagipon murah saja . ade yang ika tanye tu sampai 90++ kot dia jual . sebab tu kite kena banyakkan survey . ewahhh . barulah rasa berbaloi . 


kalau korang nak tengok ape lagi yang EZN Online Shop nie jual, boleh la ke fb page diorang ataupon follow saje diorang kat Instagram . Inshaallah owner nye akan reply as soon as possible ! lagipon owner nye sangatlah friendly :)


Read More

Majlis Jasamu Dikenang dan APC JAKOA Perak dan Kedah

sebelum start puasa, ofis tempat ika keje nie ada buat satu majlis . dah macam acara tahunan la kot . Majlis Jasamu Dikenang . majlis nie dibuat khas untuk pesara-pesara sepanjang tahun tu . kalau tahun lepas temanya color blocking, tahun nie temanya hitam putih pulak .

pendaftaran :)






pesara :)


pesara :)


ketibaan pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah :)


the emcee :)


ucapan dari wakil Pesara :)


cenderahati ^^

acara pada haritu sebenarnya banyak . disamping meraikan yang akan bersara, ade jugak Anugerah Pekerja Cemerlang dan yang paling penting cabutan bertuah . hahaha ! banyakkk wooo cabutan bertuah . ade jugak hadiah untuk pakaian paling menarik yang mengikut tema . hikss

kat bawah nie antara gambar pesara-pesara sepanjang tahun 2014 :)











lepas majlis penyampaian cenderahati untuk pesara-pesara semua, ade cabutan bertuah pulak . ika tak sure sebenarnya ade berapa cabutan bertuah . dalam 30 hadiah jugak la kot . dan finally ade jugak rezeki ika dapat cabutan bertuah . hahahaha . tak pernah dapat pon sebelum nie :P


ok dah . itu sahaja yang ika mampu share kali nie . mood raya dah menebal . ehhh . btw, ika balik Kelantan malam nie . doakan perjalanan ika selamat sampai . Inshaallah :)


Read More

Dataran Lang, Pulau Langkawi

alang-alang dah ade kat Pulau Langkawi, haruslah pegi kat Dataran Lang . heeee . after 14 years . barulah dapat amik gambar sekali lagi dengan burung helang nie . excited beno nak pegi amik gambar kat burung helang nie . ye la . bila lagi kan nak pegi Pulau Langkawi nie . so, sementara dah ade kat sana, moh la kite amik gambar :P



Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayupurba.





sakan dok amik gambar dengan burung helang tu . hahahaha . dah ade monopod . lagilah kemain nak amik gambar . tak payah dah nak suruh orang tolong amikkan . ehhh :P


hari terakhir di Pulau Langkawi . esoknya tu dah nak gerak balik Ipoh . petang tu la kitorang habiskan masa jalan-jalan sekitar Pulau Langkawi dan ika pulak ikut je diorang shopping . ika nak shopping ? memang tak la . hahahha . setakat beli keychain dan fridge magnet tu je :P



itu sahaja lah yang nak disharekan dengan korang kali nie . dah tak tahu nak taip ape . hahahaha . btw, Pulau Langkawi sangat menyeronokkan . ade rezeki, nak pegi lagi . Inshaallah :)


Read More

Institut Pengurusan Peladang, Langkawi

holla ! ewahhh . so, hari nie ika nak share dengan korang tempat ika menginap sepanjang kursus kat Langkawi . kitorang menginap di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi .


meh la ika share gambar bilik yang ika menginap kat sana . yang ika dapat nie bilik untuk 2 orang dan katilnya single . seronok habaq hang ! hahahaha . jenis tak boleh tidoq sekatil dengan orang camni la . heeee







bagi ika, bilik nie sangat selesa . serius . tak tipu pon . hehehe . sepanjang ika dok kat situ, memang selesa . takde masalah ape pon . lagipon ipp langkawi nie dekat dengan Haji Ismail Group . kalau korang tahu jalan shortcut, jalan kaki sahaja . 

kat IPP Langkawi nie sebenarnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk korang seperti bilik mesyuarat, bilik bengkel, dewan persidangan, makmal siber, kafetaria dan banyak lagi . memang sesuai la untuk buat kursus, seminar and semua-semua la . heeee :)

nak tahu banyak lagi, boleh terus ke laman web IPP : http://www.lpp.gov.my/web/guest/ipp-langkawi ^^


Read More

Bengkel Pengurusan Kewangan, Pulau Langkawi

sebenarnya bengkel nie dah hampir sebulan yang lepas ika pegi . hahahaha . tapi baru ade kesempatan untuk ika update . maaf lah ye . tapi kira ok la sebab ade jugak perasaan nak update . hiks . 

ika terlibat dengan bengkel pengurusan kewangan nie yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah . untuk pengetahuan korang, itu adalah kali kedua ika ke Pulau Langkawi . first time ika pegi tahun 2000 lepas hantar abg long masuk Uitm Arau . so, lepas 14 tahun baru ika ade kesempatan ke Pulau Langkawi . hahahaha .

sebelum naik feri ke Pulau Langkawi, kitorang singgah makan kejap kat restoren dekat Jeti Kuala Perlis tu . ika memang suka sangat makan laksa . sukaaaa sangat hoi ! . hahaha . bila dah nampak laksa kat kedai tu, terus order . seriously nak bagitahu memang sedapppp sangat laksa kat kedai tu tapi malangnya ika lupa nama kedai tu . huhuhu


lepas dah kenyang perut suka hati tu, kitorang tunggu untuk gerak ke Pulau Langkawi . pengalaman naik feri kali nie luar biasa sikit sebab ika rasa sampai nak termuntah, pening semua ada . ika tak pasti la kenapa . ika naik feri pegi Pangkor, okey je . tapi naik feri kali nie macam-macam rasa ika rasa . ehhh


kalau tak silap ika dalam pukul 3ptg camtu la kot ika sampai kat Langkawi tu . then, kitorang terus gerak ke Institut Pengurusan Peladang . bengkel yang ika kena hadiri tu nanti buat kat sana jugak . so, tido pon haruslah kat sana . hehehehe

sampai je jeti Langkawi tu, haruslah amik gambar pemandangannya yang Subhanallah cantik sangatttt :)



dan disebabkan ramai lagi yang tak sampai, kitorang pon pegilah jalan-jalan sekitar Langkawi tu . jalan-jalan habiskan duit . dah la masa tu belum gaji lagi . hahahhaa . fikir banyak kali kot nak beli barang . 


pape pon betapa banyak yang berubah selepas 14 tahun . 14 tahun lepas pegi Langkawi, masa tu umur 10 tahun . sekarang dah 24 tahun baru kembali jejak kaki ke Langkawi . heeeee :)


Read More

Monopod Pro & Bluetooth Shutter by Solero's Studios | PROMOTE

baru-baru nie ika ade beli monopod pro dan jugak bluetooth shutter kat Instagram . sebenarnya ika suka beli barang online . ika pon tak pasti kenape . mungkin sebab ika malas nak berjalan dah sekarang . hahahaha . bukak Instagram tu, bersepah orang jual barang online . tinggal nak pilih dan bayar je . tapi still kena pilih yang boleh dipercayai la .

so, ika beli monopod pro dan bluetooth shutter tu kat Instagram Solero's Studios . ig shop nie ade jual banyak gadget .


http://instagram.com/solerosstudios


meh la ika share sikit ape itu monopod pro Yunteng . monopod pro yang nie lebih berkualiti dan lebih kukuh . dan monopod nie jugak sebenarnya kuat tapi still tak berat sangat . korang boleh guna benda nie untuk pukul orang kalau ade yang kacau korang . hahahaha !



lagi satu, monopod Yunteng nie sebenarnya sangatlah panjang dari 42cm sehingga 123cm . dia ada 3 klip pelaras untuk korang pilih nak panjang mana . lepas tu just ketatkan saje klip pelaras tu untuk lock batang tu daripada bergerak .





monopod Yunteng nie jugak lagik kukuh . tahan untuk camera ataupon hp yang berat . jadi, kalau korang nak pakai untuk camera yang berat, amatlah disyorkan gunakan monopod Yunteng nie .



itu saje lah yang ika nak share . boleh selfie sakan la raya nanti dengan ada nya monopod . hehehe . gambar tu semua amik kat google kecuali yang dua kat atas sekali tu :)) kalau korang nak tahu banyak lagi pasal monopod Yunteng nie, korang boleh google . banyak info korang boleh jumpa nanti .


Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com